My Lovely Followers

Cari Sesuatu Di Blog Ini? Taipkan Di sini

Loading...

Monday, February 28, 2011

Kisah Wanita & Set Pinggan Mangkuk

Waaah tajuk bikin gempaks aje..Inilah padahnya kalo hari minggu tak keluar & macam biasalah your's truly ni kejenya mengadap netbook layan blog jelah;)

By the way this is a scheduled entry memandangkan harini Zaila mungkin sedang sibuk bekerja *no more blog & facebook during office hour unless the bos was not here*. Ok, "kisah wanita & set pinggan mangkuk" ni Zaila rasa semua wanita akan melaluinya samaada cepat atau tidak aje. Kalau cepat, maksudnya si wanita itu memang gatal nak berumahtangga & kalau lambat pon bukan sebab dah berumahtangga tapi mungkin faktor kewangan yang stabil membuatkan wanita itu mampu memilikinya.

Hehehee..faham tak apa yang Zaila cuba sampaikan ni?? Senang cerita macam nilah, orang perempuan ni memang tak dapat dipisahkan dengan set pinggan mangkuk. Tambah-tambah apabila sudah berumahtangga. Teringat mak Zaila yang memang suka beli pinggan mangkuk chap Arcoroc ke Arcopal yang kaler coklat tu..Haaaa, sekali beli memang berset-setlah, dari sekecil-kecil pinggan (pinggan sambal lada) hinggalah ke sebesar-besar pinggan (pinggan nasi tambah) & juga set jag & gelas. Beli banyak-banyak lepas tu simpan dalam almari kaki kayu yang depannya pula cermin gelongsor tu *boleh imagine tak*

Lepas tu bila ada jiran sekampung nak buat kenduri, mak tak lokek bagi pinjam TAPI dengan syarat; tandakan bawah pinggan tu dengan liquid paper supaya nanti boleh cam & hantar balik kepada mak. Kelakar bukan?? Tapi itulah fungsi pinggan mangkuk mak yang berlambak-lambak dalam almari tu;D

Bila Zaila dah berumahtangga ni, baru tahu betapa pentingnya set pinggan mangkuk *yang cantik ya bukan yang free bila beli sabun Daia tu* dalam kehidupan kita. Yerlah kan, di tambah pula bila ada sedara mara / rakan taulan yang bertandang ke rumah, tak ke malu kalau nak hidangkan lauk pauk dalam pinggan yang "kahwin campur". Hehehe, tapi macamlah Zaila tak pernah mengalami saat itu..Pernah yaaa!! Terutama bila kami bermastautin di Shah Alam ni sebab ramai adik beradik en suami yang suka datang bertandang ke rumah. Sekali datang bukan 1 famili tapi sampai 2,3 famili & of courselah sampai penuh rumah sewa Zaila yang kecil ni;)


Masa tu malunya bila pinggan tak cukup. Sudahnya tuan rumah kenalah buat-buat kenyang untuk bagi muka kepada tetamu menjamah makanan;D Lepas tu, kalau ada pun, pinggan mangkuk yang dihidangkan tu main campur-campur je, kaca dengan plastik, kaler pun tak sama & ada juga pinggan percuma bila beli ubat gigi Darlie..Sungguh memalukan tapi biaserlah bak kata kakak-kakak ipar "Pelan-pelan kayuh La, biaserlah ni masa mula-mula kawen"


Zaila bersyukur juga sebab masa kahwin dulu ramai kawan-kawan yang hadiahkan kami pinggan mangkuk. Walaupun bukan set pinggan mangkuk yang mahal-mahal tapi Alhamdulillah, sampai rumahtangga kami masuk 5 tahun pun masih tahan tau!! Masa lepas kahwin, Zaila terus ikut en suami berhijrah ke Pontian, Johor. Sempatlah juga merasa hidup di kejauhan selama setahun. Masa tu ke Johor hanya berbekalkan toto, segulung tikar, lesung batu & periuk usang ihsan dari mak Zaila. Cukup menyedihkan.. *eh tercerita di sinilah pula*


Berbalik pada kisah wanita & pinggan mangkuk pula, inilah pinggan yang pertama sekali Zaila guna & masih lagi guna sekarang;-

jenama Claytan, sudah 5 tahun berkhidmat & bunga di pinggan pun masih "segar" lagi. Yang warna putih bunga kecil tu hadiah dari junior Zaila (Ija, Nana & Hana), yang bunga biru tu pula hadiah dari kawan en suami, yang hijau garis-garis tu dari sepupu en suami & yang kat belakang sekali pula Zaila beli dari jualan gudang di Kota Kemuning pada harga RM10 sajo

Agak lama jugalah kami menggunakan khidmat pinggan chap Claytan ni, sampailah kami berhijrah ke Shah Alam & en suami bertukar kerja di sini. Alhamdulillah murah rezeki kami bila en suami mendapat cabutan bertuah set pinggan mangkuk berjenama semasa ke staff trip kompeni anjur di Bali pada tahun 2007. Tapi sayangnya nak guna so simpan elok-elok dalam KC kat rumah tu. Kalau ada tetamu baru keluarkan-____-

ini baru mangkuknyaaaa

set teko, cawan, piring & seangkatan dengannya



Sekarang ni, sejak dah kenal dengan IKEA, Zaila lagi suka beli & kumpul barangan dari IKEA pula. So kebanyakan pinggan mangkuk di rumah ni dibeli di sana. Sudahlah murah, comel bergaya pula!! *mode tengah berazam nak kumpul pinggan mangkuk IKEA banyak-banyak ni* Yerlah, nak beli semua set sama kaler haruslah pancit kan so every month beli sikit-sikit;D bijak tak??

salah satu koleksi gelas dari IKEA


Lagi satu, Zaila ni suka juga kumpul pinggan mangkuk percuma yang menawan hati ni. contohnya cawan percuma bila beli kopi 3 in 1 ni;- *feeling ala-ala kopitiam gituuuuuu*

tapi sempat kumpul dalam 3 set ajork!!

Lepas tu adalah sikit-sikit bekas chumel-chumel buat letak lauk pauk & digunakan masa kenduri kecil-kecilan kat rumah ni macam masa open house tahun lepas;-

kebanyakannya beli di Pengkalan Kubur & setiapkali balik bercuti & ada budget lebih, memang kami suka berbelanja di sana berbanding di Langkawi (maklumlah, Langkawi pun tak pernah jejak lagi)

Macam nilah kisah wanita & pinggan mangkuk, saling tak dapat dipisahkan. Tak kiralah kita datang dari zaman mana tapi masih lagi mencintai benda yang sama. Kalau dulu, mak-mak kita tak kerja tapi untuk mendapatkan set pinggan mangkuk ni sanggup simpan duit belanja dapur sikit-sikit, takpun main "kutu" sama-sama & paling tidak pun ambil ansuran dengan TokSeh (Pakistan) yang selalu datang jaja kat rumah tu. Zaman sekarang pula lagilah senang bila ada duit, masuk kedai main tunjuk aje kan?? Kalau nak yang berjenama sket haruslah order / beli dari oversea. Pendek kata, kaum wanita memang tak boleh berpisah dengan pinggan mangkuk ni kan;D

Tapi bila dah terlampau minat sangat, sampai ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membelinya TAPI bukan untuk diguna, tapi sebagai hiasan di dalam kabinet kaca kat rumah tu. Kalau Zaila, takderlah sampai tahap macam tu kot *crossing fingers*
Tapi berangan juga nak dapatkan kabinet yang comel-comel untuk simpan koleksi pinggan mangkuk Zaila ni. Walaupun bukan Vantage ke apa ke tapi rasa macam nak simpan elok-elok & bila ada tetamu datang boleh keluarkan untuk diguna pakai *bukan sekadar hiasan sahaja ya*
yang ni sesuai letak kat dapur je kan??
yang ni cantik tapi kalau jatuh, mahu berderaii
yang ni bertutup kaca, ok sket kot untuk mereka yang ada anak kecil
Buat suami di luar sana tu, fahami & turutilah kehendak isteri yang selalu meroyan nak set pinggan mangkuk baru bila tiba aje musim perayaan. Bukan apa, set pinggan mangkuk ini melambangkan peribadi tuan rumah juga. Kalau tetamu datang dihidang dengan pinggan yang bercampur-campur warnanya, bukanlah melambangkan kita ni seorang yang mengambil remeh dalam soal penampilan diri & rumahtangga?? Well, bukan semua orang mampu terus membeli set pinggan mangkuk di kala mendirikan rumahtangga kan, jarang sangat orang yang mampu tapi seeloknya berusahalah untuk mendapatkan satu set yang lengkap. Bak kata kakak ipar Zaila tadi "Pelan-pelan kayuuuuuuuuh";)











Sunday, February 27, 2011

Movie Night : Julia & Julie

Malam tadi layan movie di HBO *hai, mentang-mentanglah Zaila complaint takde movie best every weekend, tetiba malam tadi citer bestlah pula..baru je ingat nak unsubscribe HBO this month;D*

Tetiba me & husband tersuka pula cerita ni *i think i fell in love again with Meryl Streep* Suka sangat dengan lakonannya yang bersahaja tu. Ok, cerita ni sebenarnya adalah sebuah kisah benar hasil tulisan Julie Powell & telah difilemkan & dilakonkan oleh Meryl Streep (Julie) & Amy Adams (Julia).

Al-Kisahnya macam ni, si Julia ni memang sangat sukakan Julie setelah membaca buku hasil tulisan Julie iaitu Mastering the Art of French Cooking yang diterbitkan pada tahun 1961 & Julia telah memulakan cabaran di dalam penulisan blognya iaitu 365 Days, 524 Recipes, 1 Tiny Apartment Kitchen. So si Julia ni selalulah imagine that bila aje dia memasak / mencuba masakan Julie, dia dapat merasakan Julie ada bersama dengannya & memberikan dia inspirasi untuk menjadi more like Julie. Apa sahaja resepi yang telah dicuba oleh Julia akan dikongsi bersama di dalam blognya yang pada mula-mula tu hanya mendapat sambutan dari emak Julia sahaja!!

Makin lama Julia makin mendapat perhatian pembaca & minatnya terhadap Julie juga semakin menjadi-jadi sampaikan dia menangis macam anak kecil setiapkali masakannya tak menjadi & selalu salahkan suaminya kerana mereka tinggal di atas sebuah apartmen di atas kedai pizza. Masa mula-mula tengok ni cerita ni memang pening sebab ianya menceritakan kisah Julie & Julia secara bergilir-gilir iaitu imbasan balik zaman Julie di mana dia mengikut suaminya ke Perancis & belajar kelas masakan Perancis di sana. Mula-mula tu, hanya Julie seorang warga Amerika perempuan yang belajar memasak & gemarkan shopping groceries tapi lama kelamaan makin ramai kaum wanita Perancis yang lain yang ingin belajar kelas masakan dengannya.

Makin lama makin ramai yang mengikuti blog Julia & sampailah satu masa tu ada seorang wartawan dari suratkhabar New York Times yang datang ke apartmentnya untuk menemubual Julia mengenai kegilaannya terhadap Julie & dia berharap yang satu hari nanti akan bertemu dengan idolanya Julie. Bila je temuramahnya keluar paper, tak semena-mena Julia ni femes & nak tahu apa kesudahannya??Haaa, kenalah tengok sendiri ya!! lagipon Zaila tak pandailah nak review full story movie ni, macam caca marba jadiknya


Pendek kata, memang seronok menonton cerita ini & bagi sesiapa yang suka membaca, bolehlah cari hasil tulisan Julie Powell tu untuk lebih mendekati & menghayati watak si Julie & Julia ni. By the way, kat bawah ni adalah wajah sebenar penulis buku Julie & Julia ni;-

source from here

Apa yang Zaila suka tengok dalam cerita ni adalah apartmen si Julia ni. Tersangatlah chumel-chumel belaka segala susun atur perabutnya. Walaupon mempunyai ruang yang agak terhad, tetapi Julia bijak menggunakan setiap ruang di dalamnya agar setiap ruang adalah berguna & mudah dicapai. Lihat sahaja meja makan yang berada di tengah-tengah ruang rumah mereka, walaupun kecil tapi boleh memuatkan beberapa orang dalam satu masa tertentu *korang kena tengok cerita ni*

masa ni Julia tengah menonton rancangan masakan yang Julie hasilkan

Kalau tengok dapur si Julie ni lagilah jeles sebab walaupun kecil tapi semua benda tersusun & berada di tempat yang sepatutnya. Lihat aje susunan periuk & bekas di atas rak tu;-

rasa macam nak praktikkan kat dapur sendiri aje *maklumlah dapur rumah Zaila kan kecik*

yang ni pula dapur rumah Julia. kecil tapi praktikal

Masa ni bila Julia meraikan kejayaannya masuk paper *suka susunatur meja tu*

Oklah, tu aje kot review pasal movie ni. Selamat menonton!!






Saturday, February 26, 2011

Update : Barang Baby

Assalamualaikum semua,

Hati Zaila berbunga riang sekarang ni sebab Alhamdulillah pada kandungan mencecah 34 minggu, kebanyakan *rasanya* sudah siap disediakan. Fuuuuuhhhh *tarik nafas lega* Rasa macam nak beranak sulung aje sebabnya kebanyakannya kena beli baru memandangkan;-

1) Barang-barang abang Amirul & kakak Husna sudah tidak sesuai untuk direcycle balik kerana hampir kesemua baju mereka sudah dibuang disedekahkan kepada orang yang memerlukan & kalau ada pun, cukuplah tak senonoh untuk dipakaikan kepada adik mereka yang chumel ni;)

2) Kebanyakan barang-barang seperti tilam baby, tempat mandikan baby, alas tukar lampin semuanya telah dibuang semasa kami berpindah haritu..Hehehehe..Konon-konon tak nak beranak lagi tapi rezeki "rumah baru" kan..Alhamdulillah..

Jom sama-sama kita check it out;-

1. Baju-baju untuk newborn : Buat masa sekarang Zaila hanya beli dalam 9~10 pasang baju baby saiz newborn & 0-3 months, semuanya yang jenis berbutang sebab senang nak pakai memandangkan keadaan baby yang masih lembik so no rompers untuk sikecil;)

2. Mitten & booties & baby's hat :adalah beli dalam 5~6 pasang tapi rasanya nak kena tambah lagi sebab nanti kan cepat kotor bila baby dah pandai menghisap jarinya kan *chumelnyaaa*

3. Tuala & selimut baby : harus ada sekurang-kurang 3 helai

4. Kain lampin : Zaila beli baru sebab yang warisan pusaka zaman abang Amirul sudah kuning-kuning. Kain lampin ni boleh digunakan sebagai bedung baby & tuala baby juga;)

5. Barut baby : Yang ni terpaksa recycle si abang punya memandangkan sangat susah nak cari bedung baby yang chumel-chumel di pasaraya. Semuanya kena "custom made" & haruslah Zaila basuh & letak Clorox banyak-banyak kasik putih;D

6. Diapers : Beli jenama Mamy Poko sebab design lampin ini yang tidak akan mengganggu tali pusat baby & ada juga dapat diapers jenama Huggies hadiah dari SALAM semasa 1st check up haritu

7. Minyak bayi & set mandian : Zaila suka pakai jenama minyak yu yee (betul ke ejaan ni) & beli set mandian yang kecil-kecil aje merangkumi mandian baby, shampoo baby, lotion & bedak baby. Kalau beli yang besar punya takut si abang & kakak aje yang tukang perabis;D

8. Baby wipes & tempat lapik untuk tukar diapers : Adalah beli dalam 2 botol tapi lepas ni beli kapas & sapu ngan air suam-suam kuku sahaja. Kalo hari-hari pakai baby wipes boleh botak kepala papa wooOOooo;D

9. Tilam & bantal : Haruslah beli baru..Serba hijau bentuk beruang gituuuuuu

10. Baby Cot : sudah ada & cadar pun baru aje beli tapi rasa macam tak sesuai aje untuk digunakan sekarang so tunggu baby besar sedikit baru boleh pasang balik & kalau boleh tak nak ajar buai2 dah..Karang nak balik kampung susah nak mengangkut segala barang tu!!

11. Beg : ini haruslah cepat-cepat siapkan barang yang perlu dibawa ke hospital & letak siap-siap dalam kereta. Antara barang yang perlu dibawa ke hospital adalah sekurang-kurangnya 2 pasang baju baby, diapers, mandian, mitten, booties & selimut.

serba hijau gitu

tilam bentuk anak beruang..alaaahhh comel-comel
Esok turn siapkan list mama pula. Antara benda yang perlu dibeli / disetelkan adalah;-
1. Set dalam Pantang : Insya Allah kali ni Zaila masih setia dengan Leesa Formula, cuma ada beberapa produk yang Zaila nak tambah & amalkan ketika dalam pantang nanti
2. Stokin : harus beli baru / recycle stokin kerja en suami;D
3. Sweater : sudah ada tapi nak kena basuh balik ni
4. Maternity pad : belum beli lagi
5. Maternity Bra : baru ada 1, harus beli 2/3 lagi
6. Breastpump : kena check balik yang dulu-dulu masih boleh pakai ke tak..Kalau tak, haruslah perah pakai tangan je (JK)
7. Nursing cover : ada sape2 tahu tak mana nak cari benda alah ni??
Rasanya itu ajelah kot. Thanks pada entry dari Jue yang berguna untuk Zaila & buat ibu mengandung yang lain (7 bulan ke atas), sama-samalah kita bersiap sedia!!

Thursday, February 24, 2011

Resepi Mudah Bagi Ibu Yang Bekerja

Mood memasak sudah kembali!! Itupon bila hujung-hujung bulan sahaja langkah berjimat cermat so malam tadi sempatlah masak masakan feveret Zaila iaitu gulai kepala ikan tenggiri. Gulai ni istilah orang Kelate kot sebab ianya bukan kari tapi hanyalah masakan bersantan yang menggunakan lengkuas & kunyit semata. Meh kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan;-

bawang merah (pasal Zaila nak cepat Zaila ketuk2 sahaja), lengkuas (hiris-hiris), kunyit (pakai serbuk je), cili boh, santan segera (kalau pakai santan fresh mesti lagi sedap, asam keping, isi ikan tenggiri (kalau boleh perapkan dengan garam semalaman baru sedap), cili merah, timun / terung, garam & gula (Zaila suka pakai gula melaka atau orang Klate panggil nise)

Cara-cara:-

Jerangkan santan, lepas tu campaklah masukkan bawang merah, lengkuas, cili boh, serbuk kunyit, asam keping & biarkan sampai mendidih, sambil-sambil tu kacaulah pasal tak nak bagi santan tu meruap kan, masukkan isi ikan, garam & nise, cili merah & sayuran tadi. Biarkan sampai sayuran masak & rasalah dulu sebelum ditutup apinya. Kalau masin tambahlah gula, kalau masam tambahlah garam & gula, kalau tak sedap, sendiri mahu hingat;D

inilah hasil masakannya tapi petang tadi en suami p tambah beberapa ekor udang pula ke dalam kuah bagi menggantikan isi ikan tenggiri yang dah selamat dimakan pagi tadi;)

ini pula isi ikan tenggiri goreng..Memang sedap!!

tak sah rasanya kalau hidangan kami tak ada sayur so Zaila sempat masak sayur sawi bersama cendawan bersama udang bersama sos tiram *apa punya panjang daa namanya*

Bahan-bahan;-
sawi Jepun (betul tak namanya ni tapi yang kecik-kecik tu), cendawan segar beli dari Pasar Tani (kalau nak pakai cendawan shitake pon boleh), udang, bawang putih (kupas & ketuk), sos tiram, kicap manis, lada hitam (optional, tak nak bubuh pon tak apa) & serbuk secukup rasa
Cara-cara;-
panaskan minyak, masukkan bawang putih, udang, cendawan, batang sawi & goreng sampai udang masak. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, serbuk cukup rasa & daun sawi. Kemudian biarkan sekejap & bolehlah dihidangkan. Sangat-sangat simple dimple kan??
Sebagai seorang ibu yang bekerja 8 jam sehari (masuk office pukul 8 pagi balik rumah paling awal pun dalam pukul 7 petang), so Zaila kenalah masak yang simple-simple je sebab nak jimatkan masa. So selalunya memang Zaila akan sediakan satu hidangan ikan / ayam goreng ditambah dengan satu hidangan sayur. Zaila suka sayuran jenis sawi sebab ianya cepat masak & berfungsi sebagai pelawas yang paling berkesan. Lepas makan terus je "membuang" lepas tu;D
Kalau nak cepat siap, seeloknya malam sebelum tu Zaila dah siapkan segala bahan & simpan dalam peti ais supaya balik kerja je boleh terus berkungfu di dapur. Selalunya stok santan segera, telur, sardin,budu tu memang sentiasa ada di rumah sebab benda-benda nilah antara menu yang mudah untuk disediakan. Tak payah susah-susah nak perah santan ye tak?? Memanglah rasanya agak kurang sedap tapi memandangkan ini adalah masakan kita sendiri, sudah pasti rasa bukan ukuran melainkan kepuasan bila melihat suami & anak-anak makan masakan tersebut;)
Sekian sahaja tips masakan dari Puan Zaila ibu beranak 2 & sorang dalam perjalanan+___+


Tips Deko Rumah Cara Budget

Kebetulan Ahad yang lepas Zaila melakukan operasi pembersihan rumah secara besar-besaran *ayat tak boleh blah* & sambil-sambil tu dok belek-belek sampah yang terkumpul so terjumpalah beberapa poskad yang pernah diambil oleh en suami semasa dia menginap di sebuah hotel di Tokyo 3 tahun yang lepas..Waaah, baru tahu yang aku ni pengumpul sampah tegar;D & kebetulan pula dekat rumah ada beberapa frame yang dibeli dari IKEA & masih lagi kosong so timbullah idea untuk mendeko-deko rumah dengan menggunakan poskad tersebut. Inilah hasilnya;-


inilah hotel yang pernah en suami singgah semasa berkunjung ke Jepun satu masa dahulu;)

yang kat atas tu lukisan yang dibeli oleh en suami di Vietnam pada harga berapa ringgit ntah *yang pasti sangatlah murah*

cantik tak tembikar ni??

Bercerita tentang tembikar ni, sebenarnya masa balik kampung haritu Zaila telah berjaya merompak merembat hiasan tembikar ni warisan tinggalan arwah Tok Zaila yang tak tahulah wujud sejak kurun berapa lagi. Ok, tipu..Walaupon bukan sampai berkurun tapi benda ni sudah wujud sejak zaman kedatangan Jepun lagi so sebelum benda dihilangkan oleh mak Zaila yang tak pandai menghargai sejarah ni baik Zaila cepat-cepat selamatkan "mereka" dulu;D
Actually ada banyak lagi barang-barang tinggalan arwah nenek Zaila yang masih ada di rumah mak Zaila di kampung tu seperti pinggan lama, peracik buah pinang, tempat tumbuk sireh, tempayan & macam-macam lagilah yang barang lama tapi berharga tapi tak sempat pula Zaila nak bungkus bawa ke Shah Alam ni. Takpe, kayuh perlahan-lahan..Nanti nak beli almari kaca untuk display semua pinggan antik ni *ke boleh jual kat muzium??heheehehe*
yang ni pun salah satu tembikar yang Zaila berjaya rembat, dulu-dulu mak Zaila buat simpan asam keping dalam bekas ni *ade ke patut*

dah selamat berada di atas kabinet pon..Jangan Kiki & Lala kasik pecah sudaaaa!!
Sekian tips deko secara budget dari Zaila. Kan budget tu sebab pakai poskad free amik dari hotel je;D




Wednesday, February 23, 2011

Solat Duduk

Ok, Zaila salute pada ibu-ibu mengandung yang masih boleh solat seperti biasa (dalam keadaan berdiri) kerana Zaila sendiri pun sekarang ini selalu mengerjakan solat di dalam keadaan duduk dek kerana tak larat nak bangun selepas sujud. Kalau dulu stamina masih kuat lagi tapi sekarang ni *uhuk, uhuk* dah makin tua agaknya;( Di tambah pula sejak sakit beberapa minggu yang lepas membuatkan Zaila lebih selesa solat duduk.

Ada orang yang tak biasa melakukan solat secara duduk & risau kalau-kalau ibadah yang mereka lakukan tidak betul / tidak diterima ALLAH. Buat ibu-ibu mengandung, janganlah risau..kerana Islam tidak pernah mengajar kita untuk bersusah-susah (menyakitkan diri) dalam beribadah so ada kelonggaran buat orang-orang yang tertentu dalam melaksanakan ibadah terutamanya ibadah solah yang kita tahu adalah TIANG agama. Ibarat sebuah rumah, kalau tidak ada TIANG, maka akan robohlah ia..Jadi walau macamana keadaan kita, walau betapa susahnya keadaan kita, jangan lupa untuk mendirikan solat ya!!

Zaila pernah terbaca di dalam majalah Pa & Ma (tapi lupa edisi keluaran bila tapi rasanya yang dah lama, masa tu tengah tunggu turn nak jumpa Dr. Siti) yang menceritakan tentang artikel solat duduk bagi ibu mengandung. Seawal usia kandungan 7 bulan pon kita dah boleh mengerjakan solat secara duduk (bergantung kepada keadaan ibu mengandung) kerana keadaan fizikal diri kita seperti kaki yang sembab (susah untuk duduk antara 2 sujud / tahiyat), pening & tak boleh berdiri lama, keadaan perut yang membesar membuatkan kita susah untuk bangun & duduk & macam-macam lagi so dengan sebab itulah kita diberikan kelonggaran dalam mengerjakan ibadah solat so buat ibu-ibu mengandung di luar sana, jangan ragu-ragu untuk solat dalam keadaan duduk;)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka beruntunglah & berjayalah ia, dan jika sembahnyangnya tidak diterima maka kecewa & rugilah ia. sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : "Periksalah, adakah hamba-KU itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardhunya??" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain". (Riwayat at-Tarmizi) sumber dari sini

So, sama-samalah kita menjaga solat kita;)

Sunday, February 20, 2011

Takde Pasal Carik Pasal

Salam semua,

Haritu Zaila pernah bagitahu yang kami sekarang sudah ada ahli baru (refer entri ini). Makin hari dah makin membesar pula anak-anak dara kami ni. Come & meet our new bundle of joy. Namanya Kiki & Lala since dua-dua pon female. Aduss, haruslah Zaila cepat-cepat g mandulkan diorang sebelum diorang menggatal mengandung juga. Itulah, dulu-dula bela mak diorang (Lida) pasal kesian, last-last bila Zaila ngandung, dia pon bunting sama..Belum Zaila bersalin, dia dah bersalin dulu;D

Itulah, takde kerja cari kerja..Sekarang ni dah bertambah 2 mulut nak kena suap dalam rumah ni;D Sudahlah memilih, makan nak dari jenama mahal je, kalo yang timbang di kedai Acheh tu tak nak makan..Serious high taste korang ni ya;D
Tapi it's ok, kami anak beranak suka je dengan kedatangan 2 ekor kucing chomel ni..Yang paling happy mestilah Ameera, sampai naik lemau dah kucing-kucing tu dikerjakan Ameera;) Tapi baik pula mereka takder sampai nak cakar muka Ameera. Masing-masing redho aje diperlakukan oleh anak dara Zaila yang ganas tu..*agaknya mereka tahu mereka hanya menumpang so terima aje segala perlakuan tuan mereka*

Si Kiki ni bulunya kasar & gemuk sedikit, pastu sangat manja dengan mama dia, selalu neneng & kalau bila buka je pintu rumah, dia yang pertama akan keluar membuang / masuk ke dalam rumah. Si Lala ni pula kurus sedikit & berbulu halus, agak blur sedikit & selalu hilang (maksudnya kalau keluar rumah susah nak balik semula), last-last mak dia yang kena keluar rumah ngiau-ngiau (panggillah tu) barulah jumpa jalan pulang;D

Perangai 2 ekor anak dara ni tersangatlah aktif. Habis segala bunga, frame-frame gambar hiasan yang Zaila letak atas kabinet dilanggar mereka. Bila perut kenyang, asyik nak "bergalok" aje kerjanya sampaikan mama diorang pon join sekaki. Memang seronok tengok aksi diorang berkejaran tapi kadang-kadang naik geram juga pasal dah pecah satu hiasan kaca yang Zaila letak atas kabinet TV tu. Diorang ni tak kira dah siang ke malam ke, kalau dah naik angin tu..boleh main kejar-kejar sampai ke tingkat atas. Mujur Zaila tak sangka "benda" lain pasal tahu diorang ada dalam rumah kami. Tapi sekarang ni tiap-tiap malam Zaila akan pastikan diorang berada di luar rumah dah. Bukan apa, takut diorang main panjat-panjat atas kabinet TV & jatuh something yang berharga ke..Mahu mak meroyan lagi!!

(kanan : Kiki, baring : Lala)

cik puan muda baru bangun tidur sudah menggomol Kiki & Lala

sebenarnya Kiki tengah geram dekat kaki Cik Puan Muda;)

pantang!! Tengok si Lala tu rileks aje

memang susah nak bezakan 2 ekor ni pasal sekali pandang sama sahaja tapi kalau tengok baik2 bulu Kiki lagi kasar & berjalur-jalur terang





Saturday, February 19, 2011

Parent's Day @Genius Aulad Kota Kemuning

Salam hujung minggu semua,

Pagi tadi ada Parent's Day di sekolah Haziq so pagi-pagi lagi suruh anak-anak mandi & bersiap. Lepas tu terus je keluar bersarapan makan roti canai..then zaaass terus ke Kota Kemuning. Memandangkan Haziq ni budak 5 tahun so waktu yang ditetapkan untuk berjumpa dengan teacher adalah bermula pada pukul 10.30 pagi. Nasib baiklah bila kami tiba je di sana masih tidak ramai lagi parents yang ada. Owh, mama agak semput pasal kena panjat naik tingkat 2..Alahai..boleh bayangkan macamana keadaan Haziq hari-hari naik turun tangga..Patutlah anak jantan aku tidur awal je tiap malam sejak bersekolah ni;)


Di Genius Aulad Kota Kemuning ni, Amirul ditempatkan di kelas 5 Zheng He sekali dengan best friend dia yang kat Taska tu. Ada Aiman, Tasnim & Ain so rasanya sebab itulah Haziq begitu bersemangat untuk ke sekolah setiap hari;) His classroom teacher pula namanya Teacher Lili & bila berjumpa dengan teacher, kami telah diberitahu tentang perkembangan Haziq dalam kelasnya. Nampak gaya Haziq ni terlalu bergantung dengan kawannya Aiman & Tasnim. Teacher Lili cakap, kalau setiap kali dia beri arahan, Haziq akan menunggu Aiman untuk menunjukkan cara kepadanya. Kalau tak ada Aiman, pasti Tasnim yang akan membantu!!


Nampak sangat Amirul Haziq ni agak kurang berkeyakinan dalam kelas, pemalu & takut untuk menonjol ke hadapan. Kami memang tak salahkan Haziq memandangkan Zaila & en suami pun tahu perangai Haziq so sebab itulah Zaila hantar dia bersekolah di sini memandangkan kami mahu Amirul lebih berdikari & percaya kepada keupayaan diri sendiri. Mungkin terlalu awal untuk menghukum Haziq memandangkan dia sendiri pun masih baru dengan situasi di sana so apa yang Zaila boleh Zaila pesan pada teacher Lili adalah supaya memisahkan antara Haziq & Aiman so that Haziq tidak terlalu bergantung pada Aiman. Lepas tu, Haziq ni nak kena slow talk elok-elok cakap yang dia sebenarnya boleh buat cuma takut-takut untuk melakukan kesilapan aje so jangan takut untuk mencuba!!


Dalam kelas reading & Iqra' pun sama, walaupun teacher akan panggil secara individu untuk baca depan teacher, Amirul Haziq masih malu-malu untuk baca kuat-kuat walaupun sebenarnya dia agak cepat "tangkap" dalam kelas. Teacher dia pun akui yang Haziq agak mendahului dalam bacaan Iqra. Mungkin disebabkan setiap hari selepas je Zaila solat Maghrib, Zaila akan ajak dia untuk sama-sama baca Iqra' depan Zaila. Alhamdulillah, Haziq memang suka bila kita ajak membaca cuma kadang-kadang tu agak sedikit tidak sabar untuk baca muka surat yang kemudiannya;D


Secara jujur, kami sudah berpuas hati dengan pencapaian Haziq di sekolah. Walaupun dia agak malu-malu & senyap, tapi kami bangga dengan Haziq. Tak dapat dinafikan yang Haziq jadi macam tupon sebab ianya "datang" dari kami juga. Zaila & en suami sendiri merupakan seorang yang pemalu & tidak menonjol di dalam kelas ke tempat keje?? & kami akui memang itu kelemahan kami. Bukan nak salahkan mak ayah kami yang tak hantar ke sekolah mahal-mahal, bukan nak salahkan kami yang dilahirkan sebagai seorang anak petani / nelayan tapi mungkin keadaan sekeliling kami semasa kami membesar dulu membuatkan kami begitu pasif & malu untuk menunjukkan kelebihan yang kami ada. Tapi sekarang, Alhamdulillah Zaila & en suami rasa kami sudah dapat lari dari zaman "down" kami. Walau masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, kami rasa kami bersyukur dengan setiap pencapaian yang kami ada sekarang ini;-) *sujud syukur*


Harapan kami, semoga Amirul Haziq dapat menjadi seorang pemimpin yang bijak (seperti maksud namanya). Insya Allah, lepas je habis belajar di GA, mama & papa ingin daftarkan Haziq di sekolah rendah Ibnu Khaldun yang terletak tak jauh dari rumah Zaila juga. Insya Allah..Moga dipermudahkan segala urusan..


Apabila mati seseorang anak Adam, maka ada 3 perkara yang dapat membantunya di alam barzakh:

1) anak yang soleh

2) amal jariahnya

3) ilmu yang ditinggalkan


Bila dah besar nanti boleh sambung belajar di sekolah agama depan rumah Tok Ayah. Mesti Haziq seronok boleh duduk dengan Tok Ayah (moga dipanjangkan umur Tok Ayah)..hehehe..Berangannya mama ni..Actually tak kisahlah Haziq nak sekolah kat mana, yang penting Haziq pandai bawa diri, kena sentiasa ingat ALLAH, mama & papa & juga asal usul kita. Insya Allah, Haziq akan berjaya dunia akhirat..


Rasanya dah melalut panjang sampai ke mana dah ni kan..Asalnya nak cerita pasal Parent's Day tu tapi last-last dah lupa apa yang nak diceritakan..Takperlah, insya ALLAH, Zaila akan bercerita lagi perkembangan Haziq di sekolah nanti. Herm..lepas je keluar dari sekolah Haziq, mama request nak ke IKEA jalan-jalan carik pasal & naseb baiklah mood en suami ok so off we go to go Kota Damansara pula!! Sampai sana memang tak ramai orang & sempatlah tawaf satu IKEA cuci-cuci mata. Dalam cuci mata tu sempat juga merembat cadar baby coat *xsabar nak pasang katil baby* & beberapa barang dapur..Kan Zaila cakap, IKEA memang berhantu;D


Lepas tu terus balik Shah Alam & sempat lagi en suami singgah ke office sekejap *saja nak tunjuk yang en suami ni gila banyak keje* & bila sampai rumah lepas je solat Asar, kami keluar lagi ke Pasar Tani Kota Kemuning beli lauk pauk. Rasa macam dah lama tak masak & memandangkan peti ais pun dah kosong, haruslah ke sana cari stok kan!! Lagipon kat situ ikan, ayam & sayur-sayur semua terbaik dari ladang!!

So menu kami malam tadi adalah;-


sayur campur, ikan selar goreng kunyit & budu!!

Lamanya tak makan budu & memang bertambah-tambahlah Zaila makan. Lagipun hari ni kami anak beranak tak makan nasi lagi sebab pagi tadi makan roti canai, tengahari berhenti stesen minyak Petronas beli hot dog 1901 & sampai IKEA p bantai hot dog sampai 3 keping..Haruslah kebulur haritu kan;D

Oklah, nak kongsi resepi sayur campur Zaila yang memang sedap hingga menjilat sudu ni;-

Bahan-bahan:-

Isi ayam yang dipotong kecil2, bawang putih & merah (diketuk), cendawan shitake yang fresh tu, kacang buncis, bunga kobis, carrot, kailan, cili merah, garam, serbuk perasa atau chicken stok yang serbuk tu, sos tiram, air + tepung jagung

Cara-cara:-

Campak je isi ayam dalam minyak panas, masukkan bawang merah, bawang putih, cendawan shitake, batang kailan, carrot, kacang buncis, bunga kobis. Kemudian masukkan sos tiram, chicken stok & daun kailan. Last sekali masukkan air tepung jagung untuk kasik kuah jadi pekat sedikit. Siap untuk dihidangkan!!

Senang kan?? Selamat Mencuba!!

Aku Suka Rumah Ini

Gara-gara melihat cerita ni di channel HBO beberapa malam yang lepas, Zaila sudah jatuh cinta..Jatuh cinta dengan siapa tu??takkan si hero tua yang berperut boroi ni pulak Jatuh cinta dengan rumah Jane (Meryl Streep) yang sangatlah cantik tu!! Serious, every corner in that house betul-betul buatkan Zaila jatuh cinta..Owh, mulalah berangan nak buat rumah macam ni kat kampung nanti bila dah tua dah pencen nanti;D

Zaila bukan nak review pasal cerita ni tapi for me, bagus juga kalau tengok cerita bodoh ni yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang gila talak terhadap bekas isterinya yang sungguh berbeza dengan isteri barunya. Cerita genre komedi memang seronok untuk dilayan tapi Zaila nasihatkan supaya anak-anak semua dah tidur bagi mengelakkan mereka melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat ya;D



Eh eh termelalut pula, padahal Zaila nak kongsi some of the picture yang Zaila suka tentang rumah / lokasi dalam cerita ini. Watak Jane tu seorang janda yang mengusahakan kedai bakery & membesarkan anak-anak seorang sahaja. Owh, Zaila sukalah plot di mana Jane & kawan-kawan makan malam sambil bergosip-gosip tu. Sungguhlah mak teruja bila membayangkan yang Zaila berada di situasi tersebut bersama-sama minah-minah kepoci yang sekarang masing-masing busy, sambil makan sambil borak..Syoknyaaaa!!!

Pendek kata the whole set dalam movie ni sangatlah cantik!! Rasa macam nak-nak-nak-nak-nak-nak sangat ada rumah macam ni. Jom kita terjah tengok dalam rumah ni ya..Kalau korang nak tengok movie ni, silalah perhatikan interior rumah Jane ni..sungguh-sungguh mak berkenan;)

ni kawasan living room di mana kaum-kaum hawa sedang bergosip-gosip *i can imagine me gossiping with my friend with a cup of coffee in my hand*

Zaila suka kalau rumah tu ada banyak tingkap. Lebih kurang macam nilah tapi biaserlah, kalau rumah mat salleh bolehlah tak letak langsir..kalau rumah di Malaysia ni, harus jadi tontonan umum nanti;D

ini bahagian dapur. Walaupon nampak agak serabut tapi tak tahulah rasa seperti dekat dengan hati Zaila..sambil masak hirup udara segar dari luar;)
Lagi satu, watak Jane ni seorang yang perfectionist, tengoklah kalau dia siapkan meja makan untuk dinner bersama-sama dengan kawan / anaknya..sangat beretika you knowwwww

salah satu susun atur meja di rumah Jane

lagi satu tengoklah garden dia youuuuu
Mak suka!! mak suka!! Pendek kata korang kena tengok lagi gambar-gambar rumah Jane dalam cerita ni di sini. Tapi kalau boleh tengok full version of this movie, lagilah bagus juga!!





Friday, February 18, 2011

Iklan CNY Petronas yang Berkesan di hati

Aku memang suka & memang ternanti-nantikan iklan raya dari Petronas. Tak kiralah time raya puasa ke, Tahun Baru Cina ke, raya Deepavali ke, Merdeka ke..Memang aku suka tunggu & tengok. Yang pasti iklan yang diorang bikin pasti akan meninggalkan kesan pada hati aku. Sampaikan menitis air mata ni. Selalunya ada pengajaran & iktibar yang boleh diambil disebalik iklan yang hanya mengambil beberapa minit dari waktu menonton korang.

Tahun ni pon, iklan CNY Petronas banyak memberikan mesej kepada kita supaya menghargai ibu bapa kita. Tanpa mereka, takkan wujud kita di dunia ini so walau macamana sibuk kita sekalipun, kenalah sentiasa ingat akan pengorbanan mereka so especially bila tiba musim perayaan kenalah menggembirakan mereka dengan bawa mereka keluar makan bersama-sama, takpun bawa mereka shopping baju raya atau bawa mereka bercuti. Pendek kata, kenalah luangkan masa bersama-sama dengan mereka juga sebagaimana mereka luangkan masa mereka membesarkan kita di waktu kita kecil dulu.

Bagi aku, nasib baiklah cuti CNY tu kami berpeluang pulang ke kampung. Kalau orang lain lebih suka bercuti berjalan-jalan di tempat orang, aku & suami lebih memilih untuk pulang ke kampung untuk bertemu dengan kedua orang tuaku. Walaupun hanya cuti 4 hari tapi tak terbayang akan kegembiraan di muka orang tua & anak-anak aku tatkala bertemu. Bukan harta yang menjadi ukuran kasih sayang sebaliknya ingatan kita kepada mereka. Macamana kita melayani mereka, cukuplah sekadar dengan balik sekali sekala bertanyakan khabar. Kalau tak boleh balik pun, angkatlah telefon tu & daillah no. mereka bertanyakan khabar. Pasti mereka akan tertawa riang;)

Pada yang belum melihat iklan CNY Petronas lagi, bolehlah klik di sini & boleh tengok iklan tersebut. Moga-moga lepas tengok iklan ni, kita akan lebih menghargai jasa kedua orang tua kita selagi hayat mereka masih ada di dunia ini.

Tanda-Tanda Ingin Melahirkan

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah minggu ni genaplah 33 minggu kandungan Zaila. Memang agak mencabar kerana perut sudah memboyot ke hadapan. Terasa susah sangat untuk melakukan sesuatu benda. Nak tidur susah, nak basuh pinggan susah (pasal perut bergesel dengan kabinet dapur), nak basuh be*ak susah, nak tidur susah, pendek kata semua susah!! Bukan nak merungut tapi inilah hakikat yang harus dihadapi oleh setiap ibu mengandung. Mujurlah en. suami ada banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga tapi biaserlah, kalau sudah namanya lelaki..Pasti setiap kerja yang dia buat tu tak kena di mata Zaila so Zaila rasa lagi senang untuk melakukan sendiri semua benda tu (selagi terdaya).

Walaupun ini kandungan ke 3 tapi biaserlah, Zaila tak boleh nak sorok rasa berdebar-debar untuk bersalin. Bukan apa, setiap kehamilan & proses melahirkan bagi Amirul Haziq & Nur Ameera Husna berbeza so kali ni juga tentulah harapan Zaila moga dipermudahkan segalanya. Kalau boleh, nak bersalin normal & moga baby keluar tepat pada masanya iaitu bila en suami berada di sisi, Haziq & Husna ada orang yang tolong jagakan & pendek kata moga dipermudahkan segala urusanlah hendaknya!!

Kali ni Zaila nak kongsi beberapa tanda yang setiap ibu mengandung harus alert di kala sudah sampai bulan. Kadang-kadang baby akan keluar tidak tepat dengan EDD (expected due date), ada yang terawal & ada yang terlewat. Pendek kata memang kena sentiasa berjaga-jaga & alert dengan keadaan diri & baby. Macam Zaila, Haziq dilahirkan 10 hari awal dari EDD manakala Husna pula hanya 2 hari awal dari EDD. Memang susah sangat nak jangka tapi untuk yang ke 3 ni Dr. Siti Mariam menjangkakan sedikit awal juga dari EDD (04/04/2011) tapi seawal bila tu?? Wallahu a'lam!! Ok, di antara tanda-tanda yang selalu terjadi ialah:

1) Perut menjadi ringan kerana baby sudah engaged ke bawah. Masa ni akan rasa sedikit sakit di bahagian ari-ari & kerap membuang air kencing kerana kedudukan baby yang menekan pundi kencing kita.
2) Berlakunya kontraksi yang makin kerap. Apabila kandungan mencecah 8 bulan mungkin akan berlaku apa yang dinamakan Braxton Hicks yang dikenali juga sebagai amaran kelahiran palsu kerana di waktu ini kita akan merasakan baby meregang & sakit yang menyucuk di bahagian tulang belakang tapi selalunya rasa sakit itu akan hilang & bukan berlaku secara kerap. Selalunya bila kesakitan itu datang secara berkala iaitu setiap jam kemudian disulami minit, maka ini barulah dianggap sebagai sakit kontraksi & tahap kesakitan itu memang sangat-sangat sakit (tak dapat digambarkan dengan kata-kata) & bergantung pada setiap individu untuk mengatasinya.

3) Keluar lendir pekat atau berdarah. Boleh jadi beberapa hari sebelum bersalin ataupun beberapa jam sebelumnya. Kalau berlaku perkara sedemikian, kita dinasihatkan untuk segera ke hospital

4) Pecah air ketuban iaitu sejenis air yang jernih & tidak berbau. Tapi selalunya kita akan konfius dengan air kencing so selalunya air ketuban ini tidak berbau & ianya keluar sendiri tanpa kita sedari. Zaila pernah alaminya masa ingin bersalin anak sulung, perasaannya seperti terkencing tapi dalam kauntiti yang banyak gitu. Mula-mula sedikit tapi lama-lama akan keluar makin banyak.

Rasanya itu sahaja tanda-tanda penting yang harus dikenalpasti oleh setiap ibu mengandung. Walau apapun yang berlaku, pastikan diri kita sentiasa bersedia & cepat-cepat rujuk kepada hospital sekiranya ada apa-apa kemusykilan.

Waah, entri kali ni buatkan Zaila rasa macam doktor pula..hahahha..Oklah, pada kawan-kawan bolehlah berkongsi pengalaman bersalin & tanda-tanda yang keluar sebelum melahirkan. Bolehlah dijadikan sebagai panduan buat Zaila yang berdebar-debar yang walau anak ke 3 masih takut untuk bersalin juga. Insya Allah, kalau ada masa Zaila nak stori mori juga kenangan di waktu melahirkan Haziq & Husna supaya nanti mereka boleh baca & tahu betapa susahnya mama nak melahirkan mereka ke dunia yang fana ini;-) Semoga anak-anak mama menjadi anak yang soleh & solehah & berjaya dunia akhirat..amin...

Thursday, February 17, 2011

Hidup Ini Terlalu Singkat

Assalamualaikum semua,

Perasan tak lately ni Zaila banyak meluahkan isi hati melalui penulisan. Kalau dulu banyak gambar-gambar atau aktiviti yang ada sahaja mahu dikongsi bersama tapi sejak perut dah memboyot dua menjak ni, blog ni kosong dengan tips-tips mahupon aktiviti Zaila dihujung minggu. Bukan tiada benda untuk dikongsi tapi memandangkan kekangan masa & peralatan & juga had limit Meksis Berukband yang sungguh jeles dengan blogger macam Zaila ni. Kalau letak banyak gambar sikit, mulalah internet slow macam siput..so macamana Zaila nak blogwalking kalo macam ni kan?? So terpaksalah korbankan blog Zaila supaya biar tak menarik asal boleh baca blog kawan-kawan *murni kan niat hati Zaila ni kan* -____-

Mungkin juga disebabkan Zaila telah kehilangan seorang sahabat untuk bercerita so segala apa yang terpendam dalam hati ni diluahkan diblog ini. Memang kalau boleh tak nak serabutkan blog ini dengan emosi-emosi tapi Zaila rasa dengan menulis juga kita dapat mengurangkan stress yang ada ni. Lebih kurang macam terapi minda gitu;-) Pada yang meninggalkan komen / pandangan / nasihat, jutaan terima kasih Zaila ucapkan. Insya Allah, kalau ada kerajinan, Zaila akan kongsi beberapa petua yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung & berpantang nanti;-)

Lately ni terperasan banyak pula entry-entry dari blogger yang saling bercakaran sesama sendiri. Si polan tuduh si polan, si polan meluahkan rasa tak puas hati di blog, facebook mahupun Twitter. Bukan setakat artis yang suka menggunakan laman sosial untuk saling mengata, kita juga pun tak lepas dari melakukan sedemikian. Yelah, kita semua manusia biasa yang memang tak lepas dari melakukan kesilapan. Ada sahaja yang tak kena di mata kita (walaupun bagi sesetengah orang it's ok untuk berbuat demikian).

Well entry ini bukan ditujukan pada sesiapa pun. Sekadar luahan pendapat dari lubuk hati Zaila. Sejak berblog ni, memang tak dinafikan pelbagai pengalaman pahit manis yang Zaila tempuhi. Ada yang suka, ada yang meluat, ada yang cakap benda ni buang masa & macam-macamlah. At first selalu juga Zaila melatah & berkecil hati tapi Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun merapu dalam blog, Zaila rasa makin yakin untuk menangani situasi negatif ini. Ditambah pula pernah mengalami "kehilangan" yang begitu besar & terkesan di jiwa Zaila membuatkan Zaila terfikir betapa singkatnya kehidupan ini. Buat apa diisi kehidupan ini dengan kebencian & hasad dengki. Hargailah setiap apa yang berlaku disekeliling kita. Sedikit tips untuk sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan berlakunya benci membenci di dalam dunia blog mahupun realiti ini :-

1) Jangan rasa rendah diri - selalunya timbulnya perasaan hasad dengki bila kita berasa diri kita tidak setanding dengan individu tersebut. Mulalah rasa yang individu tersebut nak menunjuk-nunjuk dengan apa yang mereka ada. Bukan nak cakap yang Zaila tak ada perasaan macam tu, tapi bila aje terdetik dalam hati, cepat-cepat fikir positif..Setiap manusia ini ada kelemahan masing-masing so untuk mengelakkan rasa sakit hati, kita jangan bandingkan dengan kehidupan kita. Sebaliknya cuba cari apa kelebihan yang kita ada untuk membuatkan kita rasa setanding dengan mereka. Takpun bandingkan dengan orang yang jauh lebih menderita dari kita. Haaa, barulah rasa betapa berharganya setiap rezeki yang kita kecapi ini!!

2) Jangan pandang belakang - macam tajuk cerita hantu pula..takderlah, maksud Zaila jangan diingat lagi setiap perkara yang sudah lepas especially perkara yang buruk yang pernah kita alami. Perlu diingat bila sekali kita membuka pintu kehidupan peribadi kita kepada umum, kita harus terima segala pujian mahupon cemuhan yang bakal diterima. Allah menciptakan manusia ini yang terdiri dari pelbagai jenis, rupa & mempunyai hati yang berbeza-beza; ada yang baik, ada yang ikhlas, ada yang sedikit cemburu, ada yang cemburu buta & ada juga yang hatinya mati;D so lantaran itu akan ada pelbagai reaksi yang berbeza-beza mengikut hati masing-masing. Pernah juga Zaila menerima reaksi yang negatif hasil dari berblog & kalau difikirkan memang boleh membuatkan kita patah semangat tapi Zaila berjaya juga buang perasaan itu & terus mara ke hadapan. Abaikan aje apa orang nak cakap sebab yang penting kita tahu apa yang kita lakukan!! *as long as bukan buat benda tak elok*

3) Jangan Terlalu Terbuka - Well, kalau kita tak mahu kehidupan diri ini dikritik, kita kenalah pandai jaga diri juga. So Zaila rasa, janganlah terlalu bersifat sangat terbuka dengan bercerita segala apa yang kita ada, buat, beli atau dapat dalam kehidupan kita. Tapi kalau kita ni jenis "telinga tebal" & boleh terima segala kutukan, so tak ada masalah untuk berbuat demikian. Zaila sendiri pon banyak belajar dari kesilapan yang pernah Zaila buat so sekarang Zaila lebih berhati-hati dalam membuat entry. Harus diingat bukan kita seorang yang akan baca blog ini, so jika blog ini tidak diprivatekan, haruslah kita menjaga banyak hati yang mungkin baca perkembangan diri kita seperti suami sendiri (yang ni takkan kutuk kita), adik beradik, kawan-kawan mahupun rakan sekerja yang tahu akan kewujudan blog kita. So walaupon kita mahu memperkatakan sesuatu yang benar, janganlah terlalu direct sehinggakan boleh mengundang salah faham buat mereka. Jadi, jalan penyelesaian yang terbaik adalah sentiasa berada di landasan selamat iaitu dengan menjaga "rumah" kita agar tidak terlalu terbuka!!


4) Jangan Menipu / hipokrit - Selalunya blog-blog yang mempunyai sesuatu yang menarik minat akan selalunya femes. Sesuatu tu merujuk kepada blogger yang fashionista ke, blogger yang ada hobi seperti mengumpul designer brand ke, blogger yang ada kediaman yang cantik ke atau tak kurang juga blogger yang aktif bercerita mengenai kehidupan peribadi mereka pasti akan mempunyai ramai follower / stalker yang suka membaca / mengomen post mereka. Ada juga di antara blogger yang sanggup menjadi talam dua muka hanya untuk melaga-lagakan kawan-kawan mereka. Di blog si X cakap lain & bila masuk blog Y cakap apa yang blogger X cakap dekat blogger Y..Adushh, bukankah ini satu fenomena yang tidak sihat di antara blogger. Kesimpulannya, janganlah jadi seorang yang hipokrit. Perbetulkan semula niat kita untuk menjadi blogger ini. Bagi Zaila pula, bukan Zaila tak tahu perkembangan dunia blog sekarang ni, tapi lebih baik kita tidak campur dalam pertelagahan mereka *just baca dari kejauhan aje* Semoga perdamaian akan berlaku juga *PEACE, no war!!!*


5) Jangan Lupa Diri - ini yang paling penting. Walau sejauh mana kita berada, setinggi mana pencapaian kita, segunung mana duit kita, janganlah kita lupa asal usul kita. Bukan tak boleh untuk menunjukkan bukti kejayaan kita tapi biarlah diiringi dengan kata-kata semangat / nasihat yang boleh dikongsi bersama-sama dengan mereka yang admire kejayaan kita. Bagi yang menjalankan perniagaan pula, jangan menipu pelanggan kerana tanpa pelanggan tiadalah sumber income kita.

Hidup ini terlalu singkat so jangan buang masa kita dengan melakukan perkara yang tidak akan mendatangkan faedah kepada diri kita. Seeloknya perbetulkan niat kita dalam berblog ini. Seeloknya perbanyakkan ilmu/info-info yang boleh dikongsi bersama. Kalau suka berkawan, jangan pula sampai hilang adab ketimuran / tatasusila di antara sesama muhrim, jangan pula memilih kawan. Kalau suka bercerita tentang kehidupan peribadi, jangan pula hingga bercerita tentang "kamar tidur" buat tatapan umum. Ingatlah, malaikat Raqib & Atid sentiasa berjaga untuk mencatitkan segala amalan kita so mari kita perbaiki diri kita, lebihkan amalan baik dari yang jahat agar kita bahagia di dunia mahupun akhirat nanti.

Pesanan penaja : aku juga manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan..

Sunday, February 13, 2011

Giveaway

Waaah, first time gitu Zaila buat giveaway..Kali ni bersempena dengan kedatangan orang baru ke dalam famili, Zaila berbesar hati untuk menderma menghadiahkan baucer 20% diskaun ke atas barangan Bumble Bee yang terdapat di Mom's Care.

Senang aje nak masuk gieaway ni, tinggalkan komen beserta link & kalau xde blog tu letak address email pon boleh. Tak ada slogan, tak ada kena buat special entry sebab tuan empunya blog ni malas nak fikir panjang nak decide entry siapa yang terbaik so pada yang berminat untuk mencuba tu,bolehlah drop by your blog link / email address ya..

Closing giveaway ni pada 28hb February 2011 & pemilihan akan dibuat secara rawak & keputusan pengadil (read : Zaila) adalah muktamad..Insya Allah awal bulan Mac Zaila akan buat pengumuman siapa yang bertuah dapat baucer ni..20% diskaun..banyak juga tu!!!

Sedikit info tentang baucer ni;-

- Hanya boleh diredeem di Mom's Care Outlet sahaja iaitu di Ikano Power Centre, One Utama (New Wing), Midvalley Megamall, Penang Queensbay Mall, Ampang POint Shopping Centre, Sunway Pyramid, Aeon Tebrau Shopping Centre
- Baucer ni xboleh ditukar kepada cash & hanya untuk barang pada harga normal (bukan promosi)
- Baucer ni valid sampai 30 June 2011 so pada mereka yang menang tapi xde kat Malaysia / kat negeri mereka xde outlet ni, bolehlah bagi alamat sedara mara yang lain ke atau kawan2 ke so that Zaila boleh pos kepada mereka.

Friday, February 11, 2011

Pengalaman & Petua Mengelakkan Bayi Kena Jaundice (Kuning)

Salam Jumaat semua!! Moga kawan-kawan semua berada di bawah rahmat Allah selalu..

Satu persoalan untuk ibu-ibu di luar sana. Pernah tak mengalami / melalui pengalaman anak yang baru dilahirkan kena kuning atau dalam bahasa kedoktoran dipanggil Jaundice??
Sebagai ibu kepada 2 orang anak, Zaila pernah mengalami keadaan di mana anak yang baru dilahirkan disahkan kena demam kuning & terpaksa ditahan di hospital. Masa tu, Amirul Haziq yang kena & masa Nur Ameera Husna pula Alhamdulillah tak kena. Mungkin kerana tiada pengalaman & pengetahuan yang cukup membuatkan Zaila tidak bersedia & tak tahu apa yang perlu dibuat. Ada orang kata, bayi lelaki lebih mudah diserang kuning berbanding bayi perempuan, betul ke??

Teringat lagi kenangan selepas melahirkan Haziq. Bila balik je ke rumah, Haziq memang kuat tidur & Zaila pun masa tu masih "bodoh", tak tahu yang baby masa tu kena bagi breastfeed banyak-banyak untuk mengelakkan dari kena kuning so Zaila bantai p tido dengan baby juga. Siap selimut lagi sebab masa tu musim tengkujuh & memanglah syok tidur;D Bila je nurse datang rumah melawat, barulah dapat tahu yang Haziq ada kuning cuma tak tahu berapa tahap Bilirubin dalam darah so kenalah pergi ke HUSM Kubang Kerian untuk dapatkan keputusan. Ternyata tahap Bilirubin Haziq memang tinggi & Haziq kena tahan duduk bawah lampu biru tu..Perasaan Zaila masa tu sedih sangat-sangat sebab sudahlah masih dalam pantang & kena pula bermalam di hospital bersama dengan Haziq tanpa ditemani orang tua. En suami memang ada menemani tapi tidak boleh tidur sekali memandangkan Wad tersebut hanya disediakan untuk ibu & anak sahaja so terpaksalah en suami tidur di dalam kereta.

Apa yang Zaila tahu masa tu hanyalah menangis. Sedih bila melihat anak yang baru lahir hanya memakai pampers & matanya ditutup & dijemur bawah lampu yang jaraknya lebih kurang 2 jengkal dari baby. Tapi bila dah start berkenalan dengan ramai ibu-ibu muda yang mengalami nasib yang sama dengan Zaila, Alhamdulillah timbul sedikit perasaan lega & mula ada kekuatan untuk memberikan yang terbaik buat Haziq iaitu susu ibu. Apa yang best bila berada di Wad tersebut adalah (Zaila lupa nama Wad tu), kami diberikan penerangan oleh jururawat yang bertugas tentang kepentingan susu ibu & macamana untuk merangsang payudara supaya menghasilkan banyak susu iaitu dengan cara melakukan perahan. Kami juga diajar macamana untuk memandikan sendiri anak kami & sudah pasti ini antara pengalaman yang terbaik buat Zaila yang masih mentah dalam menjaga anak. Dalam kesedihan terselit kegembiraan, terima kasih ALLAH kerana memberikan Zaila peluang untuk room-in bersama Amirul Haziq di HUSM Kubang Kerian selama 2 hari 1 malam.


lebih kurang macam inilah keadaan Haziq dulu

Tapi bila pulang ke rumah, Zaila sekali lagi diuji bila nurse yang datang melawat memberitahu yang Haziq masih ada tanda-tanda kuning. Kalau tak silap, sampaikan dalam anak mata putih Haziq pon ada sedikit kekuningan so nurse menasihatkan Zaila supaya memperbanyakkan bagi susu ibu kepada Haziq. Tapi maklumlah, masa tu kan musim hujan so Haziq ni memanglah seronok tidur je kejenya!! Memang tension untuk kejutkan Haziq bangun untuk menetek susu. Masa tu juga bermacam-macam petua yang Zaila cuba seperti minum susu kambing (yang rasanya macam nak muntah), mandikan dengan air campuran daun inai, belimbing buluh & pokok dukung anak semata-mata untuk menghilangkan kuning tersebut. Sampailah ada seorang kawan mak Zaila yang menyuruh kami mandikan Haziq dengan mandian herba dari kedai sinsei (cina) untuk mengelakkan anak dari kena kuning & Alhamdulillah, selepas je beberapa kali mandi dengan air rebusan herba tu, Haziq sudah ok & nampak tanda kekuningan di dalam mata semakin menghilang.

So kali ni Zaila nak kongsi sedikit beberapa petua yang Zaila kutip melalui pembacaan / nasihat orang-orang tua untuk mengelakkan anak dari terkena kuning. Kalau dalam istilah kedoktoran memang tidak ada ubat yang dapat diberi melainkan susu ibu. Namun antara fakta & kepercayaan, Zaila pernah mengalami 2 situasi yang berbeza di mana Haziq kena kuning kerana kurangnya persediaan & ilmu pengetahuan & Ameera yang bebas dari kuning kerana rasanya masa tu Zaila sudah ambil beberapa langkah / petua yang diambil dari orang yang sudah berpengalaman. Harap boleh dijadikan panduan & kalau bayi masih juga terkena Jaundice, anggaplah ini sebagai dugaan dari ALLAH & jangan sedih-sedih sebaliknya bina kekuatan dalam diri untuk sama-sama mengatasi masalah ini.

Sebelum Bersalin :

Orang tua kata kurangkan minum minuman berais & kalau boleh jangan sediakan peralatan bayi yang ada warna kuning. Takut akan mempengaruhi mata kita bila melihat bayi nanti. Lepas tu masa mengandung tu amalkan juga memakan kurma atau meminum jus kurma, jus epal hijau & jus pegaga. Sejauh mana keberkesanan tu, hanya ALLAH yang tahu tapi tak salah kalau mencuba..Owh lupa satu perkara lagi, adik Zaila yang bakal jadi doktor tu pon berpesan supaya banyakkan mengambil Vitamin D atau sumber makanan yang kaya dengan Vitamin D juga seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu & telur mentega, minyak ikan kod, hati, susu, ikan salmon (seb baik masa ngandung kali ni suka makan ikan salmon), sardin, ubi kentang, tuna & minyak sayuran.

Selepas Bersalin :

Kalau boleh, bila dah pulang ke rumah tu selalulah jemur bayi di waktu pagi kerana tindakbalas cahaya matahari pada kulit juga boleh menghasilkan Vitamin D & kalaulah kebetulan masa tu bayi dilahirkan musim hujan (matahari tak keluar), selalulah letak bayi di bawah sinaran lampu pendaflour putih (jangan lampu kuning pula). Selain itu, elakkan dari memakan jamu yang panas untuk mengelakkan bayi dari terkena cirit birit. Selalulah memberikan susu ibu & pada bayi yang sudah untuk bangun dari tidur, ada kawan Zaila yang memberikan petua supaya menanggalkan semua pakaian baby agar si comel tersebut merasa sejuk & lantas terjaga & masa tu teruslah bagi susu & rangkul dengan penuh kasih sayang (waaah kelas gitu ayat ni) & bagi Zaila pula, selepas sahaja kelahiran Ameera, Zaila terus mandikan Ameera dengan mandian bunga cina yang dibeli di kedai sinsei selama 3 hari berturut-turut. Walaupon tak dapat dipastikan keberkesanannya tapi Zaila rasa tak salah untuk mencuba;) Owh ada juga kawan yang mencadangkan supaya terus menitiskan jus anggur hitam kepada baby sebaik sahaja baby dilahirkan (tapi haruslah sorok-sorok, jangan dibuat depan nurse pula)..Memang kelakar tapi itulah hakikatnya..

Rasanya itu sahaja petua yang Zaila boleh kongsi. Sebolehnya semua ibu tak nak anak mereka kena dengan demam kuning ini kerana memikirkan akan kepenatan yang akan ditempuhi sekiranya bayi ditahan di hospital. Dengan luka / sakit bersalin yang masih berbaki, dengan kepenatan melayan anak-anak yang lain (kalau sudah ada anak lain), sudah pasti benda sebegini harus dielakkan. Namun, kalau sudah ditakdirkan bayi yang dilahirkan kena jaundice, banyakkan bersabar & tanam sifat positif dalam diri untuk menyelamatkan bayi kita. Jangan terlalu tertekan kerana bimbang akan meroyan & kalau boleh dapakan sokongan / nasihat dari orang tua & suami pula mainkan peranan anda dengan memberikan sokongan moral & layanlah isteri dengan lemah lembut agar si isteri tidak rasa seperti dipinggirkan. Insya Allah, semuanya akan berjalan dengan baik nanti;)

Sedikit info tentang Jaundice;-

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Jaundice, (also known as icterus[1], attributive adjective: icteric) is a yellowish pigmentation of the skin, the conjunctival membranes over the sclerae (whites of the eyes), and other mucous membranes caused by hyperbilirubinemia (increased levels of bilirubin in the blood). Source from here.

Thursday, February 10, 2011

Aku Nak Jadi Macam Si Dia


Siapa yang tak kenal sicantik manis 2 orang di dalam gambar di atas..Mesti ramai yang ingat mereka tu adik beradik kan?? Well, sepanjang minggu sakit Zaila yang lepas, banyak masa dihabiskan untuk baca blog Model80-an ni, memang cukup-cukup mengujakan diri Zaila untuk menjadi seperti beliau juga. Cantik, pandai masak, ramai anak, sukakan kecantikan, bermotivasi tinggi, cekal, tabah..Pendek kata, apa yang diimpikan oleh seorang wanita ada pada diri beliau..Sepanjang minggu Zaila cuba habiskan membaca blog beliau & terasa seakan diri ini turut menyelami segala pahit manis yang telah beliau lalui. Bukan mudah untuk berada di tempat Kak Nani sekarang ini. Terlalu banyak dugaan & cercaan yang Kak Nani terima & telan..Kalau nak tahu, silalah baca sendiri blog beliau di link yang Zaila letakkan di atas.

Zaila memang cukup kagum dengan Kak Nani..Bagaimana beliau pandai membahagikan masa menjaga anak-anak & disamping itu mengendalikan biz keknya. Lepas tu sempat lagi menjaga anak jiran. Zaila yang ada anak 2 orang nipon kadang-kadang boleh hilang akal nak handle anak-anak so memanglah terasa macam nak tabik spring je dekat Kak Nani sebab sentiasa ada je aktiviti yang nak dibuat & suka bila tengok hasil masakan Kak Nani..Waaah, walaupun sekadar hanya untuk dijamu untuk anak-anak & suami, lihatlah presentationnya..Kelass gituuu..Makanan & minuman yang disediakan semuanya sihat & seimbang!! Terasa betapa banyaknya kelemahan diri jika mahu dibandingkan dengan Kak Nani *patutlah suami akak sayang ya*

Itu belum tengok lagi kediaman Kak Nani..Sungguh kemas & teratur walau kadang-kadang beliau dibebani tempahan kek yang banyak..Sungguh kagum Zaila bila melihat keadaan dapur Kak Nani yang jauh lebih kemas & teratur berbanding semasa Kak Nani ada pembantu rumah yang sekejap itu. Nampak sangatlah Kak Nani seorang yang mementingkan kebersihan & kesempurnaan. Memang tak dapat dinafikan lagi bila membaca entry-entry petua dari beliau tentang bagaimana untuk menjadi awet muda..Bagi Zaila, beliau adalah idola Zaila..Kalau Zaila sudah berhenti kerja & duduk di rumah jaga anak-anak pon, Zaila nak pastikan yang Zaila mampu menjadi superwoman macam Kak Nani. Superwoman yang tidak mengenal erti penat lelah. Kehidupan seharian yang penuh dengan aktiviti yang membahagiakan. Jaga keperluan makan minum anak & suami, jaga kediaman & siapa kata kalau tak kerja tak ada duit?? Macam-macam yang boleh dilakukan cuma mungkin Zaila tak pandai buat kek macam Kak Nani tu;D

Seronok bila berangan untuk jadi superwoman macam Kak Nani tu..tapi Zaila percaya dalam apa jua keadaan kita, niat yang paling penting. Mungkin sekarang Zaila masih belum mampu untuk menjadi seperti beliau tapi haruslah kita pasang niat dulu kan...Sebagai seorang wanita, sudah pasti kita semua mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, anak-anak yang berjaya, kediaman yang cantik & sempurna, kehidupan yang bahagia & sudah tentulah kena ada seorang idola yang kita boleh jadikan sebagai "role model" & pastinya aku mahu jadi seperti dia!!!

32 Weeks 4 Days;)

Assalamualaikum semua;)

Hari ni kalau ikut perkiraan genaplah kandungan Zaila 32 minggu 4 hari..Cepat sungguh masa berlalu kan??
Actually ada banyak benda nak dikongsi tapi sejak dua menjak ni tersangatlah busy dek kerana halangan fizikal badan yang makin mengembang so sorry sangat-sangat jika blog ini ada sedikit terabai..

Hari Selasa yang lepas baru je buat check up dengan Dr Siti Mariam & Alhamdulillah air ketuban pon sudah ok & Dr expect yang Zaila akan bersalin awal dalam erti kata lain mungkin dalam pertengahan / penghujung bulan Mac (atau lebih awal) so doakan yang terbaik buat Zaila & baby yang bakal lahir ni ya!!

Actually kompeni tempat Zaila bekerja ada buat staff trip ke Bandung dalam penghujung bulan April ni so dalam hati ni masih berbelah bagi untuk pergi atau tidak. Sudahlah semuanya ditaja & paling best kali ni boleh bawa anak-anak sekali so en suami berkata ini adalah peluang yang terbaik buat kami untuk melancong. Herm, memang betul kata en suami tu tapi kenapalah di saat Zaila masih (atau hujung) pantang..Sanggup ke nak bawa anak yang masih kecil ke tempat orang?? Herm, terlalu banyak persoalan kat situ..Apa-apa pon, doakan yang terbaik buat kami..Kalau ada rezeki, adalah tu;-)

Sejak akhir-akhir ini juga banyak kejadian yang menimpa di tempat Zaila bekerja. Bermula dengan kehilangan kawan baik Zaila (al fatihah buat arwah), 2 minggu lepas kami dikejutkan lagi dengan kematian isteri kepada teman sekerja kami. Walaupon sekadar bertemu dengan arwah semasa majlis-majlis yang diadakan kompeni, Zaila seakan terasa juga akan kehilangan ini. Walaupon kompeni tempat Zaila bekerja ni kecil tapi hubungan di antara staff sangatlah rapat especially warga senior yang telah lama berkhidmat di sini. Baru je tadi terserempak dengan beliau & nampak si dia menangis. Semoga En.Julaile tabah menghadapi dugaan ini. Bukan mudah untuk menerimanya memandangkan mereka telah hidup berumahtangga sudah agak lama. Zaila sendiri tak dapat bayangkan kalau berada di tempat beliau..Moga diberikan sekeping hati yang tabah!!

Minggu lepas pula beberapa teman sekerja wanita terkena serangan histeria. Memang agak menyeramkan kerana inilah pengalaman pertama Zaila melihat dengan mata sendiri macamana keadaan seseorang bila dirasuk "benda" itu. Memanglah kawasan kompeni ini agak keras sedikit & memang dah bermacam kejadian paranormal telah berlaku tapi rasanya kejadian kali ini paling terasa memandanglan semua orang terasa akan tempiasnya. Hampir beberapa hari office kami lengang kerana beberapa pekerja wanita yang lemah semangat dibenarkan pulang bercuti ke kampung halaman demi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi & kebanyakan dari kami yang masih bekerja pon merasa sedikit seram & ke mana-mana pun nak berteman;D Tapi Alhamdulillah, keadaan selepas bercuti panjang sudah beransur baik & masing-masing pun dah meneruskan kerja seperti biasa termasuklah Zaila;)

Begitulah serba sedikit peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun 2011 ni..Banyak suka & duka yang telah diharungi & moga kami semua tabah dalam mengharunginya. Setakat ni mood untuk berblog masih belum ada & kalau ada pon sekadar tulisan sahaja. Sorrylah ya!! Pada yang masih sudi membaca perkembangan Zaila diucapkan terima kasih & doakan yang terbaik buat kami semua. You are the best!!

Sabtu ni Zaila akan ada di Subang Parade bersempena ilovebazaar tapi mungkin sampai tengahari sahaja. Pada yang tak tahu nak buat apa tu bolehlah berkunjung ke sana cuci-cuci mata & poket;D

Oklah, tata!!

P/S : Nak cerita pengalaman bersalinkan Haziq & Ameera tapi tunggu-tunggulah dulu!!

Monday, February 7, 2011

Warkah Buat Adibah

Assalamualaikum..

Kehadapan Adibah, Alia & Aqilah anak buah kesayangan Mokla yang berada jauh di Labuan sana. Semoga berada di dalam lindungan Allah selalu & sentiasa bergembira bersama Ummi tercinta. Macamana cuti raya cina yang lepas?? Ke mana Ummi bawa kamu semua?? Cukup sayang kerana cuti yang pendek, kalau tidak sudah pasti Ummi akan bawa kamu semua pulang bercuti ke kampung halaman;)

Tapi jangan risau, Mokla & keluarga sempat pulang menjengah Tok Ayah & Mok di kampung. Haziq dengan Ameera sudah tentulah menjadi orang yang paling seronok kerana dapat bergurau mesra dengan Tok Ayah!! Saban waktu Ameera akan berkeppit dengan Tok Ayah & Mokla rasa kalau Adibah ada di kampung pon, Adibah akan buat perkara yang sama kan?? Sudah pastinya Tok Ayah & Mok akan merasa terhibur dengan gelagat Adibah bermain bersama-sama dengan Alia & Aqilah. Owh, Tina & Lisa pun pasti akan datang bermalam juga di rumah Tok Ayah ni!!

Mesti Adibah sedih kan sebab tak dapat berjumpa dengan Tok Ayah..Tapi takpe, di sini Mokla ada ambil beberapa gambar buat tatapan Adibah, Alia, Aqilah & Ummi. Semoga dapat mengubat kerinduan pada kampung halaman. Kalau nak tahu, masa Mokla balik bercuti pada hari Khamis yang lepas (03/02/2011) cuaca di kampung amatlah baik seakan-akan meraikan kepulangan Mokla;) Tapi yang pasti, air di kampung sangatlah sejuk walaupon pada waktu tengahari..Sampaikan Haziq & Ameera yang suka main air pon menyerah kalah tak nak mandi pagi dek kerana kesejukan;D

Tok Ayah dengan Tok Limah memanglah suka berkebun sekarang ni. Nampak gaya mereka memang tak reti duduk diam. Mok memang sibuk dengan berniaga & Tok Ayah pula sibuk bercucuk tanam di sebelah rumah Tok Ayah. Ada pokok betik, kelapa, ubi kayu, keledek, lada, keladi & sekarang ini Tok Ayah tengah bercucuk tanam pokok sawi pula.
pokok lada (cili padi) yang Mok tanam, memang banyak mengeluarkan hasil sampaikan Mok dah tak payah beli di pasar lagi. Mokla pon sempat bawa ke Shah Alam ni sambal lada yang Mok buatkan untuk Mokla;)

Nampak tak Tok Ayah sedang bercucuk tanam tu?? Masa ni Tok Ayah sedang menanam pokok ubi keledek


Perasan tak ada bermacam-macam tanaman yang Tok Ayah tanam; daun pandan, ubi kayu, keledek, cili

yang ni pula anak keladi yang Mokla jumpa, sebenarnya ada banyak pokok keladi di belakang rumah Mok & Mok selalu ambil untuk dibuat sayur air & dijual di kedai Mok..Mokla lupa untuk merasa masakan sayur keladi Mok tapi yang pasti Mokla sempat makan gulai serati, gulai kawah Mok yang tersohor itu..
Kat depan pula berderet pokok betik..Adibah nampak tak Poksu Di yang baru saja membotakkan kepalanya..Entah bermimpi apalah Poksu Di tu;D
Gambar Ameera dengan Tok Ayah..Ameera memang sukakan Tok Ayah. Asal nampak je Tok Ayah, pasti Ameera akan tersenyum & mengikut aje ke mana Tok Ayah pergi. Sampaikan Mokla risau Ameera akan kena gigit semut yang ada banyak di dalam tanah..Tapi Ameera tak takut semua tu, berbeza sangat dengan Haziq yang memang cukup penakut;D

Mokla sempat juga beli tilam untuk bakal baby Mokla yang akan keluar tak lama lagi. Macam biasalah Mokla akan ke Pengkalan Kubur untuk mencari semua barangan yang Mokla suka. Nanti kalau Adibah balik ke kampung, jangan lupa untuk ajak Ummi shopping di sini ya!!

tilam baru untuk bakal sepupu Adibah!!

Mok sempat bekalkan Mokla dengan buah betik, ubi keledek hasil dari tanaman Mok. Buah Pauh (mangga) tu Mokla beli di Pengkalan Kubur, RM10 untuk 2 kilo..murah kan!
Akhir sekali, inilah gambar Ameera & Haziq yang keriangan setelah dapat berjumpa dengan Tok Ayah & Mok!!

Walaupon Mokla balik sekejap sahaja tapi Mokla sangat puas hati sebab dapat berjumpa dengan Mok & Tok Ayah. Insya Allah, bila dah habis pantang nanti, Mokla akan pulang lagi ke kampung halaman & kali ini sudah tentulah dengan membawa bersama baby baru Mokla;)

Semoga Allah permudahkan segalanya & satu hari nanti Mokla dapat bawa Mok & Tok Ayah berkunjung ke Labuan pula..Aminn..Akhir kata, Adibah kenalah belajar rajin-rajin untuk menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini & jangan lawan cakap Ummi ya!!

Yang benar,
Mokla
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isikan Borang Pesanan Di Sini

Nama :
Nombor Telefon :
Alamat Email / Facebook
Alamat Penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran
Pilih Pakej Yuran Kelas Asas Blog & Fanpage 1) RM150 percuma 1 ebook nota asas blog
2) RM180 percuma 3 ebook; nota asas blog, super wahm supermom, panduan bisnes butik online dan offline atau 101 idea bisnes makanan
3) RM200 percuma 4 ebook; nota asas blog, super wahm supermom, panduan bisnes butik online dan offline atau 101 idea bisnes makanan & 101 idea home based bisnes
Pakej Lain Yang Ditawarkan RM250 pakej asas blog, fanpage dan iklan Mudah.my
RM300 pakej asas blog penulisan dan fanpage

Put a website form like this on your site.

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^