Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 7 November 2010

JJCM@JM Beriani

Cuti 3 hari sudah pon habis, kami takde ke mana-mana pon..Memang boring kalau asyik dok kat rumah je kan, anak-anak pon menggelupor nak ajak keluar walau sekadar cuci mata di pasaraya sahaja;D
So petang cuti Deepavali yang lepas, kami ke Tesco Shah Alam untuk jalan-jalan cari makan. Masa tu MIL ada sekali so bolehlah belanja dia makan kat luar padahal anak menantu ni malas nak masak. Oleh kerana bawa MIL, so haruslah makan nasi kan..takkan nak bagi MIL makan pizza pula kan, karang tak kenyang dia nanti;D

Pilihan yang ada kat situ of courselah JM Bariani yang menyediakan pelbagai pilihan menu nasi beriani. Actually ni kali kedua makan kat sini & komen Zaila adalah bolehlah makan cuma kalau ada pilihan nasi beriani lain for sure Zaila tak nak makan kat sini;D

Haziq nampak macam berselera je makan nasi beriani kosong while MIL makan nasi beriani ayam

Ameera banyak minum air dari makan!!

husband pula makan nasi beriani kambing

yours truly pula makan mee rebus Johor, rasanaya??~bolehlah telan tapi pasni pasti TAK NAK lagi;D

Isy, kalau cuti panjang ni mesti akan banyak keluar duit, maklumlah hari-hari mesti nak keluar, kalau keluar tu faham-faham jelah mesti akan habis duit juga ntok makan *takkan tak nak makan lak kan* so kena sabar jelah..huhuhuuu

Tak sabar nak balik kampung sempena raya haji ni..Rindu kat mak, ayah, lembu, itik serati, kuih muih, cholek, nasi kerabu samah..arghhh!! Semua nak makan;-)

3 ulasan:

mrs.spicy berkata...

ado lagi ko nasi kerabu samah kak ila? kg farah meme rm2 doh blako loni nasi kerabu ksong pon.

littlehumblelynn berkata...

zaila

kat JM BERIANI mana nih?lynn rajin g yg kat tesco ampang..ns beriani dia boleh tahan gak!!

zailamohamad berkata...

mrs spicy, dulu ado sapa loni lekat namo panggilan nasi kerabu samah, loni dio jual lape puluh sen plop..hehehe

lynn, kat tesco shah alam..rasanya ok tapi harganyaa...hehehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^