Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 17 Julai 2010

Kesian Nur Ameera Husna

Sorry for the long silence. Nak wat camne, mood berblog pon entah ke mana. Agaknya Zaila dah ketandusan cerita kot. Hahaha. Bukan ketandusan, actually banyak sangat nak cerita tapi semuanya berkaitan pasal rumah, bisnes, rumah, bisnes so tak naklah korang jemu baca kan;D

So cara paling senang adalah menghimpunkan semua cerita dalam satu entry. kan senang;) baca jek & semua kategori pon ada. Pasni tengoklah mood Zaila, kalau rasa ok akan berupdatelah blog kalau tak..Biarkan aje berhabuk kat sini;D

Ok, kita mulakan tentang anak-anak buah hati pengarang jantung Zaila. 6hb yang lepas adalah birthday anak bongsu setakat ini Zaila. Hari-hari abang dia yang sibuk menuntut janji mama untuk belikan kek untuk mereka (birthday gurl takde pon sibuk-sibuk nak kek tapi abang dia lak yang lebih) so petang Sabtu yang lepas kami ke Secret Recipe's beli choc indulgence;) Tapi kami beli 4 slices je memandangkan kami ni kedekut tak suka sangat makan kek (walaupon kek itu sedap giler) *saje je saikokan otak supaya tak beli the whole kek*

Haziq macam biaserlah over giler nak tiup lilin. Agaknya sampai basah kot atas kek tu kena tiup dengan dia & for birthday gurl pula, macam biaserlah buat muka control je *seb baik dia tak reti tuntut hadiah lagi*
sekarang ni pantang lalu depan SR, memang akan tuntut kek!!
kan muka birthday gurl yang sangat control ayu;D *tu bukan tangan i ya, tangan i tak banyak bulu;D*

kek budget;D

Owh, pagi tu juga anak dara Zaila terjatuh depan bilik air. At first kami ingatkan jatuh biasa je tapi pastu baru persan yang kaki Ameera tak boleh nak jalan. Mungkin ada urat yang terseliuh kot. Tapi masa tu kami fikir yang Ameera hanyalah mengada-ngada & mahukan perhatian *like always* so kami just sapu minyak angin & suruh dia berjalan macam biase aje (teruk kan)

Tapi hari ni setelah hampir seminggu kejadian tu berlaku, Ameera masih tak daat berjalan dengan baik. Cikgu taska mereka cadangkan agar kami bawa Ameera pergi berurut. Mula-mula tu cuak juga kan sebab maklumlah kami ni tak reti sangat benda-benda yang melibatkan urut-urut ni, especially budak. Takut terjadi apa-apa yang makin teruk je. Tapi bila fikirkan keadaan Ameera yang berjalan terjungkit-jungkit, kami gagahkan diri pergi juga.

Memang sahlah urat kaki Ameera terkehel sedikit. Salah kami juga yang membiarkan benda ni berlarutan. Sepatutnya the day Ameera jatuh lagi kami kena bawa Ameera jumpa pakcik ni so that dia boleh betulkan terus tapi be me yang memang tak tahu sangat pasal urut mengurut & tambah pula tak kenal sesiapa yang boleh dipercayai, so kami malas nak fikir sangat pasal benda tu.

Mama really-really sorry my dear;(

Lepas je pakcik tu betulkan urat, nampak Ameera makin confident melangkah. Insya Allah, kalau masih nampak teruk kami akan bawa ke hospital untuk menjalankan proses x-ray. Doakan moga anak dara Zaila akan cepat sembuh je;)

Bercerita tentang rumah pula, haritu Zaila ada bagitahu kan yang projek membuat wiring bersama BIL akan disambung so minggu lepas juga kami ada memasang lampu spotlight kecil (warna putih) untuk dihalakan di dinding yang ada wall paper tu. Memang kawasan situ agak gelap so dengan adanya sedikit cahaya akan menyerlahkan kecantikan dinding tersebut. Paling tak tahan bila sanggup tukar mentol dari lampu kuning ke warna putih. Over taksub putih kan?? hahahaaa
Lepas tu kawasan bawah tangga pula kami letakkan mentol (pon warna putih) juga. Actually bawah tangga tu dah berfungsi sebagai butik Mari Kelih Zaila dah. Iklan sat : Sesiapa yang berminat untuk berniaga tudung, bolehlah contact Zaila ya (email : zailamohamad@yahoo.com)
cakap je nak kaler apa & corak apa;)
pilih jangan tak pilih
jangan risau, patung tu dah takde kat situ dah;D

Bercerita pasal biz Zaila pula, ada banyak cerita mahu dikongsi. Ada yang manis & ada yang pahit. Tapi takderlah pahit sangat tapi masih agak sakit hati juga bile memikirkannya. Tapi kita kongsi yang manis dulu. Sebelum tu, Zaila nak iklan sat : "Pada sesiapa yang ingin menjual hanger tudung ala IK.EA tu, bolehlah dapatkannya dengan Zaila pada harga yang berpatutan"
Percaya atau tak, hari ni Zaila mendapat sale RM2100 dengan menjual hanger tudung ini SAHAJA. *Alhamdulillah syukur nikmat* So while benda ni masih hangat di pasaran, please grab this golden opportunity before someone else grab it!! Tak kisahlah korang ada di mana pon tapi selagi ada minat untuk berniaga, anda pasti akan berjaya;-)

Ok, berita kedua gembira juga insya ALLAH sempena Ramadhan ini Zaila akan membuka booth di Bazaar Ramadhan Summit (tapi booth # & lokasi masih lagi dalam perbincangan until further notice). Tak sabar rasanya. Harap-harap tahun ni adalah sedikit habuan untuk Zaila & hubby (orang paling kuat), untuk emak (penyuntik modal), untuk abang Lan & kak Asy (penyuntik semangat), arggghhhhh..Pendek kata semua oranglah!! Ramadhan kan bulan yang penuh berkat. Insya Allah juga setiap RM1 dari jumlah pembelian semasa bulan Ramadhan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan. So sambil membeli sambil beramal. Detailnya akan Zaila sediakan nanti sebab masih menunggu maklumat daripada ustaz yang bertanggungjawab;-) *Tapi jangan ingat dengan membeli barang Zaila pula korang boleh menderma, so tak kisahlah kalau tak nak beli pon* Cuma Zaila memang dah niat awal-awal lagi ni, nak sedekahkan RM1 dari setiap pembelian kepada mereka yang memerlukan. Insya Allah.

Ok, berita sedih pula, Sepanjang hampir 2 tahun terlibat dalam dunia perniagaan ni, akhirnya Zaila terkena juga. Terkena apa tu?? Bukan ilmu hitam *Ya Allah, minta jauhkan perkara sebegini* tapi kena tipu. Tapi Alhamdulillah tak banyak pon (tak sampai RM200 pon) cuma agak terkilan jugalah sebab yang PENIPU besar ini adalah orang Melayu yang juga penganjur GT Bazaar yang pernah Zaila sertai sempena Pesta Buku & Youth10 dahulu. Sepatutnya Zaila akan berniaga di PWTC hujung bulan ni sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa tapi dek kerana si organizer yang lebih dikenali sebagai Berrybunch ni atau dalang keparatnya yang bernama Adlin Abu Bakar ni telah menipu orang PWTC lebih kurang RM50k dengan memberikan cek tendang, so segala bazaar-bazaar lain juga telah dibekukan *setakat nilah, tak tahu pula kalau ada juga*

Herm, nantilah Zaila buat entry khas so that all of you boleh ambil pengalaman dari apa yang telah terjadi ke atas Zaila. Tapi nak kena karang ayat baik punya supaya Zaila tidak menyumpah seranah si Adlin Abu Bakar tu. It's ok kalau dia nak larikan duit Zaila & partner yang seciput tu, tapi kesian pada mereka yang bayar mahal-mahal untuk dapatkan booth di situ. Kalau tak silap Zaila, kali terakhir Zaila masuk web mereka (sekarang ni dah tak boleh masuk sebab dah disuspend perkhidmatan) harga sewa setiap booth ada yang cecah puluhan ribu memandangkan waktu bazaar itu dijalankan adalah sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa. Kesian kan..tapi nak buat macamana, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk mengheret si Adlin ni ke muka pengadilan so let just pray that orang macam ni tak akan terlepas dari hukuman yang sepatutnya dia terima.

Oklah, jam pon dah menunjukkan 3 pagi. I guess i better go to sleep now. Harap-harap malam ni mimpi idea untuk update blog esok;D

3 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

kesiannya ameera,... hopefully kakinya cepat sembuh...

maya amir berkata...

aah ..kalau saya pun sure tak tau nak kene bwk budak tu berurut kan? alhamdulillah she's recovering.. btw, org melayu patut tolong melayu..ni tak, nak menipu kite plak.. takpe zaila, jadikan ni sbg pembakar semangat utk terus maju dlm biz (perghh ayat buku aku bagik..heheh) all the best dear!

Gifts & Such berkata...

hi.. i pun one of the vendor yg kena tipu ngan si adlin.. now i dh buat police report,cuma now tgh berusaha mencari sebnyk maklumat mungkin utk cari si adlin ni.. kalau u ada apa2 yg boleh share dgn i, email i dekat gifts.n.such9@gmail.com ya.. or senang,call aje i dkt 017-6190129.. myra.. tq..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^