Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 28 September 2011

First Time Blog Kena Serangan Virus

Haritu ada terima sms dari Kak Kasihredha berbunyi;-

"Salam Zaila, thanks 4 jemputan. Hari sabtu akak kerja n mlm pula ada mkn2 kat rmh abg akak. Akak dah lama tak boleh masuk blog zaila sb ada warning malware...sedih sangat...Kasihredha"

OooooooOOooo..terjawab sudah persoalanku..selama ni selalu tertanya-tanya kenapalah kak Kasihredha lama tak tinggalkan komen di blog aku..Rupa-rupanya..blog aku telah diancam serangan virus Malware..Huhuhuhu..Sepanjang berblogging, selalu juga baca entry blogger-blogger terkenal pasal virus-virus ni tapi tak pernah aku nak ambil fedulik pon..Maklumlah konpem-konpem blog aku tak akan kena sebab al maklumlah blog aku ni blog picisan sajork *uhuk uhuk batuk*

Tapi lepas dapat sms dari kak Kasihredha, mulalah aku cuak..apa yang harus aku buatkan??

Alkisahnya semalam aku terbaca status facebook blogger tersohor juga iaitu Kak Ina KL & adalah diorang duk bercerita pasal blog kena virus merah (Malware) & baru aku tahu yang kalau blog kita kena jangkitan virus ni, haruslah delete blog list yang ada sebab *aku rasalah* mungkin blog-blog dalam blog list kita tu ada yang dah dijangkiti so automatik bila orang lain nak view blog kita, kita terjebak sama kan..

So cepat-cepatlah aku g Dashboard blogger & delete semua blog list aku (kalau korang perasan mana ada dah blog list dalam blog aku ni) & Alhamdulillah, malam tadi akak Kasihredha dah boleh masuk komen di sini;-)

Pada sesiapa yang dilanda masalah yang sama, cer cuba buat apa yang aku buat ni..tengok hasilnya nanti..berjaya ke idak??
nyah ko virus-virus jahat dari blog aku yang cantik ni

Buat masa sekarang, no more blog list di blog aku tapi korang jangan risau..aku dah follow siap-siap blog korang & ada juga blog yang aku takleh follow sebab aku tak jumpa butang follow this blog kat mana..hahahaa..Insha Allah, bila dah reda kembali..aku akan pelan-pelan masukkan blog korang..

Akhir sekali, tima kasih pada mereka yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni..Aku pon tak sangka selama 2 tahun berblogging, aku dah kenal ramai kawan yang betul-betul ikhlas nak berkawan dengan aku..Alhamdulillah *lap air mata* moga ukhwah yang terjalin ni kekal sampailah ke luar alam maya ni..Oklah, babai!!

6 ulasan:

CuppyCakeMommy berkata...

cekidout out latest educational toys for your kids..lets share the joy,lets share the fun..

add us in facebook intelligent.toys@yahoo.com

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

erkss blog pun boleh kena virus .. sib baik dah ok zai ;-)

Fiza Rahman berkata...

Zalia, blog fiza pernah kena gak virus malware. Tak perlu buang semua bloglist sebab kat dashboard ► webmaster tools ► diagnostics ► malware. Nanti akan keluar senarai blog yg ada virus nih.

Harap² tak kena lagi lpas nih ☺☺

Lynn Abd Latib berkata...

tq for sharing info :-)

Tie HT berkata...

SALAM ZAILA..

PTTLAH TIHA NAK MSUK SINI PAYAH..TIHA PN TK TAW LA BLOG TIHA CANE..ORG TK PENAH GTAW..NK TRY CHECK JUGAK LA..HAPPY BLOGING :)

Zaila Mohamad berkata...

CuppyCakeMummy..will cekidaut;-)

Di, a'a..seb baiklah..kalo x...huhuhu

Fiza, thanks tp zaila dah cuba cari webmaster tools tu tp xjumpa..hehehe

Lynn, sharing is caring;-)

Tiha, boleh je masuk..xder virus kot

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^