Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 10 November 2010

Bila anak jantan mahu ke Zoo Negara

Kalau nak tahu, esok (11/11/2010) anak jantan Zaila ada lawatan ke Zoo Negara. Isy, budak-budak sekarang, kecik-kecik dah boleh masuk sana sini kan. Zaila dulu umoq Tingkatan 1 baru jejak Zoo Negara tau;D Papa dia lagilaaaaaah TAK PERNAH!! Sila jangan gelak sebab en suami datang dari keluarga yang susah so memang takdak chancelah nak g lawatan ke Zoo Negara mahupon Zoo Negeri.

"Takpelah B, nanti mama belanje masuk Zoo k;)"

Actually Haziq pergi dengan rakan-rakan setaska dia yang lain. Memula tu macam resah jugak nak bagi Haziq pergi tapi memandangkan semua kawan-kawan Haziq dalam kelas tu pergi, so Zaila lepaskan aje..huhuhuu..Udah besar anak teruna Zaila sorang ni, rasa macam aje baru habis jaga Haziq masa kena Jaundice dulu;D

Macam biasalah, setiap ibu mesti akan risau tentang keselamatan anak mereka kan. Zaila pon samalah..Bukan apa, rasa macam Haziq tu kecik lagi, risau kot-kot dia terkencing ke, terberak ke, tak pon jatuh kena tolak ke, takpun kena tinggal ke (nau'zubillah), penat ke, lapar ke, dahaga ke..Pendek kata macam-macam lagilah yang berlegar di kepala otak Zaila ni..huhuhuu..tapi Zaila harus bersedia, lambat laun anak jantan Zaila ini akan bersekolah juga so seeloknya Haziq dibiasakan dengan perkara sebegini agar dia dapat bersosial dengan kawan-kawan mahupon cikgunya;-)

So moga Haziq bergembira melihat haiwan-haiwan di Zoo nanti;D
superman Haziq yang pakai seluar dalam kat luar cakap "peace"
peace lagik!!
dan peace lagik!!
ni beg yang Haziq akan bawa esok, Zaila dah bekalkan roti, air kotak, baju, tuala kecil, stokin, topi & kamera (yang ni bagi kat cikgu biar dia ambil gambar Haziq nanti)

ni Ameera si perampas (sebab rampas botol air abang Haziq)..sorry Naaa, esok mama beli botol air untuk Na yaaa, kaler pink gituuuuu;D

3 ulasan:

Unknown berkata...

salam zaila..lamanya tak jumpa kamu..ehmmm be tgh running..tggi pulak bayaran dia..kenalah trafik kaw-kaw..

Lady of Leisure berkata...

seluar dalam ka luar?? ehehe comell.. :D

Zaila Mohamad berkata...

Wsalam kak ina, sikit je tu kalau nak banding dengan kak ina punyaa;-)

Lady, Haziq memang macam tu, kelakar!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^