Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 19 Februari 2011

Parent's Day @Genius Aulad Kota Kemuning

Salam hujung minggu semua,

Pagi tadi ada Parent's Day di sekolah Haziq so pagi-pagi lagi suruh anak-anak mandi & bersiap. Lepas tu terus je keluar bersarapan makan roti canai..then zaaass terus ke Kota Kemuning. Memandangkan Haziq ni budak 5 tahun so waktu yang ditetapkan untuk berjumpa dengan teacher adalah bermula pada pukul 10.30 pagi. Nasib baiklah bila kami tiba je di sana masih tidak ramai lagi parents yang ada. Owh, mama agak semput pasal kena panjat naik tingkat 2..Alahai..boleh bayangkan macamana keadaan Haziq hari-hari naik turun tangga..Patutlah anak jantan aku tidur awal je tiap malam sejak bersekolah ni;)


Di Genius Aulad Kota Kemuning ni, Amirul ditempatkan di kelas 5 Zheng He sekali dengan best friend dia yang kat Taska tu. Ada Aiman, Tasnim & Ain so rasanya sebab itulah Haziq begitu bersemangat untuk ke sekolah setiap hari;) His classroom teacher pula namanya Teacher Lili & bila berjumpa dengan teacher, kami telah diberitahu tentang perkembangan Haziq dalam kelasnya. Nampak gaya Haziq ni terlalu bergantung dengan kawannya Aiman & Tasnim. Teacher Lili cakap, kalau setiap kali dia beri arahan, Haziq akan menunggu Aiman untuk menunjukkan cara kepadanya. Kalau tak ada Aiman, pasti Tasnim yang akan membantu!!


Nampak sangat Amirul Haziq ni agak kurang berkeyakinan dalam kelas, pemalu & takut untuk menonjol ke hadapan. Kami memang tak salahkan Haziq memandangkan Zaila & en suami pun tahu perangai Haziq so sebab itulah Zaila hantar dia bersekolah di sini memandangkan kami mahu Amirul lebih berdikari & percaya kepada keupayaan diri sendiri. Mungkin terlalu awal untuk menghukum Haziq memandangkan dia sendiri pun masih baru dengan situasi di sana so apa yang Zaila boleh Zaila pesan pada teacher Lili adalah supaya memisahkan antara Haziq & Aiman so that Haziq tidak terlalu bergantung pada Aiman. Lepas tu, Haziq ni nak kena slow talk elok-elok cakap yang dia sebenarnya boleh buat cuma takut-takut untuk melakukan kesilapan aje so jangan takut untuk mencuba!!


Dalam kelas reading & Iqra' pun sama, walaupun teacher akan panggil secara individu untuk baca depan teacher, Amirul Haziq masih malu-malu untuk baca kuat-kuat walaupun sebenarnya dia agak cepat "tangkap" dalam kelas. Teacher dia pun akui yang Haziq agak mendahului dalam bacaan Iqra. Mungkin disebabkan setiap hari selepas je Zaila solat Maghrib, Zaila akan ajak dia untuk sama-sama baca Iqra' depan Zaila. Alhamdulillah, Haziq memang suka bila kita ajak membaca cuma kadang-kadang tu agak sedikit tidak sabar untuk baca muka surat yang kemudiannya;D


Secara jujur, kami sudah berpuas hati dengan pencapaian Haziq di sekolah. Walaupun dia agak malu-malu & senyap, tapi kami bangga dengan Haziq. Tak dapat dinafikan yang Haziq jadi macam tupon sebab ianya "datang" dari kami juga. Zaila & en suami sendiri merupakan seorang yang pemalu & tidak menonjol di dalam kelas ke tempat keje?? & kami akui memang itu kelemahan kami. Bukan nak salahkan mak ayah kami yang tak hantar ke sekolah mahal-mahal, bukan nak salahkan kami yang dilahirkan sebagai seorang anak petani / nelayan tapi mungkin keadaan sekeliling kami semasa kami membesar dulu membuatkan kami begitu pasif & malu untuk menunjukkan kelebihan yang kami ada. Tapi sekarang, Alhamdulillah Zaila & en suami rasa kami sudah dapat lari dari zaman "down" kami. Walau masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, kami rasa kami bersyukur dengan setiap pencapaian yang kami ada sekarang ini;-) *sujud syukur*


Harapan kami, semoga Amirul Haziq dapat menjadi seorang pemimpin yang bijak (seperti maksud namanya). Insya Allah, lepas je habis belajar di GA, mama & papa ingin daftarkan Haziq di sekolah rendah Ibnu Khaldun yang terletak tak jauh dari rumah Zaila juga. Insya Allah..Moga dipermudahkan segala urusan..


Apabila mati seseorang anak Adam, maka ada 3 perkara yang dapat membantunya di alam barzakh:

1) anak yang soleh

2) amal jariahnya

3) ilmu yang ditinggalkan


Bila dah besar nanti boleh sambung belajar di sekolah agama depan rumah Tok Ayah. Mesti Haziq seronok boleh duduk dengan Tok Ayah (moga dipanjangkan umur Tok Ayah)..hehehe..Berangannya mama ni..Actually tak kisahlah Haziq nak sekolah kat mana, yang penting Haziq pandai bawa diri, kena sentiasa ingat ALLAH, mama & papa & juga asal usul kita. Insya Allah, Haziq akan berjaya dunia akhirat..


Rasanya dah melalut panjang sampai ke mana dah ni kan..Asalnya nak cerita pasal Parent's Day tu tapi last-last dah lupa apa yang nak diceritakan..Takperlah, insya ALLAH, Zaila akan bercerita lagi perkembangan Haziq di sekolah nanti. Herm..lepas je keluar dari sekolah Haziq, mama request nak ke IKEA jalan-jalan carik pasal & naseb baiklah mood en suami ok so off we go to go Kota Damansara pula!! Sampai sana memang tak ramai orang & sempatlah tawaf satu IKEA cuci-cuci mata. Dalam cuci mata tu sempat juga merembat cadar baby coat *xsabar nak pasang katil baby* & beberapa barang dapur..Kan Zaila cakap, IKEA memang berhantu;D


Lepas tu terus balik Shah Alam & sempat lagi en suami singgah ke office sekejap *saja nak tunjuk yang en suami ni gila banyak keje* & bila sampai rumah lepas je solat Asar, kami keluar lagi ke Pasar Tani Kota Kemuning beli lauk pauk. Rasa macam dah lama tak masak & memandangkan peti ais pun dah kosong, haruslah ke sana cari stok kan!! Lagipon kat situ ikan, ayam & sayur-sayur semua terbaik dari ladang!!

So menu kami malam tadi adalah;-


sayur campur, ikan selar goreng kunyit & budu!!

Lamanya tak makan budu & memang bertambah-tambahlah Zaila makan. Lagipun hari ni kami anak beranak tak makan nasi lagi sebab pagi tadi makan roti canai, tengahari berhenti stesen minyak Petronas beli hot dog 1901 & sampai IKEA p bantai hot dog sampai 3 keping..Haruslah kebulur haritu kan;D

Oklah, nak kongsi resepi sayur campur Zaila yang memang sedap hingga menjilat sudu ni;-

Bahan-bahan:-

Isi ayam yang dipotong kecil2, bawang putih & merah (diketuk), cendawan shitake yang fresh tu, kacang buncis, bunga kobis, carrot, kailan, cili merah, garam, serbuk perasa atau chicken stok yang serbuk tu, sos tiram, air + tepung jagung

Cara-cara:-

Campak je isi ayam dalam minyak panas, masukkan bawang merah, bawang putih, cendawan shitake, batang kailan, carrot, kacang buncis, bunga kobis. Kemudian masukkan sos tiram, chicken stok & daun kailan. Last sekali masukkan air tepung jagung untuk kasik kuah jadi pekat sedikit. Siap untuk dihidangkan!!

Senang kan?? Selamat Mencuba!!

5 ulasan:

maya amir berkata...

zaila..biarlaa die pemalu tapi die cpt tangkap ape cikgu die ajor..lebih baik begitu:))

Lady of Leisure berkata...

hehe budu ni kalau nak makan ikan mana boleh tinggal, sedap kan.. :)

CeqGu berkata...

cuba zaila puji suara haziq tiap kali mengaji...bgtau kat dia...lagi kuat dia baca..lagi sedap suara haziq...budak2 mmg suka dipuji...setakat ni saya guna pendekatan puji melambung utk murid2 yg pemalu...murid yg sengau dan pelat pun berubah lebih yakin diri utk bersuara bila selalu dipuji...try ler..kot2 menjadi

CeqGu berkata...

try zaila guna kaedah puji melambung plak..mana tau kot kot ada perubahan...cth :puji suara haziq sedap...lemak merdu...suka mama dengar...lagi kuat lagiiii sedap...hehe

murid2 saya memang saya guna kaedah tu baru la yakin diri nak bersuara...bayangkan murid pelat dan sengau pun dari tak nak bercakap tiba2 berani mengeluarkan suara bila dipuji melambung...try ler mana tau berkesan jugak kat haziq

Zaila Mohamad berkata...

Maya, betul juga tapi kalo boleh tak naklah dia terlalu senyap sampai cikgu pon tegur keadaan dia

Lady, betul tu..makan budu dengan ikan bakar cicah ulam memang best!!

cikgu, thanks for the tip..memang selalu juga puji melambung Haziq ni..lagipon terlalu awal untuk buat penilaian ke atas dia..kena tunggu next Parent's day pula, baru boleh tgk macamana keadaan dia di sekolah nanti

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^