Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 31 Mei 2010

How's Your Weekend??

Salam Semua..Best kan cuti 3 hari;)) Ke mana kamu semua?? Zaila macam biasa jadual mesti penuh dengan aktiviti..Alhamdulillah, walaupun 3 hari cuti bekerja tapi badan masih bersemangat untuk kembali ke pejabat hari ni;) tapi tak tahulah tahan sampai pukul berapa

Jumaat yang lepas Zaila ke IKEA..First time ke IKEA memang jadi rambang mata sebentar * sila jangan gelak di atas kejakunan mak ya * Maklumlah dulu mana nak fikir nak cari barang untuk cantikkan hias rumah segala kan, sekarang ni haruslah buat lawatan ke IKEA selalu sebab banyak produk-produk yang amat serasi dengan hati mak kelengkapan rumah Zaila ada kat situ;) Gambar nanti upload..hehehehe

Petang Jumaat tu, sesi bertandang dari kakak & abang ipar Zaila (husband Zaila ada abang & kakak kembar so everytime nak bertandang ke rumah diorang selalu datang bersama). Baru 2 keluarga datang tapi dah penuh rumah Zaila ni..tapi best bila dapat kumpul sama-sama. Zaila tak sempat nak sediakan apa-apa makanan yang sedap berat pon petang tu, just goreng mee & buat teh O je..Pada kak Yah & abang Yie sekeluarga, janganlah serik untuk bertandang lagi;)

Malam tu lepas Maghrib pula Zaila terus shoot ke PWTC hantar barang. Kali ni sekejap sahaja seba dah tahu kat mana lokasi bazaar..Cerita pasal bazaar ni esok..Malam ni baru nak upload gambar so tungguuuuuuUUUuuuuu..

Kawan-kawan pula ke mana sepanjang cuti3 hari ni??

6 ulasan:

mrs shaifull berkata...

nk tgk gambar brg yg disambar kat ikea, cepat2 tau :)

AYUKIRANA berkata...

zai, akupun g ikea jumaat mlm tuh :)

Lady of Leisure berkata...

lady tak kemana sangat.... masih di kl hehe

honeylanz berkata...

Has pun mcm mls nk masuk opis..kuatkan semangat aja nih...

Tihara berkata...

ambo gi cameron je...pastu kelik duk ngango kiro pitih..hak hak

~masalifah~ berkata...

usahawanita berjaya neh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^