Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 16 Ogos 2011

Baby Zaman Sekarang

Hi semua!! Nama saya Ashraf Hariz..Hari ni saya saje je nak ambil slot numpang glemer kat blog mama saya..Asyik mama je yang nak gelemer, Ashraf pon nak juga merasa gelemer kan;P

Mama suka panggil saya Ashraf bam bam, sudahlah cikgu kat nurseri panggil saya Ashraf bobot..Hasiyyyy, macam-macam panggilan diorang bagi kat saya..mentang-mentanglah muka saya tembam, hidung tak mancung pipi terlebih-lebih..diorang panggil saya macam tu..Haisyyyy..Seb baik saya ni jenis ok, tak ambil hati dengan diorang;)

Kalau nak tahu, hobi baru saya ialah melayari internet. Sebenarnya sejak dalam perut mama lagi saya dah suka surf internet sebab masa dekat-dekat saya nak keluar, mama selalu je amik MC, lepas tu nak menghilangkan bosan mama buka facebook chatting ngan member-member mama. Haaaaa, sejak situlah saya suka tengok facebook. Ramai awek cantik pon ada;P Mama pun kadang-kadang ada juga upload gambar saya kat situ & ramai untie-untie yang puji saya chomel..Hehehe..Ferasan saya jap;)

Mama tinggalkan saya dengan notebook atas sofa pun saya tak kisah..tengah khusyuk tag gambar ni

herm, nak tulis apa ya status hari ni..owh ya, hari ni saya demam..


fuyooooo, awek cun ah!!


Oklah, mama tak bagi saya menulis lagi..Dia takut saya cakap perangai buruk dia..hehehehe


oklah, babai semua..muahhhhssss *cium sambil air liur menjejes keluar*

6 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

auuuchh habis sloppy air liur Hariz meleleh leleh kat pipi aunty hehe

Nurhayati berkata...

hihihi comel la entry ni.
yer Ashraf sila conquer blog mama ni lebih sket.
aunty nak Ashraf bobot!!!!

Lynn Abd Latib berkata...

nanti kita add awak dlm FB ok..awak jangan notti2 tau..nanti mama babap :)

Tie HT berkata...

comey nye bam bam ni.. kemain lagi dia kusyuk ngan tenet iye :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

alalalala..comey gilerrrr asyraf dgn lappynye tuh..rasa nak chium2 jek..ehehehehe

Lady of Leisure berkata...

comelnya hehehe.. sangat2 comel.. handsome boy!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^