Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 22 November 2010

Pengkalan Kubur Syurga Membeli-Belah di Kelantan

Kalau balik kampung, tak sah rasanya kalau tak berkunjung ke Pengkalan Kubur. Bukan sebab di sini ada banyak kubur, tapi kat sini adalah merupakan salah satu syurga membeli-belah yang terdapat di Kelantan. Ditambah pula Zaila berkahwin dengan orang Tumpat, jarak perjalanan ke Pengkalan Kubur hanya mengambil masa tak sampai setengah jam pon so memanglah best sebab setiap kali balik kampung mesti suami akan mengajak ke sini. Namun hati-hati, jangan berkunjung pada musim cuti sekolah kerana automatik harga barang-barang di sini akan naik harga sekali ganda & kalau pelanggan tu datang dari negeri lain lagilah kena "katok" (kena tipu harga) sebab bagi mereka harga yang ditawarkan di sini adalah yang termurah jika nak dibandingkan dengan harga pasaran.

Di sini terdapat pelbagai pilihan pakaian yang didatangkan dari Thailand, jenama imitation untuk pakaian, handbag & kasut, pinggan mangkuk, periuk belanga, toto (bukan no. ekor ya) & makanan yang tersangatlah enaknya. Kalau datang ke sini, boleh naik rambang bijik mata ni memilih & kalau ada banyak duit semuanya kita boleh beli;D Zaila suka beli barangan dapur seperti set pinggan mangkuk, kuali, sudu & barangan kristal. Memang murah & berkualiti tinggi. Zaila pernah beli non stick pan jenama Tefal yang sederhana besar pada harga RM70++ sahaja. Zaila pernah bandingkan kuali yang sama di pasaraya Tesco & ternyata kuali yang dibeli di PK ni lagi tebal berbanding Tesco punya (pelik kan, sedangkan jenama sama & harga pon hampir-hampir sama).

Selain itu, Zaila suka juga beli pakaian anak-anak di sini. Sebut sahaja jenama apa, Ben-10, Polo, Princess, Ultraman, Spongebob, Upin Ipin, semuanya ada. Harga pon bolehlah tahan murah. Kalau baju tidur harga yang ditawarkan adalah RM10/pc (kalau pandai tawar-menawar & beli dalam kuantiti yang banyak) & baju seperti Ben-10 & dress Princess tu harga bermula dari RM18~RM28 bergantung kepada kedai yang kita kunjungi. Selalunya Zaila beli banyak-banyak untuk dijadikan pakaian harian anak-anak di nursery & setakat ini, memang teramat puas hati dengan kualitinya walaupon sudah dibasuh berkali-kali dengan menggunakan washing machine.

Kat PK ni juga terdapat banyak makanan yang diimport dari negara Thai. Jangan lupa untuk mencuba kerabu mangga atau dipanggil "som tam", air kelapa hitam (apa ntah nama dia lupa pula), makanan kering seperti sotong kering, ikan bilis goreng pelbagai perisa, kekacang, kelepek pisang sira & gula-gula celagi. Owh, sungguh sedap!! Lepas tu buah-buahan kat sini juga teramatlah murah & manis. Selalunya Zaila akan beli buah mangga, celagi manis (fav mak Zaila), delima & limau.

Pendek kata, kalau datang ke Kelantan, singgahlah ke PK ni. Takpon boleh juga berkunjung di Rantau Panjang yang lokasinya tak jauh dari PK ni. Tapi hati-hati juga dengan Kastam yang akan memeriksa belakang kereta anda. Selalunya barangan yang harga RM100 (kalau tak silap Zaila) akan dikenakan cukai, alah bukan banyak sangat pon, bergantung kepada harga barangan yang kita beli di dalam kawasan Zon Bebas Cukai tu;) Tapi ada orang tu cerdik, dia beli barang banyak-banyak & kemudian pakat keluar bimbit sikit-sikit sorang ikot pintu depan (hanya kenderaan je yang akan diperiksa so kalau pejalan kaki memang akan selamat dari Kastam) so ini adalah satu tips juga untuk mengelakkan cukai;D

Jom layan gambar;-

salah satu kedai yang menjual baju jersey
sini pula ada pelbagai pilihan toto, tilam thai, peralatan dapur & selimut..harganya teramatlah murah!!
sepanjang jalan ni ada buah-buahan & makanan kering
ni kedai pakaian yang berderet-deret di sini. Kalau nak cari handbag imitation boleh masuk kat dalam kedai

Dah tengok semua gambar-gambar ni mesti buat korang teruja kan?? Haaaa, kalau ada cuti nanti bolehlah bawa famili & anak beranak bercuti kat sini. Satu tips lagi, make sure bawa orang Kelantan juga untuk shopping bersama-sama untuk mengelakkan korang kena "katok" leh peniaga. Takpon, pandai-pandailah kecek Kelate & tawar menawar juga;)

Selamat Berkunjung ke Kelantan!!!

6 ulasan:

i3na berkata...

waa bestnya..
tapi kalau time panas harus letih kan..
tapi apapun PK mmg best sebab dah penah pegi tapi lama dulu..

yatie chomeyl berkata...

rindunyo nok shopping di kale kubur. jolo doh zaila, dopleh gi maso cuti skoloh, ba spenuh..jale jem..rego bare pong mahal po bedil

jane_doe3328 berkata...

errr zalia, somtam tuh kerabu betik weh. buke kerabu mangga :D

littlehumblelynn berkata...

tak pernah smp lagi ke PK nih..sokmo g kelate pun x rajin mari!!kena g gak nanti..

FaRah Baharom berkata...

rindunye nak gi PK..tahun nie tk berkesempatan balik kelate pun..:(
Kaalu balik tak sah la kalu tak gi..n jugak tak sah kalau tak membeli..:)

zailamohamad berkata...

i3na, memang cuaca sangat panas, tapi dek kerana gila shopping sanggup tu heret anak2 berjalan di sana..hehehe

yatie, memelah kam..kalu asal cuti sekolah jah segala2nya berubah, serba bare naik harga & makane pon cepat habis;D

jane, eh eh silap tulihla;D

Lynn, silalah pergi & bawa duit banyak2

Farah, best kam g PK ni;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^