Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 20 Oktober 2010

About My Pregnancy

Salam semua, agak pelik sedikit sebab sejak mengandung Zaila jarang bercerita mengenai pregnancy Zaila kan?? Ramai kawan-kawan Zaila masih tertanya-tanya exact bulan Zaila dah termengandung mengandung & apa perkhabaran baby yang ke 3 ni..Huhuhuhuu..

Bukan tak nak bercerita tapi Zaila malu masih dalam mood malas tahap gaban untuk bercerita lebih-lebih, tapi Alhamdulillah hari ni rasa macam bersemangat je sket so Zaila rasa kena cepat-cepat taip *masa idea nak berceloteh ni ada* so that i can share my third experience with u;)

Well, this time Zaila tak ada ambil apa-apa pil perancang mahupon apa-apa alat untuk mencegah kehamilan. Since Ameera pun sudah besar & hubby pon asyik tanya bila nak tambah bilangan ahli keluarga, so Zaila just redha je kalau-kalau Zaila termengandung..Bukan mudah untuk mengandung balik, selepas beberapa kali percubaan *agak kelucahan disitu*, Alhamdulillah berkat berpindah ke rumah baru, Zaila disahkan pregnant. Macamana tahu?? Senang je, kalau period lambat seminggu tu..herm, faham-faham jelah kan since my period cycle memang xpernah huru-hara mahupon tunggang langgang;D

Memang pada awal-awal kehamilan Zaila tak pernah buat pregnancy test baik di klinik mahupon kat rumah. Serious tak nak ambil tahu..cuma masa tu Zaila berhati-hati juga dalam melakukan kerja, maklumlah kita tak tahu kan apa akan jadi so kalau tak nak menyesal di kemudian hari, jangan terlalu lasak/lupa yang kita sedang mengandung. Alhamdulillah, sepanjang first trimester memang Zaila tak ada mengalami alahan langsung, baik pening-pening kepala mahupon muntah, yang ada cuma kepenatan yang terlampau *maklumlah sudah tua* Ditambah pula masa tu bulan puasa, lagilah kan..tapi Alhamdulillah juga, Zaila tak perlu ganti puasa tahun ni *hurrey*
Sebab itulah, masa bulan puasa yang lepas Zaila tidak aktif berblogging sebab lepas je buka poser terus fengsan depan TV;D

Bulan lepas barulah Zaila pergi mendaftarkan diri di Klinik Panel Office Zaila. Ingat tahun ni macam malas nak buat buku merah di Klinik Desa sebab Zaila pon agak busy dengan kerja so rasa macam malas je nak keluar seharian semata-mata nak check berat badan & juga air kencing!! Sudahlah nurse kat situ garang!! huhuhuuu
This time pon masih tak dapat decide lagi nak bersalin kat mana *walaupon masih baru* sebab risau juga kalau-kalau tak ada buku merah hospital kerajaan tak akan terima kan, tapi dalam kepala otak ni macam tak nak bersalin di hospital kerajaan sebab ..owh banyak sebabnya *will blog about it in the next entry* tapi kalau mahu bersalin di swasta, ya ampuuuun..kosnyaaaa..
Memanglah kompeni Zaila ada cover tapi hanya RM1500 sahaja, kalau dapat bersalin normal, baby sihat tak ada apa takpe, tapi kalau cuba baby ada komplikasi, ibu kena operate?? Mahu cecah ribuan ringgit malah puluhan pon ada!! Bukan nak berkira tapi bagi kami yang hidup biasa-biasa sahaja, kerja pon bukan bergaji puluhan ribu sebulan..rasanya agak enak untuk menanggung kosnya!!

Tentang bersalin itu, let's just leave it to ALLAH. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat Zaila & baby. Kalau dah ditakdirkan Zaila akan bersalin di hospital kerajaan, pon ok cuma mungkin Zaila lebih suka memilih untuk bersalin di kampung halaman kerana Zaila suka persekitaran hospital yang sungguh islamik. Saat doktor nak check berapa bukaan pon, mulut doktor tu tak putus-putus membacakan doa agar dipermudahkan segala urusan. Lagi satu, Zaila suka keadaan di bilik bersalin di mana hanya doktor & nurse wanita aje yang akan mengendalikan semuanya, bukan tak ada doktor lelaki tapi selalunya doktor lelaki akan menyerahkan tugas "seluk memeluk" kepada doktor wanita sekiranya perlu dilakukan proses itu. Apa yang Zaila cerita ni ialah based on experience Zaila melahirkan Amirul Haziq di Hospital Universiti Kubang Kerian 4 tahun lalu..Pengalaman orang lain tak tahulah macamana kan..Rasanya Zaila boleh buat entry by entry tentang pengalaman bersalin kan?? hahaha!!

Tapi kalau ditakdirkan Zaila akan bersalin di hospital swasta *Columbia Asia Bukit Rimau perhaps*, kami sudah bersedia dari segi kewangan mahupon fizikal & mental. Sejak dari raya lagi husband sudah menabung untuk sikecil ini. Mana taknya, rasa macam nak beranak sulung pula sebab gap umur antara Ameera dengan si baby ni agak besar juga (dalam 2 tahun lebih) so kebanyakan baju-baju Haziq & Ameera kami sudah sedekahkan pada sedara mara di kampung..Moga-moga tahun depan rezeki mama & papa semakin bertambah *maklumlah kata orang, anak ni akan bawa karung rezekinya sendiri* so harap-harap tahun depan juga karung gaji mama & papa makin bertambah besarlah ya;) So di antara hospital swasta yang boleh dipertimbangkan adalah Klinik Bersalin Umra di Seksyen 13 (tapi agak jauh dengan rumah), Hospital SALAM di Seksyen 19 (pakej bersalin yang ditawarkan adalah RM1500 ngam-ngam dengan budget kompeni bagi), Klinik Bersalin Razif (depan Hospital Klang) & paling best adalah Hospital Columbia Asia Bukit Rimau yang hanya sekangkang kera dari ruamh Zaila *extra mark for Columbia Asia* tapi tak tahulah masa tu dah buka ke belum sebab sekarang ni pon masih tak beroperasi lagi;D

Panjang pula Zaila bercerita pasal hospital kan?? Memang penat menjadi orang zaman duit ni sebab apa-apa keputusan yang kita buat akan melibatkan duit..ok enough bout that, mari kita bercerita pula tentang apa habit Zaila semasa mengandung kali ni. Benda yang Zaila tak boleh nak halang adalah pertumbuhan kenaikan berat badan;D yang ni masa mengandung untuk Haziq & Ameera pon Zaila naik sampai 20kg sepanjang tempoh kehamilan..hehehe..hebat bukan?? Mana taknya, asyik makan aje kerjanya;D Kali ni pon sama jugak, selera ni memangjang aje..bagilah apa makanan pon, mesti Zaila akan makan dengan berselera sekali

Tapi kali ni, ada sesuatu yang mengganggu Zaila. Banyak hari dah Zaila sering sakit gigi, pastu rambut gugur dengan jayanya, sakit pinggang toksah ceritalah..Sekarang ni pon gigi (ke gusi ah) Zaila masih berdenyut-denyut..nak makan pon tak selera (kejap jelah)..Seb baiklah hubby bermurah hati masakkan bubur nasi untuk Zaila *huhuhuhu, dah jadik macam neneklah pula*
Doktor kata ini semua berpunca dari kekurangan kalsium, maklumlah bak kata orang tua, baby yang kat dalam perot tu tengah tarik segala kalsium & segala vitamin yang ada kat dalam diri ibu tu..hehehe Rasanya betul juga, ditambah pula faktor usia Zaila yang dah makin meningkat ni *eh baru 28 tahun* So penyelesaian yang terbaik adalah dengan menambahkan jumlah kalsium di dalam tubuh Zaila.

Selain pil yang doktor bagi, hubby juga belikan benda alah ini untuk Zaila dan juga anak-anak;-


Calciyum!! katanya ada 2 kali Kalsium kat dalam tu;D
susu segar of courselah peneman setia *seb baik dah boleh terima sedikit* & juga ikan bilis

Owh yang paling best, si dia ini;-
masih belum tahu jantinanya, tapi ikot firasat macam tema pink lagi;)

*marah hubby sebab dia nak anak laki*

Apa-apa pon, doakan moga Zaila & baby sihat-sihat selalu;)

8 ulasan:

amalina berkata...

mrh betul sy kalau org salahkan prmpn sbb jantina anaknya. tak tau ke llki yg bwk kromosom xx atau xy. tak tau ke rezeki tu tuhan yg tentukan, kita boleh usahan je. hoho~melepaskan tekanan emosi di sini lak.

Ami berkata...

congrats k.ila,tetinggal bus ami ni,jare berblogging lening.take care deh,tak dok cito2 nok beranok di kelante ko?hehhe nati bleh IC 03;p

mrs adam berkata...

saya bersalin 2x kat hospital kerajaan dua2 pun xde buku merah,diorang terima je..hospital putrajaya n ampang

Ernie Khairina berkata...

tahniah =)

Lady of Leisure berkata...

semangat lady baca hehe.. takpe zaila insyaAllah murah rezeki zaila n family.. lady doakan semuanya berjalan lancar.. :)

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

tahniah..take care

Zaila Mohamad berkata...

Ama, takpe..just abaikan aje orang2 yang macam tu..yang penting awak & baby dalam perot sihat;)

Ami, busy jago anok ko??hehehe..Haziq ic 03 doh, Ameera jah murtad sket sebab beranok di Selangor;D

mrs adam, ya ke?kalo macam tu ok r, leh zaila bersalin kat mana2 spital gov dengan senang hati

Zaila Mohamad berkata...

Ernie, thanks;-)

Lady, hahahaa..xde apa yang menarik pon, bebelan ibu mengandung yg hormonnya xstabil aje ni;D

Joy, thanks!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^