Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 11 Oktober 2010

Bila Sudah Berumahtangga, Bersedialah Menerima Tetamu

Ok seriously tajuk adalah sedikit kelakar..saje je nak bagitahu kat sini kalau bila kita dah kahwin & ada rumah, mesti ramai di antara kawan kita yang sibuk request nak datang bertandang kan??

Well, bagi Zaila memang dah biasa kalau teman-teman datang ke rumah & merasa masakan Zaila yang tak sedap tu. Kami juga memang akan saling membalas kunjungan juga so this week turn melawat ke rumah Along ataupon lebih dikenali sebagai Mummy Lyna yang tersohor di alam siber tu;D

Actually it's kind funny how Zaila & Along met..Bukan sebab dia seorang blogger juga tapi sebenarnya Along ini adalah kawan kepada kawan Zaila di Universiti. At first Zaila cuma tahu dia ada blog juga tapi tidak rapat dengan dia sehingga kami betul-betul serious dalam perhubungan *ayat tak boleh blah tu* sehingga berutus email lebih kurang 100 sehari (atau lebih)..Percaya tak?? Baik percaya aje;D Yang paling kelakarnya, kawan Zaila yang tak kenal batang hidung Along pon boleh menjadi rapat dengan dia disebabkan satu "rangkaian network yang biar kami sahaja yang tahu;D"

So yesterday, as planned before bertemulah kami (Zaila, Saymah & Along) di kediaman Along iaitu di TTDI. Tak susah untuk mencari rumah Along sebab awal-awal lagi kami sudah google & kami tiba tepat pada masanya iaitu lunch time!! Konon-konon tema potluck haritu adalah masakan kampung so sampai-sampai je sudah terhidang budu & ulaman di atas meja. *memang terliur ah* Zaila ada bawa kerabu jantung pisang *will blog about it tomorrow* & Saymah pula bawa puding triffle yang disalah erti menjadi trampolin*hahahaa,JK!!* and sudah semestinya tuan rumah menyediakan masakan istimewa dari Miri iaitu ayam lelapan yang lebih kurang sama dengan ayam penyet. Sadly, takde sorang pon yang teringat nak ambik gambar bukti so tiada apa yang boleh ditunjuk melainkan gambar di bawah ini. Itupon setelah kami ingin pulang ke rumah!! masing-masing malu agaknya

memang susah nak ambil gambar dengan kanak-kanak ribena ni;-)


suka gambar ni;) (tiada dalam gambar adalah Hafiy & Ijat)

See the power of friendship. Walaupon kami baru rapat dalam tahun ni rasanya seperti dah lama kenal;-) Nak-nak pula kami sekapal, memanglah mudah get along kan..Herm, kadang-kadang rase pelik, kenapa dengan orang yang kita jumpa hari-hari nak baik punyalah susah..ada sahaja yang tak kena di mata mereka..Opsss..

Apa-apa pon, Zaila memang hargai persahabatan ini. Moga ianya akan berkekalan sehingga ke anak cucu kita nanti. Rugi tak snap gambar anak-anak kami bermain. Macam-macam karenahnya, Si Haziq berebut mainan kereta dengan Ijat, while Fahry tidur aje sepanjang kami berada di sana, nak balik baru dia bangun..penat sangatlah tu..

Next time rumah Saymah pula;D

5 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

bestnya zaila... dengar budu dengan ulam2 tu tak tahan tul hehe

littlehumblelynn berkata...

sukernya kalo dpt jupe kwn2 dlm blog kan..

maya amir berkata...

zaila..betul laa.. kdg2 org yg dkt ngan kite belum tentu kite leh share mcm2 kan.. yg baru jumpe leh beramas mesra..mcm kwn2 kat blog..hehehe..bile nak jumpe kite plak?:)

~masalifah~ berkata...

panda2 je mung menjemput diri sendiri ke rumah saymah..hahaha

Tihara berkata...

wahh syiok nye together2 camni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^