Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 18 Oktober 2009

Hujung Minggu = Hari Berjalan Kami

Selalunya hujung minggu kami memang akan penuh dengan aktiviti..Memang tak pernahlah TAK ada aktiviti..bukan apa, kalau Zaila & hubby baru je bercadang nak rehat2 kat rumah, tak lama lagi mesti adalah bunyi budak melalak nak keluar berjalan2..ke mana?? selalunya kalau tak ke rumah sedara mara, kami akan ke shopping mall berdekatan..pendek kata tak kisahlah ke mana yang PASTI kena keluar dari rumah tersebut, kalau tak..adalah yang mengamuk nanti!!

Pagi tadi masa Hubby keluar gunting rambut pon, Ameera dah nanges2 nak ikot..Last2 bila hubby balik, Haziq p beli benda alah ni;- (read:party kit)..Senyumlah kejap dapat main belon..bila belon tu pecah, mulalah nanges2 serba tak kena;D

Abaikan background gambar yang tak sama tu..hik hik;0

Mask Gurl?? adoiii..lengan sape besar betis tu??

Demi tak nak mengecewakan mereka, si papa yanh selalu berlagak baik mengajak anak2 keluar bersiar2..Kami hanya ke Jusco Bukit Tinggi je memandangkan tempat ni paling dekat dengan rumah kami & paling senang nak dapat parking murah;)

Ameera yang baru dapat "kaki"

Si abang yang baik hati;)

Kami sampai di Jusco tu pukul 1 tengahari..oarng pon tak ramai lagi..agaknya masing2 masih dalam mood beraya kot;) Memandangkan sekarang ni dah tengah bulan so takderlah acara shopping..just jalan2 cuci mata aje..owh, tapi sempat juga beli baju tidur untuk Haziq & Ameera sepasang sorang!!!
Pastu first time dalam sejarah dapat pakai benda alah kat bawah ni..selalunya masa kitorang pergi mesti dah takde..rupa2nya tak kena bayar pon, just tinggalkan IC atau lesen kereta kita kat kaunter & pastu bolehlah bawa anak2 di dalam benda alah ni (Zaila lupa apa dah namanya) so just layan je gambar2 Haziq & Ameera berebut stereng dalam tu..Mula2 si abang tak nak bagi si adik duduk sebelahnya, tapi bila dipujuk2 akhirnya bagi juga..haaaa macam nilah adik beradik..kena saling mengalah..Ingat tau Amirul, jaga adik bila mama & papa dah jauh di mata nanti~~tetibe rase emosilah plak~~










Last sekali kami makan Unagi (belut)..sedap!!

Ada unagi (belut), telur & sayur (macam halia jeruk gitu)

Macam nilah aktiviti kami setiap minggu, asyik keluar aje..kawan2 macamana??

16 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

sama la kita.. hehe.. lady kalau tak berjalan mesti balik kampung..
wah sedapnya unagi..nampak sedap..husband lady suka unagi tapi lady takleh telan sbb dok terbayang menda lain.. hehehhe.. tapi kalau salmon lady sukaaaaaaaaaaaaaaaa...

zailamohamad berkata...

Lady, Zaila pon terbayang juga~~tapi since rasenya yang sedap & banyak khasiat, terus terlupa rupanya..tadi Zaila beli tempura..pon best..

honeylanz berkata...

mmg byk khasiat! tp has blom mampu mencuba! hehehe..baiknye abg pimpin adik ;)

jane_doe3328 berkata...

errrk, kalau saya dok umah jer. si hubby pemalas nak jenjalan masa wiken.

zailamohamad berkata...

Has, kalau has tak tahu yang ianya adalah belut, mesti has makan aje pasal rasanya same aje ngan rasa ikan biasa;)
Haziq suka pimpin adik dia, tapi dia agak gelojoh sket;)

Diana (Mama Adam Mukhriz) berkata...

wahh seronoknya ke JJ .. sakan berjalan .. muat plk dorg berdua naik kete tue yer ;-)

CT NORAMIZA berkata...

biasalah zaila, hari sabtu mmg hari berjalan, tp hari ahad, hari berxtvt di umah plak, kalau x, tunggang langgang umah tu nnt :)

ME berkata...

.. suka bebudak tu naik buggy tu .. my kids pun masa kecik berebut2 gak ...

zailamohamad berkata...

Jane, hubby Zaila suka bawa anak2 dia kuar jalan2;)

zailamohamad berkata...

K.Diana, jalan2 cuci mata je*sigh*
muat aje pasal duorang tupon xbesar mana;p

zailamohamad berkata...

Kak CT, seb baik Zaila dah kemas umah pasal kawan2 nak datang haritu..kalo x, malas juga rasanya nak kuar;)

zailamohamad berkata...

ME, memang berebut diorang tu..

Ami berkata...

aaa comelnyee,suke gambar fifth dari bawah tue,wat wallpaper pc selalu k.ila huhu

zailamohamad berkata...

hihihihi..duo ore tu berehi baloh..a'alah..mace comei jah;) okess..nati k.ila buat ya;)

puan.farah. berkata...

gugugu..best kan unagi..saya suke

zailamohamad berkata...

farah, saya suke juga;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^