Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 14 Mac 2017

Resepi Nasi Goreng Pedas Dan Senang Dimasak


Sekarang kalau ambil gambar makanan gatal nak letak bunga sebagai props :P

Assalamualaikum,

Pernah tak uols makan nasi goreng yang biasa-biasa sahaja (tiada udang tiada isi ayam tiada sayur) tapi rasanya ya ampun sedap sangat. Tafsiran sedap bagi Mekla adalah cukup rasa iaitu pedas dan tidak terlalu masin. Kalau orang tak suka pedas, mungkin lain pula tafsiran nasi goreng sedap bagi mereka kan?

En suami selalu aje bawa balik bungkusan nasi goreng dari surau. Apabila makan nasi tu rasa alahai sedapnya sampai tak cukup satu bungkus :P Maka, apabila ada kesempatan Mekla terus bereksperimen dengan menu nasi goreng ;) Kalau nak tahu rahsia nasi goreng pedas yang sedap sudah tentulah pada bumbunya (rempah tumbuk). Jom tengok resepi gaya Mekla :

Bahan-bahan :

- 5 ulas bawang merah (kalau nak lebihkan pun boleh) *
- 3 ulas bawang putih *
- 5 - 10 biji cili padi hijau & merah *
- 3 - 5 biji cili kering *
- segenggam ikan bilis (kalau boleh beli yang sudah dibersihkan) *
- telur 1 biji
- nasi putih (Mekla masak dalam 2 cawan)
- garam & sedikit cukup rasa
- goreng siap-siap ikan bilis sebagai hiasan. Petua nak goreng ikan bilis adalah pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ikan bilis dan kacau-kacau selalu. Apabila bunyi meletop-letop semakin kurang tu cepat-cepat angkat ke dalam penapis besi.

Cara-cara buat :

- Apalagi gunakan kuasa tumbukan wanita dan tumbuk semua bahan bertanda * di dalam lesung baru warisan pusaka. Kalau nak guna blender pun boleh juga cuma tak best sangat kesan-kesan cili pada takde sangat (nanti tak terletak kat celah gigi) :P
- Panaskan minyak dan tumis bumbu tersebut hingga naik bau. Kalau tak keluar bau, sila letak lubang hidung dekat sikit supaya minyak merecik terkena muka.
- Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali sambil kacau-kacau lagak tukang masak di kedai makan.


Agak-agak dah macam dalam gambar di atas, masukkan 2 sudu garam dan sedikit serbuk cukup rasa. Lepas itu masukkan nasi putih dan kacau-kacau jangan sampai hangit ;) Lepas itu masukkan anak bilis tadi ke dalam nasi. Perghhh Mekla makan bertambah-tambah. Pedas dan sedap!

Mudah kan buat nasi goreng. Selamat mencuba!

Iklan dulu :


Alhamdulillah selesainya kelas asas blogshop secara offline di Shah Alam pada 12hb Mac 2017 yang lepas. Bagi mereka (peluang terbuka kepada surirumah) boleh daftar slot bulan April pula. Whats App Mekla untuk pertanyaan lanjut ya di 012-970 6828.

Terima kasih ;)



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^