Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 10 Ogos 2011

Mana Aku Nak Campak 2 Ekor ni??

Aku tiapkali nak balik kampung mestilah dok risaukan 2 ekor anak dara aku ni. Yerlah, bela diorang sejak diorang kecil lagi sampailah dah besar panjang, rasa macam diorang ni sebahagian dari keluarga aku dah kekdahnya;P

Haisy, macamana eh nak buat?? Aku buntu ni..Aku berkemungkinan balik seminggu bercuti raya nanti..Takkanlah nak angkut diorang sekali kan?? Sudahlah kereta kami kecik penuh, lagi nak tambah beban bawak 2 menatang yang tak reti nak control berak kencing ni..Mahu ada yang meroyan nak kereta besar baru karang *eh tetiba*

Lepas tu kalaulah kami berjaya bawa balik 2 ekor ni, bolehkah diorang survive kehidupan kampung yang tanahnya almost every time dipenuhi tahi itik serati mahupun selut "cha" bilamana hujan?? Aku teringat masa aku sekolah habis Form 5 dulu, aku & Kak Na bawalah balik kucing kami bela (kucing ni Kak Na beli di SPCA kat Ampang tu) lepas tu boleh dia jadik culture shock dengan suasana kampung, tak nak turun rumah, terperuk dalam bilik sampai berak kencing pun atas katil aku=____=

Aku takut kembar 2 ekor pon macam tu juga..Huhuhu..Pastu kalau aku bawak balik pon, konpemlah Mak Limah tak suka sebab mak aku ni memang anti ngan kucing, Mahu dihalaunya kucing aku ni kalau memberak merata kat dalam rumah dia;P

Haritu masa aku balik kampung 2,3 hari bolehlah aku tinggal je diorang kat rumah dengan bekalan makanan yang bertimbun, tang membuang tu aku tak risau sangat sebab diorang memang jenis membuang dalam toilet tapi bila masuk rumah tu, memang semerbak ah baunya;P Tapi kali ni rasa macam kesian plak nak tinggal lama-lama sebab risau diorang akan lari ikut jantan lain..Huhuhuhu..Sudahlah tengah HOT sekarang ni, ada sahaja bapak jantan yang datang mengorat mahupon jeling-jeling manja (tapi semua aku reject sebab muka tahap huduh tak malu nak ngorat kucing aku yang lawa tu)

Sekarang ni aku berkira macam nak tinggalkan diorang kat Petshop/pet hotel yang boleh menerima kehadiran 2 ekor ni. Tapi, konpem ada caj kena bayar kan?? Ada sesiapa ada pengalaman tak?? Kalau hantar SPCA kena bayar juga ke?? Kalau makanan kita yang bagi sendiri pun kena bayar juga ke?? HUhuhuhu..

Ke tak deke somebody yang bermurah hati nak ambil diorang ni jadik kucing angkat sementara?? Syok jaga kembar 2 ekor ni, pagi-pagi dah naik geram angin sebab tengok aksi diorang yang "galak" main kejar-kejar rosakkan barang dalam rumah aku ni..Diorang ni senang je nak jaga, asyik membuta je kalau perut kenyang;P

Aku sekarang panggil si Kiki stokin pendek & si Lala stokin panjang. Yerlah, kalau perhati betul-betul Kiki ada sikit je bulu putih kat kaki so panggillah stokin pendek, yang si Lala ni ada bulu putih sepanjang kaki dia macam pakai stokin putih gitu;P

cak!! Tolonglah jaga kami sementara tuan kami balik bercuti sakan di kampung;P


Moga adalah penyelesaian untuk mereka nanti..Aminnn..

1 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

kena hantar g SPCA ler..mmg ada caj rasanya..rasanya kena ctc diorg utk tanya cajnya

lyn lak anak kecik alah kucing..tp sgt suka dgn kucing sbnrnya..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^