Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 20 Mei 2011

Kenapa Cerita Nora Elena Best??

Dah lama Zaila tak layan slot Akasia ni. Bukan apa, masa awal-awal pantang dulu ceritanya tak best (entah apa dah tajuknya & pelakon pun macam kureng je) tapi bila Zaila dah nak masuk kerja ni, tetiba tertengok iklan slot Akasia baru yang bertajuk Nora Elena. Pastu nak pula keluar muka Aaron Aziz kekasih lama tu, terus cakap dalam hati "eh, aku kena tengok ni".

Naseb baiklah waktu siaran slot Akasia ni dah bertukar ke pukul 7 malam so sempatlah nak menengoknya setiapkali balik kerja. Tapi macam biasalah Zaila ni, kalau balik kerja tu mana boleh terus duduk mengadap TV selagi tak selesaikan apa-apa yang patut untuk anak-anak. Selalunya kena buatkan susu & paling ringkas pun akan goreng keropok untuk santapan mama mereka. Eh tapi takpe..sambil-sambil buat kerja pun boleh je tengok....Kata multitasker;)

Cerita Nora Elena ni katanya adalah adaptasi dari sebuah novel tulisan Meen Zulaikha. Hermm, Zaila ni bukannya pencinta novel, kalau nak habiskan sebuah novel tu liat sangat-sangat, suka bertanya orang je dari membaca keseluruhan novel tu..Hahahaha..Pemalas bukan?? So pada sesiapa yang dah baca novel ni mesti dah boleh agak apa kesudahan cerita ni kan??

Tapi kan, tak kisahlah kalau cerita ni adaptasi novel ke apa ke..yang pasti ianya mesti best sebab ada Aaron Aziz kekasih lama yang memegang watak Seth Tan & juga Siti Saleha sebagai Nora Elena. Sudahlah dua-dua pelakon ni hensem & cantik..Tak sabar rasanya nak tengok kesudahannya!!

2 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

ore pon tgk jugop cito ni..download hehe

aiezza.sue berkata...

samalah kite ponnn,tekejar2..sambil layan peel anak sambil jeling2 citer ni :D

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^