Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 22 November 2009

~~Happy Birthday Ijatt~~

Semalam, kami sekeluarga telah dijemput ke majlis ulangtahun kelahiran anak sulung bff Zaila iaitu Tengku Izzat Armand B Tengku Azmi..Herm..tak lama lagi, Ijatt dah nak dapat adik, pasni mesti pening palo ibu suka pasal dah ada kawan kan?

Walaupun hujan gerimis, tapi tahniah buat Saymah pasal berjaya juga merealisasikan impiannya untuk membuat bbq di luar laman rumahnya;) Alhamdulillah, percubaan pertama untuk membuat spaghetti pun berjaya..Ehem..ehem..amik resepi kat mana tu?? kat sini jugaaa...

We all really had fun that day, balik masing2 memboyot bukan mengandung pasal kekenyangan..Macam2 kami makan, dari bihun goreng, spaghetti, bbq ayam, sosej, nuget, keropok, kek, pendek kata macam2 lagilah!!! Nak cerita banyak pun dah malas so layan gambar ajelah ya!!
Birthday boy yang berbaju kuning itu & biaserlah gambar anak mak mesti ade;P

Ni majlis sape ni??apesal 2 orang budak berbaju merah ni asek nyebok aje;P

Encem tak saya pakai Raybeng??

Dr.Murni pun datang juga..ponteng walaupun ada kursus!!

Haziq yang manja & Jannah yang comel

Makanan pemusnah dietku;p

Cuba tengok hidung Ameera tu, hasil dari jatuh tersembam atas lantai..seb baik tak patah gigi

Terima kasih daun keladi
Tahun depan jemput kami lagi kalau buatlah!!!

4 ulasan:

puan.farah. berkata...

hehehe..xpe sekali sekale musnah diet.balik diet balik =p

IbuIjatt berkata...

btol tu, mujur ada zaila tolong habiskan makanan kat atas meja tu,siap bertapau plak lagi..tak la mak membazir...wahaha...

zailamohamad berkata...

puan.farah, kalo senang takpe..huhuhuhu..lemak tepu banyak dok oh

zailamohamad berkata...

IbuIjatt, holah..mujur ado spaghetti mung tuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^