Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 3 Disember 2009

Balik Kampung - Part 2

Sorry ya kawan2..cerita basi, tapi nak cerita juga;p

Hari raya pertama Zaila masih di Tumpat. Pagi tu, MIL buatkan nasi kerabu yang tersangatlah sedapnya. Tengahari baru kami anak beranak balik beraya di Bachok..Tapi masa Zaila sampai kat rumah, mak Zaila tak ada sebab dia ke rumah mak sedara Zaila yang buat korban..Rata2 sepanjang perjalanan, Zaila tengok ramai orang yang buat korban..sebab tulah raya haji di Kelantan best berbanding dengan negeri lain;-)

Sudah semestinya menu yang paling famous haritu adalah singgang daging, daging goreng, colek perut & segala macam jenis masakan yang berasaskan daging..ambik koooo..sampai berpinar mata ni makan daging tau..Zaila tak boleh makan sangat sebab tetiba je sakit gigi so dapat hirup kuah pun dah cukup bagus!!!

Petang tu, kakak kandung Zaila dari Labuan sampai..sesi jejak kasih sekejap..Teringat zaman kanak2 dulu, kakak Zaila suka manjakan Zaila..Kalau cuti sekolah, dia mesti bawa Zaila, adik lelaki & sepupu Zaila ke Kuala Lumpur..Kami pergi Zoo Negara, Taman Burung, Dataran Merdeka & macam2 tempat menarik lagi darat sungguh!!!..Dulu suka pergi tempat2 macam tu, sekarang ni..bagi tiket free pun belom tentu lagi mak nak g;p

Kakak Zaila ni namanya Zaina, dia seorang ibu tunggal..bertugas sebagai guru di Labuan..Actually dulu dia berhijrah dengan suaminya ke Labuan sebab nak merasa nikmat bekerja di negeri orang, tapi malangnya setelah setahun berada di sana, husband dia pula buat perangai & mereka berpisah..Tapi Zaila salute sangat2 dengan kak Na sebab dia dapat membesarkan ketiga anak perempuan dia dengan baik..Alhamdulillah, anak2 Kak Na semua pandai bawa diri..especially Adibah yang sangat pandai ambil hati Tok Ayahnya;)

Kak Na tu bawa balik macam2, dapatlah Zaila rembat ambil sedikit ikan masin, belacan, udang kering, gelang kristal & brooch mutiara..hahahahaa..memang muka tak malu;p
Pendek kata, memang best raya haji kali ni sebab Zaila dapat berjumpa dengan Kak Na..Teringin juga nak g Labuan tapi entah bilalah tu..Nak kena booking tiket awal2 ni..Insya Allah, kalau ada rezeki, sampailah kami nanti!!!

Hari raya kedua, ada acara korban di rumah Zaila..Ayah Zaila ada beli seekor lembu & kami anak beranak berkongsi bahagian bersama dengan besan ayah & 2 orang jiran..nantikan cerita selanjutnya iaitu Balik Kampung - Part 3 beserta dengan gambar2 lembu yang terkorban..sorrylah ya kalau cerita Part 2 ni agak membosankan..nak buat macamana, Zaila sendiri pun tengah pening2 lalat lagi ni..nak transfer gambar ke lappy pun xsempat dek kerana busy ngan kerja!!yolah tu!!!

8 ulasan:

zarin berkata...

bestkan raya korban kat kelate...lepas korban, masak ramai2 then makan ramai2...miss sungguh...dah lama zarin tk raya kat kelate..

N A N I E berkata...

Selamat Pulang Zaila..update la pic Korban..mesti happening kat sana :)

Kak Na tuh balik baper lama? :)

*gorjesmum* berkata...

mmg best raya kat kelate...

kakak zaila mmg tabah..i salute her!

honeylanz berkata...

meriah kan.. freezer penuh dgn daging aja..ohhh singgang daging sedappp hooo

zailamohamad berkata...

Zarin, kena balik tu..memang best..paling bset bila masing2 berebut nak makan nyicoh perut..uh, sedapnya;)

Nanie, insya allah malam ni zaila update..Kak Na balik sepanjang cuti sekolah..tupon balik setahun sekali je..pasal tu Zaila happy sangat2 dapat jumpa dia

Goerjesmum, memang tabah!!

Has, a'a..tapi kali ni zaila lupa bawa daging korban..huhuhuhu..teringinnya nak makan nyicoh perut

zarin berkata...

uuuhh nyicoh perut tu la yg paling best!!!my feveret tuh...
teringin teringin...

Lady of Leisure berkata...

adoi syoknya nyicoh..
lady ni tak merasa lagi daging korban..tapi my mom dah simpan kan skit.. hihi..

zailamohamad berkata...

Zarin, nanti Zaila post resepi mak Zaila kat blog ya;)

Lady, u lagi best dapat jalan2 over the sea;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^