My Lovely Followers

Cari Sesuatu Di Blog Ini? Taipkan Di sini

Loading...

Thursday, June 30, 2011

Photoshoot semurah RM75 SAHAJA!!!

Pada sesiapa yang teringin nak buat photoshoot peribadi dengan famili ke, bakal isteri ke, atau gambar syok sendiri diri sendiri ke, bolehlah ambil deal kat MilkAdeal ni, RM75 berbanding harga asal RM299.

Photoshoot ni boleh buat kat luar *yang penting masih area Klang Valley* & kita akan diberi masa selama sejam untuk berposing-posing sakan kat situ..Nanti korang dapatlah 10 keping gambar 4R, sekeping gambar 8R & sekeping CD..Oklah tu kan..

So pada yang berminat, boleh booking pak kameraman tu kat link bawah ni;-

Don't pose alone, do a best friend photoshoot with #YellowCowStudio . It's only RM75 at #MilkADeal

Pesanan Buat Suami & Isteri

Tadi semasa dalam kereta menuju ke office, kami berdua suka bersembang-sembang..Kalau mood baik boleh happy sampai ke petang, kalau silap gaya boleh tarik muka sampai ke petang..Hahahaha..Begini situasinya;-

1) Lepas hantar anak-anak ke nursery

Me : Nampak anak X tengah tidur..Herm, haritu isteri X cakap susah nak pam susu sebab X tak pandai pegang anak. Kalau anak nangis lagilah tak sentuh langsung!!

En suami : Herm, sebab tulah mama kena bersyukur dapat abang. Mana ada suami yang boleh tidurkan anak, basuh berak anak, buat kerja rumah segala.

Me : T_____T *mode insaf*

Situasi 2 : on the way nak ke pejabat (terserempak dengan budak opis yang tengah drive juga)

Me : Suami si Y ni takde rupanya, pergi offshore lagi ke??

En suami : A'a..Tapi takpe, si Y ni independent..duduk sorang-sorang pon takpe, dia nak g tidur rumah kawan pun takpe. Pendek kata tak macam mama, kalau abang takde mana boleh nak pergi jauh-jauh.

Me : Eh bolehlah..mama kan dah boleh drive, cuma susah je nak handle anak-anak

En suami : Alah, drive dekat-dekat bolehlah. Cuba buktikan dekat b mama drive jauh-jauh

Me : T____T *terpukul sekali lagi*

Situasi 3 : Bila dah sampai office

Me : B penat tak harini? Malam tadi tidur awal kan, nasib baik mama tak kacau b tidur malam tadi

En suami : Yelah, abang kan tidorkan anak..bukannya sengaja nak tidur awal

Me : Yelah, mama bukan marah pun cuma mama nak cakap yang baguslah b dapat tidur nyenyak

En suami : mama ni suka dengki ngan abang, abang dapat tidur lena sket pon susah!!

Me : Bencilah!! Tak nak kawan dengan b *cepat-cepat berjalan tinggalkan dia*

Susahlah ngan orang laki ni, kita bukannya nak dengki dia tidur awal cuma kita nak suruh dia ucapkan "terima kasih" sebab tak gangggu tidur dia malam tadi.

So pesanan buat suami di luar sana, janganlah terlalu suka membandingkan isteri anda dengan orang lain. Kadang-kadang memanglah kita nampak macam kekurangan isteri kita tapi janganlah terlalu mendesak isteri supaya berubah menjadi seperti orang lain. Kena tengok situasi juga kan. Patutnya bersyukurlah yang isteri kita sanggup ditinggalkan & survive dengan menjaga anak-anak seorang diri. *eh emo plak aku*

Isteri pon sama juga, jangan terlalu meminta-minta dari suami. Kalau tengok jiran tukar langsir, pun sibuk nak tukar jugak. Lepas tu bila suami outstation mulalah bising penat jaga anak, nak minta upahlah apa *eh macam aku je* sebab kita kena faham yang suami keluar mencari rezeki bukannya mencari perempuan berfoya-foya. Kalau kita ikhlas, insya Allah pahala dapat, habuan dari en suami pun akan dapat juga;)

Kalau ikutkan memang tersentap juga dengan kata-kata sindiran en suami pagi tadi tapi disebabkan Zaila tahu dah perangai dia, so cepat-cepat tenangkan diri dengan mengingat kembali betapa bertuahnya Zaila mendapat en suami. Memanglah kita semua manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Anggaplah kata-kata en suami tu sebagai pemangkin untuk berubah & memperbetulkan kelemahan yang ada.

Ikutkan hati nak je merajuk tapi bila difikir kembali, takde guna pon sebab en suami tak tahu pun yang isteri dia tersentap dengan kata-kata dia tadi. Huh, bencilah jadi perempuan ni..Emo je lebih..Sindrom PMS kot T___T

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday







beg raya, beg belasahan, pakailah sampai lunyai!! *but mine in khakis*

Sesi Lawatan Ke Nursery Lagi

Waaah, sila jangan muntah ya..dua tiga kali kami duduk ulang p buat lawatan sambil belajar ke nursery yang berdekatan rumah kami. Pada yang nak tahu, lokasinya sebelah dengan KESAS & dekat dengan Bukit Rimau.

Actually kali ni kami ke sini sebab nak survey batu-batu kecil (pebbles) yang orang selalu guna untuk tepek di pagar tu. Memula takde plan pon nak tempek batu ni segala kan, tapi entah macamana tetiba gediks nak buat ala-ala konsep Bali eh ke konsep resort?? Entahlah labu, konsep suka-suki kot;P

Jom layan gambar yang Zaila sempat snap kat situ;-

macam biasalah water feature yang menarik kedabom!!

hah, korang pilihlah sampai muntah;P


sini pun ada tapi yang takde air punya


kami plan nak tepek batu-bata ni kat luar pagar rumah juga


hak ni besar sket


harga kat situ RM7 sekeping, kalau nursery Sg Buloh berapa ringgit ya??


kalau rumah aku ada taman, konpem aku beli!!


kalau nak buat laluan berbatu macam tu pon cantik juga


ni cantik, tenang je dengar deruan air tu


tapi kan, kena rajin jaga kalo tak nanti jadi tempat tinggal nyamuk, kang tak pasal kena saman


Hah, tu aje gambarnya..Pada yang bertanya harga pagar autogate yang Zaila tunjuk semalam, sorry sangat-sangat sebab tak boleh nak bagitahu lagi sebab kontraktor kami tak bagi lagi keseluruhan harga. Insya Allah, bila dah dapat tahu nanti Zaila akan suruh korang PM Zaila untuk tahu harganya k..


Mode tak sabar nak tengok hasil rumah kami. Entah macamanalah rupanya;P

Tuesday, June 28, 2011

Misi Mencari Pagar

Kali ni misi mencari pagar pula. Hajat di hati nak buat autogate sebab senang tak payah nak turun-turun dari kereta bila hujan/sampai depan rumah tu *dasar pemalas betul* tapi en suami cakap untuk kebaikan kami juga sebab kadang-kadang bila dia outstation, dia risaukan keselamatan kami anak beranak so kalau pasang autogate ni senang keje bininya tak payah nak keluar-masuk kereta buka pintu gate lagi;P

Haritu kontraktor bagilah katalog suh pilih mana satu pintu pagar gua yang berkenan di hati..Mak aih, banyak betul designnya sampai rasa macam nak termuntah nengoknya. Naseb baiklah kami dah target design yang macamana, macamana so boleh sort outkan pilihan yang ada. Gate ni ada yang jenis wrought iron & ada yang metal iron. Lepas tu kalau autogate pula ada yang jenis sliding, ada yang folding & ada yang jenis buka depan tu. Pilihan kami pastinya yang jenis folding (berlipat-lipat) sebab ianya sangat sesuai untuk jimatkan ruang yang ada. Lepastu pula, kalau ada tetamu datang & malas nak buka semuanya, boleh buka sampai ruang yang kita nak aje..

Kat bawah ni ada contoh-contoh yang sempat Zaila snap. Mana tahu korang pon tengah survey-survey pagar ni kan;)









































Monday, June 27, 2011

Baju Raya Anak Dah Beli Ke?

Waah, puasa pun belum lagi, dah fikir nak beli baju raya untuk anak-anak ke? *ayat perli* Tapi kan, Zaila rasa kalau untuk anak-anak ni, baiklah beli sekarang sementara belum puasa lagi ni sebab nanti-nanti bila dah masuk bulan puasa, mak bapaklah pula yang keletihan nak bawa anak-anak p cari baju raya kan. Kalau anak-anak memanglah tak penat sebab depa boleh makan minum lagi (bagi yang masih kecillah) tapi kita ni?? Takkan tak nak pose kot;P

So, haruslah ambil kesempatan yang ada ni (ada sebulan lagi) untuk beli mana yang patut. Pada mereka yang budget, boleh beli sehelai sebulan, 2 bulan dah dapat 2 helai dah..So takdelah terasa sangat duit mengalir kat situ kan. Pada yang dapat bonus sempena raya, bestlah pada yang tak dapat, camno?? So haruslah bijak bertindak di situ;P

Haritu masa Zaila p Jusco Bukit Tinggi ni terpandanglah jenama Trudy & Teddy ni. Agak tertarik dengan koleksi baju-baju yang ada & hiasan bahagian jenama ni pon nampak elegan & stylish. Ala-ala English style gitu..Paling terkejut bila dapat tahu yang jenama ni adalah jenama buatan Malaysia. Waaaahhhh, very tak sangka you sebab melihatkan kualiti kainnya yang tebal & setaraf dengan jenama-jenama luar negara. Serious lawa weh!! Tapi Zaila takde belinya sebab masa tu belum gaji lagi kan. Insya Allah, esok gaji harusku rembat sehelai dua untuk Ameera & Ashraf. Haziq macam tak sesuai sangat pakai baju-baju ni sebab Haziq dah besar & tak perlu nampak cute macam model-model di bawah ni kot;P Serious comel-comel belaka..Anak korang pon mesti akan nampak comel kalau pakaikan baju dari rangkaian Trudy & Teddy ni;)

gabungan hitam, putih & kelabu menimbulkan impak klasik namun tetap elegen gituuuu

jangan tak tahu, kasut pun ada dijual juga..comel kan?? Ala-ala ballerina pon ada;)



Alolololoooo..chomel..chomel



kalau raya pakai dress macam ni, sure anak korang jadi tumpuan punya!!



oloh, smartnyolah anak mat salleh ni..very the bergaya gitu;P




Pada sesiapa yang nak mencuci mata lagi dengan gambar-gambar koleksi terkini dari Trudy & Teddy, bolehlah ke laman facebook diorang. Klik Facebook Trudy & Teddy & like cepat-cepat ok!! Kalau nak lagi bagus, korang cari aje jenama ni di pasaraya Jusco yang terpilih (boleh refer di facebook diorang tu) untuk menilai sendiri kualiti jenama ni;)

Alhamdulillah, Sudah Dapat Hidayah DariNYa

Waaaah, stetment tak boleh blah!! Macam retis dah nokssss..Hahahaa..Lantaklah kan..Ni haaaa, nak memperkenalkan retis yang baru balik umrah ni;-




ustajah Ameera namanya!!



Sorry, buat lawak jelah..Jangan sentap pula ya;P Apa-apa pon, syukur Alhamdulillah bila anak dara sorang ni dah terbuka pintu hati nak bertudung. Walaupun Ameera ni masih kecil lagi (tahun ni genap 3 tahun) tapi kalau tak dimulakan dari awal, agak susah juga nak pujuk dia supaya bertudung. Mama Ameera pun masa kecil-kecil bertudung litup hanya di sekolah *itupun darjah 5 baru terhegeh-hegeh nak pakai* Hahahahaa..Sungguh liat di situ tapi lama-lama bila dah makin dewasa, pandai-pandailah kita tahu menilai akan hukum hakam agama, halal haram menutup aurat kan;P *tapi masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki*


Sejak minggu lepas lagi Ameera dok minta tudung dari mama. Entah angin apa yang meresap dalam tubuh anak dara ni..Hari-hari dok asyik tanya je "bila mama nak beli tudung untuk Ushna??" Alahai, sejuk je hati mama bila dengar tu so nak tak nak Jumaat lepas, sempatlah juga Zaila belikan tudung kanak-kanak kat gerai dalam Carrefour Bukit Rimau masa jalan-jalan cari langsir raya tu;)


RM12 sehelai..bolehlah tu sebagai permulaan


ehem..ehem..testing..testing..


Sebenarnya Ameera ni banyak terpengaruh dengan kakak-kakak kawan Amirul di taska diorang tu. Tambah-tambah kalau yang bersekolah sekali dengan Amirul, semuanya pakai tudung so kitorang saje je usik Husna yang kalau nak ke sekolah Genius Aulad kena pakai tudung macam kakak Ain & kakak Tasnim, tak sangka pula minah ni ambil serious apa yang kami cakapkan..Tapi Alhamdulillah lah kan..Senang bagi kami sebab nanti tak payah nak paksa-paksa lagi.


Semalam masa keluar rumah, en suami cakap dengan Ameera yang kalau tak pakai tudung, nanti dia tak boleh ikut. Bergegas masuk rumah balik ambil tudung tu. Hehehe..Kesian pun ada comel pon ada. Tapi Alhamdulillah sepanjang jalan Ameera takde merungut pun panas ke apa, cuma bila masuk rumah je terus buka. Ameera cakap "Macam mama kan, mashuk rumah tak payah pakai tudung kam" Hehehe..Comel je anak dara mama ni *puji sket*


Alhamdulillah..bagus anak dara kami ni. Harapnya perangai ni kekal sampai ke besarlah ya!!


Actually kan, Zaila nak kongsi sedikit pendapat tentang bertudung ni..Actually kan, kita sebenarnya tak boleh terus bagi penilaian yang orang tak bertudung tu adalah seorang yang teruk sebab hanya ALLAH sahaja yang boleh tahu isi hati mereka. Kalaulah mereka mendapat hidayah dari ALLAH, sekelip mata sahaja mereka boleh berubah menjadi jauh lebih baik dari kita-kita yang memang sediaada menutup aurat ni. So sentiasalah memperbaiki kelemahan diri & moga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang kerugian di dunia mahupun di akhirat nanti..Aminnnn

Sunday, June 26, 2011

Langsir Raya

Weh korang, dah tempah ke langsir raya?? Ke beli yang ready made je?? Ke pakai yang tahun lepas punya?? Jumaat yang lepas time lunch break yang agak lama tu (12.30 tghr sampai 2.30 ptg kira lamalah kan), daku sempatlah ke Carrefour Bukit Rimau jalan-jalan cari makan & cuci mata. Eh takde apa pun kat sini cuma dah bosan asyik makan kat Restoran Warisan Dapur Kota, sesekali datang ke sini pula. Lepas makan, acara melilau mencari bahan-bahan yang menarik mata;P

So sempatlah menyinggah di Nagoya Textiles untuk survey-survey langsir raya. Hehehe..En suami dah kasi green light suh buat langsir baru tapi katanya carik yang murah-murah sudah, tak payah nak Elyza's bagai dah!! Bukan nak pakai lama pun;P So mak ape lagi, sukalah kan..dan-dan tu aje rasa nak tempah;P



berkenan dengan corak ni, harga untuk 2 panel ni dalam RM500++ murah dah tu



me tak suka pattern macam ni..

warna ni dah matching dah ngan rumah Zaila



corak ni pun macam cantik!!



Zaila suka kaler gelap-gelap gitu



yang ni sesuai buat sheer curtain



ni pun sama



ni lagi




Boleh naik gila bila masuk Nagoya ni. Tu belum masuk Jakel, Macy, SSF lagi..Herm..Tak tahulah sempat ke tak ngan nak raya ni, risau diorang dah tak ambil tempahan dah kot..Herm, tengoklah macamana..Kalau tak, pakai aje langsir lamaku ini;)


Friday, June 24, 2011

Perlu Ke Minta Upah Dari Suami Sendiri?

*entri ini agak emosi sket so sape-sape yang tak nak terasa atas batang hidung dia, sila jangan baca ya*


Selama ni Zaila dok tengok da kawan-kawan yang suami mereka memang selalu bekerja outstation ke sana ke mari, ada yang pergi ke laut *bukan nelayan ya* tapi ke offshore, ada yang kena jaga projek di luar negara, ada yang kena kursus luar daerah. Pendek kata, suami mereka jarang sangat ada bersama-sama dengan isteri & anak-anak. Masa ni jeles sebab asal husben diorang balik je, mesti ada-ada aje hadiah yang si isteri dapat. Yang pasti semua hadiah tu sudah pasti benda yang menjadi kegilaan isteri seperti barang kemas, designer handbag takpun barangan yang berjenama yang pastinya bukan calang-calang orang boleh beli.



Bukan salah si isteri pon kalau diorang nak meminta kan. Sebab Zaila tahu & faham betapa susahnya nak membesarkan anak-anak seorang diri. Bagi mereka yang ada suami syukur Alhamdulillah, boleh meminta-minta dari suami tapi bagi yang sudah tiada macamana?? Hanya ALLAH sahaja yang boleh membalas jasa si ibu membesarkan anak-anak sendirian;) Ok back to the topic, sebenarnya yours truly ni nak cerita pengalaman sendiri menjaga kanak-kanak riang sempena ketiadaan en suami ni. Huhuhuhu..memang tersangat-sangatlah mencabar jiwa & raga..Seb baik juga yang Zaila ni bekerja, kalaulah fully housewife, mahu meroyan aje memikirkan karenah anak-anak ni *so tabik spring pada isteri-isteri yang tak bekerja tu*


Bukan senang nak jaga anak ni..Especially yang masih kecik & tak tahu apa. Tambah lagi bukan sorang dua, tapi TIGA *eleh, orang lain jaga anak sampai 12 orang tak kecoh pon* Aaahh!! itu orang lain..masing-masing berbeza cara & status kehidupan ya..Ni Zaila nak cerita pengalaman sendiri menguruskan 3 orang kanak-kanak riang ni. Kalau diikutkan, best lagi bekerja dari jaga anak-anak..Bukan apa, tak tahan bila masuk je dalam kerata, mulalah si Haziq & Husna bergaduh, kadang-kadang benda kecil pon boleh dijadikan punca perbalahan. Contohnya HUsna cakap "Aida dah balik" pastu Haziq boleh cakap "Eh bukan, tadi Afiq yang balik"..Haaa lepas tu mulalah masing-masing nak menegakkan siapa yang benar & sepanjang jalanlah berterusan bertekak. Kalau bertekak aje takpe, ni sampai cakar mencakar *tsk..tsk..*


Bila sampai di rumah pula, bukannya nak tolong si mama ambil beg masing-masing tapi masing-masing masuk rumah suruh mama buat itu buat ini. Kalau Husna sibuk nak susu, Amirul pula sibuk nak tengok kartun & kalau adik Ashraf nanges bukannya nak tolong tengok, dibiarkan aje si adik tu menangis melalak kat situ..Huhuhuhu Kesian adik Ashraf, kadang-kadang tak boleh tidur sebab abang & kakak suka memekak..Maklumlah diorang duduk nursery, agaknya sudah terbiasa cakap kuat. Asal main je nak jerit, baru je adik nak tidur, dah terkejut *tsk..tsk..*



Si mama pula masuk je rumah, macam-macam benda nak kena buat, basuh baju, basuh pinggan, sejukkan air, sapu lantai, kutip sampah..Pendek kata sambil jalan, tangan kutip sampah, sambil tengok TV tangan basuh pinggan..Huhuhuhu..Masa ni rasa macam best je kalau ada orang gaji, bolehlah main suruh-suruh aje kan;P Bila baru nak duduk, si abang cakap lapar, bila nak rehat si kakak nak susu..Sampaikan nak solat Maghrib pon rasa terkejar-kejar sebab risaukan adik Ashraf yang ditinggalkan dekat kakak Husna yang tak tahu apa tu;(



Kalau en suami tak ada, memang Zaila suka naik tidur awal. BUkan apa, selagi masih buka lampu, selagi itulah diorang duduk melompat & bergalok..Letih..letih..Baik duduk dalam bilik, buka air-cond & lampu tidur & duduklah korang sampai mengantuk;P Selalunya menjadi pada HAziq sebab memang sekarang dia tidur awal pun, penat bersekolah agaknya. Si Ashraf memang jenis tidur, dia ganggu mama pukul 1 pagi, takpun 3 pagi. Tak cukup 3 pagi, pukul 5/6 pagi pun dia nangis kejutkan mama dia ni T_____T



Husna pula jadi peneman setia mama. Kadang-kadang duduk sebelah mama layan mama berfacebook. Kadang-kadang tertidur sebelah mama. Comel..comel..Tapi esok tu, bukan main liat nak suruh bangun. Kalau sekali panggil, bukan nak dengar..Nak kena tutup kipas, tutup air cond barulah nak gerak..Itupon sambung tidur lagi kat bawah *tsk..tsk..*



Hampir setiap hari macam tulah rutin Zaila. Ada masa anak-anak perangai elok, ada masa si Haziq batuk-batuk..Ada masa si Husna bergaduh ngan Haziq..Pendek kata, hari-hari Zaila jadik mak ghimau..Sampai kadang-kadang menangis dek tak tahan dengan perangai anak!! BUkan nak cakap Zaila ni terlalu manjakan diorang tapi dah namanya budak..kita larang macamana pon tetap nak dibuatnya juga..Kesudahan kita yang stress sorang-sorang diri *tsk..tsk..*



Eh mesti korang nak tahu juga kan ape motif Zaila dok merapu seorang diri ni kan?? Haaa, masa nilah rasa betapa susahnya kita nak handle anak-anak seorang diri. Kadang-kadang nak tinggalkan untuk mandi & buang air pon tak harap sebab risau si abang & kakak buli adik;( Masa nilah rasa macam "aaargh, tak kira laki aku balik, aku nak mintak jugak upah aku jaga anak-anak" Betol tak?? Betol tak?? Tipulah korang kalau cakap buat semua ni sebab dah tanggungjawab..Well, kot ya pon ada..tapi bukan Zaila ya..mak tak sanggup..Hukhuk..*kena claim jugak elaun kerja lebih masa ngan en suami*



Sebab itulah ramai suami yang tahu & faham akan kesusahan isteri menjaga "harta-harta" mereka, diorang tak akan berkira dengan isteri..Belikan isteri hadiah untuk menggembirakan hati si isteri yang penat berjuang menjaga anak-anak. Penat tahu jaga budak kecil ni!! So..meh kita fikir, nak "paw" apa ya kat en suami;P

- percutian yang romantik??

- ke spa berdua?

- tengok movie & makan-makan bersama?

- belikan handbag idaman hati *eh kenapa harus handbag ah*??

- tidur hotel 5 bintang??

- beli set pinggan idaman hati, takpun set periuk belanga ala Jamie Oliver style??

- beli sofa idaman hati??



Isy, banyaknya permintaan!! Harus kena tinggal selalu baru boleh claim hadiah ni;P *alah, ni berangan je dulu..silap haribulan semua permintaan tak dilayan dek alasan budget yang xcukup* Ouchhh!! mak sentap ni!!



pesanan buat en suami yang baca entri ni *kalaulah dia baca tapi rasanya tak kot sebab dia malas nak layan perangai isteri yang suka mengarut meroyan seorang diri ni*



"b, silalah buat apa yang patut!!" ~bukan trim bulu tuuut ya *eh tetiba*





ni kanak-kanak riang yang hari-hari mama kena beli sesuatu sebagai upah suruh duduk diam dalam kereta, kalo tak mama takleh concentrate drivingT___T



pastu sama sedas diorang habiskan tanpa pelawa pada sipembeli T____T

mama, esok beli Oreo lagi yaa *herm, yolah Haziq*



Lagi cerita tak bermotip..terima kasih sebab membacanya;)



Thursday, June 23, 2011

Mana Nak Cari Cupcakes Semurah Ni, Siap Dapat Whoopie Pies Lagi!

Bulan Rejab ni bagus untuk ganti puasa. Sambil-sambil beribadah tu bolehlah melatih diri kita puasa sebelum masuk bulan puasa yang sebenarnya kan..Eheh, bukan nak cerita pasal puasa tapi nak warning ni, sesiapa yang puasa hari ni..silalah jangan baca entri ni, kang kalau air suliva korang mengalir hingga menguruskan puasa korang. Eh jangan salahkan mak ya;P

Pada yang tak puasa tu *orang puasa pun boleh juga* ambik tawaran hebat kat MilkAdeal ni. RM18 untuk 6 biji cupcakes & 1 dozen whoopie pies..Mana korang nak carik semurah ni kan?? Dah time ada offer ni, baik cepat-cepat korang beli..Kalau tak, melepas aje..Sayang tau!!


ni ghupa cup cakes tu..Antara pilihan yang boleh kita ambil adalah;-


1) Dark Choc Cupcakes


2) Banana Choc Cupcakes


3) Red Velvet Cupcakes


4) Snowball Cupcakes


5) Lemon Blossom Cupcakes


6) Fairy Cupcakes


7) Snow White Cupcakes


8) Cookies & Cream Cupcakes


9) Chocolate Cupcakes

nilah ghupa whoopie pies tu, kecil-kecil cinonet aje (chocolate whoopie & red velvet whoopie)

Cepatlah beli, boleh buat buka puasa nanti *telan air liur*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^