Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 7 Februari 2018

Walaupun Sarat Mengandung Kenapa Masih Berbisnes

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, walaupun sedang sarat mengandung tapi urusan bisnes masih berlangsung seperti biasa. Jangan cakap aku ni tamak duit tapi sebenarnya bila kita berbisnes ni kalau tak menjual maka hilanglah sumber pendapatan. Nanti nak bayar hutang-hutang macamana? Walaupun sekadar bisnes sendu tapi mesti ada komitmen bulanan yang nak kena setelkan juga kan? Nak bayar bil internet (kalau tak mana nak dapat buka facebook dan Whats App), nak juga hulur duit bagi mak ayah, nak juga beli barang idaman hati dan macam-macam lagi. Syukur, rezeki tak pernah putus walaupun kadang-kadang sendu juga. Sebenarnya kami pun menumpang rezeki uols yang makan gaji juga. Bila dah gaji adalah jualan, kalau tak bunyi krik krik krik juga kat akaun bank tu.

Walaupun kita surirumah, janganlah jadi lemah sangat ya, semuanya harapkan laki yang tanggung. Selagi boleh berdiri sendiri, apa salahnya cari duit poket sendiri. Teringat mak dulu, rasanya bisnes apa yang mak tak buat. Tapi beza aku ngan mak adalah mak seorang yang jimat cermat, ada duit simpan buat beli emas, tapi aku ni ada duit tahu nak perabis aje. Ha ha ha

Sekarang ni mudah sangat untuk cari pendapatan lebih, asalkan NAK aje kan? Macam aku ni walaupun tengah sarat mengandung, bila ada tempahan barang parti harijadi hanya perlu maklumkan pada supplier sahaja dan sekarang ni tak payah susah-susah dah nak masuk parking pergi kedai ambil stok, hanya tunggu sahaja di bawah (ruangan menunggu) dan pekerja kedai akan hantar. Siapa kata orang Cina tak suka kita meniaga? Mereka pun mahu cari duit maaaaaa jadi memang sekarang dengan keadaan aku yang sarat mengandung lagilah mereka usahakan cara untuk memudahkan aku juga. Alhamdulillah, Allah akan sentiasa membantu hamba-hambanya yang sentiasa berusaha dan berdoa.


Sekarang ini aku memilih bisnes Amway untuk bisnes jangka panjang yang aku nampak untuk anak-anak aku. Iyalah, walaupun kita tidak boleh meramal masa depan tapi sekurang-kurangnya kita boleh berusaha selebihnya tawakal pada Allah. Tambah-tambah sekarang ni ekonomi yang semakin mencekik, alahai bila ada anak ramai ni terasa sangat duit mengalir bagai air. Sejak buka sekolah, ada aje duit keluar dan memanglah bukan aku yang keluarkan duit tu (terima kasih en suami yang banyak berkorban untuk anak-anak) tapi sebagai isteri apa salahnya kita sesambil bina bisnes yang risiko kerugian rendah dan sudah lama bertapak di Malaysia.

Setiap hari tengok muka anak-anak dan bayangkan nanti apabila mereka sudah meningkat dewasa, apa pekerjaan yang layak bagi mereka? Nak harapkan makan gaji? Bukan tak boleh tapi zaman kita pun dah bersepah persaingan dan betapa ramai yang menganggur dan bekerja dalam bidang yang bukan diambil sewaktu di Universiti. Ini semua aku sendiri sudah rasainya dulu, sampai sekarng pun hutang belajar masih ada lagi. hu hu hu

Nak tak nak kena sediakan platform untuk mereka supaya lepas habis belajar masing-masing boleh sesambil buat bisnes ni. Kalau nak tahu Amway sudah ada lebih 40 tahun di Malaysia jadi janganlah risau akan bankrap atau rugi kalau melabur dalam bisnes ni. Walaupun ianya sejenis syarikat MLM tapi patuh syariah dimana Tabung Haji juga melabur di dalam saham-saham Amway tau. Jadi, ramai golongan professional yang sudah menjadikan Amway sebagai sumber pendapatan kedua mahupun utama mereka.

Setiapkali pergi kedai Amway di Bukit Tinggi, mesti aku akan bawa anak-anak. Biar mereka tahu dan biasa dengan bisnes ini. Jom layan gambar anak-anak sat, simpan buat kenangan biar mereka tahu sejak kecil mama mereka sudah biasakan dengan bisnes ini.


Mek Aaliyah


Kalau bawa semua memang haru-birulah. Sampaikan pak guard pun dah kenal muka mak anak ramai ni


Yang ini kat HQ Amway di Petaling Jaya waktu pergi beli seterika wap untuk pelanggan di Kepong. Memang best pavilion Amway ni, rasa macam pasaraya 5 bintang pun ada tau


Syukur anak-anak sentiasa ada saat mama dia memboyot susah nak bawa barang tapi mereka ni ada je nak tolong tapi haru biru jugalah


Kalau beli produk yang besar kita tak perlu susah-susah nak angkat. Hanya ambil kad, bayar di kaunter dan terus ke kaunter ambil barang. Di situ barang kita diletakkan di atas troli dan hanya perlu tolak sahaja. Mudah kan?


Ni bos kecik sedang menunggu mama buat bayaran di kaunter. Kalau datang kedai tak sah kalau tak main botol vitamin


Cak, mak buyong selfie dengan anak bujang. Peneman setia mama nanti dalam bisnes Amway ni


Alhamdulillah pencapaian bulan Januari 2018. Ini kali kedua buat jualan 15% (hanya mampu buat takat ni sahaja tapi bolehlah bagi seorang pemalas macam Mekla ni). Paling tinggi jualan adalah 21% (ada kiraan PV nya) tapi insya Allah aku yakin satu hari pasti akan capai juga.

Sebelum memulakan bisnes ni, aku tercari-cari juga bisnes apalah yang aku boleh buat dan mahu FOKUS untuk jangka masa yang panjang. Bukan apa, bisnes ni macam kita makan gaji juga, kalau dah buat mesti jadikan ianya sumber pendapatan bukan sekadar main-maian sahaja. Biasalah, dalam dk mencari tu adalah Allah temukan dengan kawan-kawan yang mengajak buat bisnes lain (macam-macamlah) dan sebagai seorang yang dikurniakan akal oleh Allah kita boleh buat pertimbangan dan cuba bandingkan apa yang membuatkan kita tertarik untuk buat bisnes ni.

Jangan lupa bertanya Allah dahulu (BAD) sebelum membuat keputusan. Alhamdulillah, waktu sedang mencari tu Allah temukan aku dengan upline (mentor bisnes) yang setia dengan produk dan kebetulan kelas untuk menimba ilmu juga dekat dengan rumah aku iaitu di Kota Kemuning sahaja. Malah, kedai pun dekat (dekat dengan GM Klang, sesambil ambil stok barangan parti harijadi sesambil singgah kedai). Ya Allah, apa lagi yang aku nak nafikan? Memanglah cabarannya tinggi kalau buat bisnes MLM ni sebab rata-rata suka bandingkan dengan syarikat-syarikat penipu yang hanya tahu kaut duit sahaja. Tapi selagi kita yakin, teruskan aje buat apa yang kita MAHU.

Jm surirumah semua yang mahu BERUBAH. Allah tak pernah zalim kepada hamba-hambanya. Selagi kita berusaha, pasti ada sahaja jalan keluar atau pintu rezeki yang terbuka. KAlau berminat untuk sertai keluarga besar bisnes aku ni, jom Whats App 012-970 6828.

Oklah bye

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^