Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 14 Oktober 2010

Kisah Shaggy Carpetku

Saje nak cerita pasal karpet yang Zaila baru beli ni. Shaggy carpet namanya. Zaila beli masa lepas raya haritu dekat Jalan TAR. Alaa, yang sebelah dengan pawagam Cineplax ke Cineleisure (lupa nama dia). Dapat harga RM180 & tak tahulah murah/ mahal sebab kitorang main beli je, tak survey-survey pon..Seb baik tak besar mana so bolehlah bawa balik naik kereta cabuk kami tu;D

one of the reason kami beli karpet tebal-tebal ni adalah sebagai penebat di atas lantai rumah kami. Pernah one day masa bulan puasa haritu Haziq jatuh tersembam atas lantai (benda ni berlaku begitu cepat sekali) & sedar-sedar ada satu benjol naik macam belon kat atas dahi Haziq. Memang panik gila ah Zaila masa tu memandangkan hubby tak ada kat rumah (terawih) so apa yang Zaila buat adalah berlari ke dapur & amik ais untuk dituam kat atas kepala Haziq..Serious tak tahu nak buat apa, masa tu Zaila call SIL & mak Zaila kat kampung minta cadangan apa yang harus dibuat!! Alhamdulillah, pas Zaila tuam je dengan ais, nampak benjol tu makin mengecik tapi Zaila & hubby masih juga risau, kot-kotlah ada luka dalaman yang kami tak nampak ke so bila huby balik, kami terus ke klinik terdekat (masa tu dalam pukul 10 malam so terus ke Poliklinik 24 jam ah). Seb baik doktor cakap tak ada apa-apa cuma doktor pesan kalau Haziq ada muntah-muntah & pitam, haaa yang tu kena cepat-cepat bawa ke hospital!!

Ok berbalik pada kisah karpet ni kan..Tak tahulah agaknya ni karpet jenis murah kot..Asyek tercabut aje bulunya (bulu ke ah), dah puas Zaila sapu tapi mesti akan ada yang tercabut nampak sangat barang muraha kan so bila check-check..patutlaaaaaahhhhh

kat tepi karpet ni dia macam biar macam tu aje, tak ada pon errr apa ah nak panggil?? kalo baju orang panggil yang jahit tepi tu..karpet ni lak takde jahit tepi jugak kot..isy tak retilah nak habaq tapi yang pasti sebab tulah bulu-bulu karpet tu selalu tercabut!!

hai, my name is shaggy!!

Actually Zaila bukan suka sangat hampar karpet kat rumah ni sebab bila memikirkan habuk-habuk yang bakal akan terkumpul di dalamnya..Tapi setelah dicongak dikira segala, maka kami belilah satu supaya anak-anak selesa bermain di atasnya. Alhamdulillah Haziq tak ada masalah sangat walaupon dia seorang pengidap athma sebab Zaila akan make sure dia tidak tidur atau baring lama-lama kat atas karpet ni. Pastu kalau every weekend nak kena jemur kat luar rumah..Hermm, pasni nak kena beli vacuum cleaner..maklumlah haritu rumah tak ada karpet kan..so sekarang kenalah beli..main sedut je..kan senang!!

4 ulasan:

AyuKirana berkata...

habuk mmg ada zai, mane2pn..tapi maintenance itu pnting :)..antaje g bsh kedai setahun skali, hehe...baru 30hinggit..

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

nuha plak eczema, doc suh buang karpet kalo ada.seb baik memang tak pakai karpet.beli tilam yang bijik2 tu, habuk tak terperangkap.

Nurhayati berkata...

cantik karpet.. sukakalernye.. cam umah yati takde pakai carpet sangat.. sbb pakai lantai kayu. (floor depot).. sian haziq jatuh yer..nanti umah pasang la kayu. kaki pun tak sejuk. :)

Tihara berkata...

color dia lawa laa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^