Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 15 Oktober 2010

Salam Jumaat Yang Gembira

Hati Zaila berbunga riang hari ni. Maklumlah semalam terbaca di blog ini . Tak sangka percubaan Zaila untuk mendapatkan buku ini berjaya juga siapa yang tak nak buku free kan hehehee..Lagipon syarat-syarat penyertaan adalah sangat mudah & tidak memerlukan kita memerah otak untuk membuat entri yang panjang-panjang!!

Owh tak sabar rasanya nak dapatkan buku ini memandangkan Zaila begitu teruja untuk menjana $$ dari rumah. Lepas ni anak sudah bertambah, haruslah Zaila pon menambahkan $$ kan??^__^

Selain itu, Zaila ingin mengumumkan tentang kewujudan satu lagi blog baru hasil perahan otak idea Zaila yang sangat suka menghias rumah (betul ke?). Actually blog ni dinamakan
"Hias Kediaman Anda" kerana segala isi blog ini nanti akan berkisar tentang info-info yang boleh kita berkongsi bersama dalam menata rias kediaman masing-masing.

Mungkin blog ini masih baru lagi & isinya juga tak banyak. Sebab itulah Zaila ingin menjemput kawan-kawan mahupon pembaca untuk bersama-sama memeriahkan lagi blog ini. Kawan-kawan bolehlah menghantar artikel mahupon gambar yang boleh dikongsi bersama ke alamat email Zaila di zailamohamad@yahoo.com

Di antara perancangan yang Zaila fikirkan adalah ingin menjemput beberapa blogger untuk berkongsi dengan pembaca tentang tips-tips yang mereka gunakan dalam menatarias kediaman, petua-petua yang berguna & macam-macam lagi. Doakan semoga kesihatan Zaila tidak akan menghalang Zaila dari merealisasikan impian Zaila untuk memajukan blog tersebut.

So kawan-kawan, bolehlah menjadi follower blog "Hias Kediaman Anda" dan jangan lupa untuk meletakkan link blog HKA di side bar blog masing-masing. Pada yang berminat untuk menghantar gambar-gambar kediaman mereka untuk dikongsi bersama, bolehlah emailkan gambar ke zailamohamad@yahoo.com & Zaila akan sediakan beberapa soalan untuk dijawab, tapi jangan risau segala maklumat peribadi akan dirahsiakan. So apa tunggu lagi, hias kediaman anda sekarang!!!

1 ulasan:

Tie HT berkata...

nanti jap nk g follow ek :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^