Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 17 Jun 2011

Berakhirnya Demam Nora Elena

gambar hiasan budak debab comel tido dalam car seat;)



Semalam episod last Nora Elena. Memang giler ah virus cerita Nora Elena ni. Rata-rata dah tak sabar nak tengok episod last camne..Nak-nak bila Zaila terbaca kat Oh!Bulan yang mengatakan si Nora ni meninggal..Cuak..Cuak..Walaupun dalam novel tu happy ending tapi takut juga kan..


Petang tu, tepat je 5.30 petang terus pecut balik ambik anak-anak. Haiii, seb baiklah en suami outstation..takderlah dia nampak sangat kesungguhan bini dia nak balik kejar tengok citer Nora Elena tu. Seb baik on the way tu anak-anak tak buat hal minta macam-macam..Kalo tak boleh menjejaskan kosentrasi juga tau;P


Tapi sampai je kat rumah frust sesangat sebab tengok decoder Astro rumah dah kena cabut oleh pekerja Indon yang tengah repair rumah..Huhuhuhu..memang frust menonggeng ah!! Seb baik ada facebook & Tonton kat TV3 tu..Sempatlah juga layan episod last ni tapi tak syok jugalah bila layan kat pc, dengan view yang kecik cinonetnya pastu ngan gangguan pencemaran bunyi dari kanak-kanak riang ni lagi..Huhuhuhu..Tapi dek kerana nak tahu juga endingnya, layankan aje;P


Alhamdulillah..akhirnya berakhir juga siri "berhantu" yang bisa membuatkan para isteri & wanita kat luar sana terpukau dengan kehenseman Seth tu..Para suami bolehlah tarik nafas lega sebab dah tak payah nak cemburu dengan Seth & paling best takde dah nak dengar sindiran-sindiran sinis dari para isteri tu;P


Seb baiklah Zaila ni jenis berpijak di alam yang nyata. Takderlah nak perli-perli atau gesa en suami belikan bunga hari-hari..Eh kalau dia belikan pon, memang buang tebiatlah kan?? So bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah, malam tadi en suami selamat sampai dari Labuan. Actually sepatutnya balik Sabtu ni tapi dah keje kat sana siap awal so bolehlah balik awal kan..Buat apa nak duduk lama-lama kan, kan bini seksi setia menunggu kat rumah ni;)


Lepas ni entah ada lagi ke rancangan adaptasi novel sehebat Nora Elena ni??

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^