Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 20 November 2009

Macamana Nak Masukkan Ticker Dalam Blog

Entri ini ditujukan khas buat kawan2 Zaila yang berniat untuk mencantikkan blog mereka dengan gambar2 ticker detik ulangtahun mereka..Tak kisahlah ulangtahun perkahwinan ke, birtday ke, hari sebelum bercuti ke & macam2 lagi;)
Contohnya seperti ticker mengira detik ke birthday Haziq yang ke-3 tahun ini;-

Caranya mudah sahaja, kawan2 pergi ke website Lilypie atau Daisypath kemudian tekan butang create macam gambar di bawah ini;-
Kawan2 boleh memilih pelbagai pilihan ticker tersebut seperti anniversary, pregnancy, vacation, baby & kids birthday & macam2 lagi;)

Kemudian, kita disuruh memilih format ticker iaitu mahu yang panjang (selalunya diletakkan di blog, website mahupun forum) manakala yang pendek selalunya digunakan di dalam facebook, friendster mahupun tempat yang kecil)..Terpulang pada kawan2!!

Kemudian kita disuruh agar memilih scene iaitu pemandangan belakang ticker tersebut..Ada macam2 pilihan so pilihlah latarbelakang yang sesuai dengan tema ticker kita ya!!

Kemudian pilih slider atau penunjuk di ticker tersebut..Yang nipun ikut kesesuaian mata korang!

Kemudian pilih details atau masukkan kata2 cinta ke dalam ticker tersebut..hahahaha;P

Kemudian bila sudah dapat html codes (yang ni penting), bolehlah copy paste masuk blog kita

Cara yang sama, masuk LAyout, Edit Templates, Add a Gadget, HTML/Javascript;-

Kemudian copy paste kat situ;-
then save, view blog..haaa..kan dah jadi;-

Tapi kaler dia striking sangat ah weh..Sat, nak tukar balik;)

Harap kawan2 yang tak tahu boleh buat kat blog mereka..Pada yang dah tahu, dok diam2 tau;P

6 ulasan:

CT NORAMIZA berkata...

tp kan zaila, akak punya ticker x blh masuk kat blog lah, dia jd mcm separuh ja nampak, yg lg sket tu hilang

zailamohamad berkata...

Kak Ct, tu maknanya space dia xcukup, cuba kak CT alihkan ticker tu letak di tempat body, takpun pilih ticker yang pendek aje..kena sentiasa cuba jaya kak!!

Nurhayati berkata...

sharing is caring, good la you.. bantu membantu.. ;)

fauzi-maya berkata...

ohww.. bagus ade tutorial..thanks for the tutorial:)

jane_doe3328 berkata...

okeh, nanti try :)

zailamohamad berkata...

Yati, saje nak jadi cikgu betul xdapat..jadi cikgu alam maya jelah..huhuhuhu

fauzi-maya, welcome;)

JAne, jange lupa try!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^