Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 24 Januari 2011

Bebelan Mak Buyong (Lagi)

Assalamualaikum semua..

Agak lama juga Zaila menyepikan diri..Bukan masih 'berkabung' dengan kematian arwah tapi diri sendiri yang tiba-tiba jatuh sakit. Bukan sehari dua tapi masuk hari ni sudah lebih seminggu batuk-batuk & membuatkan badan begitu lemah & tak dapat ke pejabat meneruskan kerja. Bermula hari sabtu lepas (15/01/2011) badan dah rasa macam xlarat..seram sejuk aje, agaknya mungkin juga berpunca dari cuaca & berjangkit dari anak-anak so Zaila ke Klinik berdekatan dengan rumah untuk mendapatkan ubat. Doktor hanya bagi ubat demam, selsema, sakit tekak & ubat batuk. Itupon hanya minum pada waktu malam sebab doktor takut akan menjejaskan bayi dalam kandungan ni.

Hari Isnin badan Zaila sudah tidak demam lagi cuma masih berbaki dengan batuk berkahak. Malam-malam memang tak boleh tidur kerana batuk. Tambahan pula masa tu anak-anak pun tidak sihat juga, asal malam hari je badan Haziq & Husna akan panas & terpaksalah Zaila masukkan ubat melalui bontot. Tidur pon tidur-tidur ayam aje sebab risaukan keadaan mereka & at the same time Zaila sendiri batuk-batuk. Asal batuk mestilah didatangi dengan pakej terkencing sekali. Bila difikir-fikir memang horror sangat-sangat sampaikan termimpi akan terberanak takpon mimpi-mimpi yang mengarut. Sampaikan Selasa (18/01/2011) kami beramai-ramai memeriahkan Klinik Dr Nora & Alhamdulillah en suami cuti haritu. Itupon setelah dipaksa oleh Zaila. Plan awalnya nak sambut harijadi en suami tapi sudahnya kami meghadiahkan en suami dengan hari sakit beramai-ramai;D Kesian en suami, takde pon candlelight dinner, takde pon surprise birthday party & paling sedih takde pon hadiah dari kami;(

Walaupon cuti haritu, tapi en suami & Zaila xduduk diam, lepas jumpa doktor kami hantar anak-anak ke nursery kerana Zaila ingin mengajak en suami temankan Zaila buat booking check up untuk bersalin pula. Lepas termenung panjang & congak hitung kira jari tangan kaki semua, Zaila rasa kali ni nak bersalin di hospital swasta pula. Bukan tak suka hospital kerajaan cuma saje anak ke 3 ni nak beralih arah memandangkan kompeni ada cover sedikit dari kos bersalin so rasa rugi kalau tak gunakannya!! Itupon kena cukup berhati-hati dalam memilih hospital kerana taknaklah berhabis sampai puluh2 ribu untuk sekali bersalin kerana lepas ni pasti en suami tak bagi bersalin di hospital swasta lagi;D

Kami dah sebulat hati untuk memilih SALAM sebagai hospital pilihan memandangkan kos bersalin di situ dalam budget kami & lokasi pon dekat aje dengan kediaman. Haritu berkenan juga dengan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau yang paling dekat kediaman cuma Zaila tak berkenan dengan gynae kat situ yang keduanya pon bukan orang Islam. Bukan keselesaan yang dicari tapi kalau boleh biarlah yang mengikut syarak & sementelah lagi kita ada kuasa untuk memilih so semestinya Zaila akan pilih yang halalan wa toyyiban;) Selain itu, ada juga kawan sepejabat yang mencadangkan Pusat Perubatan Umra di Seksyen 13 yang menawarkan kos yang jauh lebih murah tapi en suami pula yang tak berkenan memandangkan agak jauh dari kediaman kami. Ada juga beberapa hospital swasta yang lain seperti DEMC, Sentosa & Klinik Bersalin Razif di Klang tapi semua tu kami tolak dek kerana faktor lokasi juga. Sudahnya ke SALAM & Alhamdulillah gynae yang bertugas adalah Dr Siti Mariam yang sangat baik & lemah lembut orangnya.

Haritu Zaila merupakan orang pertama yang mendaftarkan diri. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Dr. ada menjalankan scan 4D untuk melihat keadaan baby & bila diperiksa rupanya air ketuban adalah sedikit kurang & Dr terus buat test ke atas baby & syukur juga kerana baby sihat cuma mama dia yang kena lebihkan minum air masak nanti untuk mengelakkan perkara yang tak diingini dari berlaku *mohon dijauhkan Allah* So next check up adalah pada 8hb Februari ini & mmoga-moga Zaila sudah completely sembuh dr segala penyakit & cukup bertenaga untuk menempuhi hari-hari yang mendatang!!

Esoknya Zaila masuk bekerja namun terpaksa ambil half day kerana keadaan badan yang tak mengizinkan. Maklumlah kedaan di pejabat yang sejuk membuatkan Zaila asyik batuk & sudahnya berulang alik hampir 10 kali ke toilet untuk buang kahak takpun buang air kecil. Memang memenatkan!! Naseb baiklah bos faham & tatkala Zaila sms untuk beritahu yang Zaila half day bos membalas dengan jawapan "ok"..Tak pernah-pernah dia balas sms Zaila tapi kali ni agaknya berbaik hati untuk menghabiskan credit telefon dia kot;D Keesokan harinya pula Zaila terpaksa ambil cuti lagi walaupon kompeni Zaila mengisytiharkan hari bekerja (walaupon cuti Thaipusam) kerana menggantikan cuti hari raya nanti. Zaila terpaksa cuti sebab tak ada orang yang nak jaga anak-anak memandangkan nursery kami tutup & inilah akibatnya bila laki bini bekerja satu kompeni..so salah sorang harus berkorban & ternyata Zaila lah yang jadi mangsa memandangkan Zaila bukan orang penting yang menggerakkan syarikat;D *tapi Zaila suka je*

Hari Jumaat pula sempat masuk office sekejap sahaja. Batuk Zaila makin menjadi-jadi sampaikan salah seorang engineer department Zaila menasihatkan Zaila ambil mc & berehat di rumah aje. Agaknya kesian melihat ibu mengandung yang batuk macam nak terkeluar anak tekak dek kerana kahak yang takde tu so Zaila ke klinik sekali lagi untuk ambil mc. Hai, Dr pon sampai sudah kenal muka ni & tanpa tanya panjang lebar dia bagi aje mc sebab dah tahu dalam keadaan macam ni Zaila tak boleh melakukan kerja juga kan. Kebetulan masa ni MIL ada di rumah so bolehlah Zaila temankan MIL layan TV bertemankan suara menantu yang batuk terkecing-kencing ni;D

Rasanya batuk Zaila ni makin mengganas pula. Sudahlah malam hari tak boleh tidur, kain sarung toksah ceritalah berapa kali sehari tukar dek kerana terkencing. Rasa macam nak tidur dalam toilet aje so that takyah nak berkejar-kejar masuk toilet tatkala batuk..Panty liner tu dah xjalan dah, agaknya nak kena pakai pampers dewasa lah pula agaknya!! Naseb baiklah masa hantar MIL ke LCCT sabtu lepas pundi kencing tak buat hal dengan terkencing depan orang ramai..Tupon setelah Zaila telan ubat, hisap Strepsils perisa lemon+madu & letak vicks banyak-banyak tak nak bagi anak tekak ni gatal untuk batuk..ya Allah azabnya ku rasaaaaaa...kembalikanlah kesihatanku ya Allah..

Hari ni (Isnin) pun masih tak bekerja lagi kerana Zaila rasa kalau ke office pon kesudahan nanti mesti akan balik berehat di rumah juga. Kesemua jenis ubat / antibiotik pon Zaila dah habiskan, amalkan minum madu bersama lemonlah, pendek kata macam-macam nak hilangkan batuk yang takde kahak ni. Rasanya sampai sakit belakang untuk melepaskan batuk..Ya Allah, kau ampunilah dosa hambamu ini..Kata orang, kalau kita sakit bermakna Allah sayangkan kita..Allah nak hapuskan segala dosa kita so Zaila redha dengan dugaan yang Maha hebat di awal tahun ini. Moga Zaila tabah menghadapinya..

Buat kawan-kawan / pembaca semua, maafkan andai Zaila ada buat salah & silap & doakan moga Zaila & baby akan cepat-cepat sembuh & menikmati kehidupan seperti biasa. Barang-barang keperluan baby satu pon tak sedia lagi & Zaila berharap sangat janganlah baby keluar pada saat-saat ini..Berilah masa untuk mama sediakan segala keperluan dulu, sediakan sebuah bilik yang lengkap dengan keperluan baby, sediakan hot shower kat toilet bawah supaya senang nanti mama nak mandikan baby & tak lupa juga persiapan untuk berpantang..Arghh, banyaknya benda nak kena settlekan lepas tu pula sikitnya masa yang bersisa;(

Zaila nak gesa-gesa en suami untuk beli barang baby pon rasa macam tak sampai hati je..Nampak sangat dia penat, penat dengan keja toksah ceritalah, even hari cuti pon bertalu-talu call masuk dari production..Pendek kata tak pernah putus orang cari walaupon sudah tahu en suami bercuti hari tu. Nak marah pon dah tak koser dah pasal tahu yang en suami memang seorang yang komited dengan kerja, even kalo dia dapat mc pon dia sanggup lagi masuk office untuk menyetelkan kerja dia tu. Moga Allah kurniakan kesihatan & kudrat yang berterusan buat en suami untuk mencari nafkah & menjaga kami anak beranak..Aminn..

Isy, panjang pula bebelan mak buyong kali ni ya..Kalo haritu sebok nak shopping baju mengandung kan, haaaa kali ni amikkk..benda yang penting tak setel-setel lagi..Beg baby, baju baby, persiapan pantang, supplement masa pantang..semua tu tak dibeli lagi..aduusssss, sudahler hujung minggu ni ada jualan di Subang Parade, minggu depan pula nak balik kampung (insya allah) & badan pula entah bilalah nak sihat & bertenaga ni..Rasa macam nak sambung balik minum Intra. Dalam pada tu, risau juga kot-kot nanti baby yang akan keluar ni kena jaudice sebab ikotkan pengalaman bersalinkan Haziq dulu, Haziq kena jaundice so Zaila assume kali ni (baby boy) risau kot-kot akan kena juga..huhuhuhu..Macam-macamlah nak fikir ni!!!

Oklah..stop kat sini dulu (walaupon agak tergantung)..Sambung bila emosi stabil pula!!

1 ulasan:

linahilmin berkata...

ohh.. dah booking ye.
brp ye charge utk normal & caeser?

ok lah kan, comp ada cover sket, masa ni lah nak gunakan... comp hubby i dukut! semua pun byr sendrik! huk huk!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^