Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 17 Oktober 2011

Entri Takde Tajuk

Entahlah..tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya sebab entri ni lebih kepada luahan hati aku di pagi Senin yang orang putih selalu kaitkan dengan Monday Blues..Entah apa yang blues pon aku tak tahu..kalau kira, hari-hari aku blues bila tang nak g keje..Kalau pepagi tu bestnya kalau boleh tarik comforter sambung tidur dalam air-cond kan..tapi kenalah hantar anak-anak pergi nurseri juga kalau tak.....baru nak masuk alam mimpi, sorang kejut cakap lapar, sorang kejut cakap ber@klah apa..hehehehe

Panjangnya intro!! Padahal nak cakap aku hari ni Monday blues macam selalu..Huh, tambah sakit hati bila berukbeng Meksis aku rosak..tak tahulah kenapa..kalau tak silap aku hari Jumaat haritu elok-elok ada Haziq dok layan cite Boboboi kat youtube..lepas tu aku tak bagi & bila aku start guna, tetiba lampu biru (kalau ada line dia akan nyala kaler biru) tu bertukar jadi kaler hijau & berkelip-kelip..cessssss!!! potong stim gue nak BW je..aku ingatkan sekejapan ajelah kan..so esoknya bila cuba online lagi tak dapat..cucuk kat notebook takleh, cucuk kat netbook pon takleh..geram ajork..sampailah hari ni masih takleh..bila call service centre diorang kata line takde masalah..Cilakak sungguh!! aku rasa mesti simkad berukbeng tu yang rosak ke apa ni..hisy, habis hilang mood aku nak berblog!!

Weekend aku memang penuh ngan aktiviti tapi dek kerana berukbeng rosak..malas aku nak ambil gambar..konpem-konpemlah takleh nak setorimori kan..Eh kalau berukbeng ok pon aku memang malas nak bergambar..usung kamera dalam henbeg tu kemain lagi tapi rasa macam malasnya nak snap..snap..snap..kalau snap pon mesti delete sebab tengok badan sendiri gemuk macam dotdotdot *sindrom orang gemuk yang malas usaha memang macam ni* Haisy T______T"

Tapi takperlah, at least aku puas hati..weekend memang aku tak payah masak sebab Sabtu lepas kami ke Kuala Selangor rumah abang no.2 pada en suami..Alhamdulillah, abang ipar & isteri akan pergi menunaikan haji hari Jumaat ni, so adelah buat makan-makan sikit kan..Aku kalo bab makan-makan ni, memang sukalah kan..konpem g rumah orang bawak perut aje..minggu lepas rumah abang sulung en suami kat Kajang tu, ada buat makan-makan adik beradik juga sempena meraikan rumah baru abang Zul..macam-macam makanan ada..semuanya pun hasil masakan penuh kasih sayang kakak ipar & MIL aku..mana ada tempah menempah ni..semuanya buat sendiri, terbaik dari ladang!! Malam tu layan bbq pula..tak berenti nokss kami makan..aku pon dah macam gerun nak timbang berat badan sendiri, takut mak melompat terkejut boboi karang!! Huhuhuhu Tapi tulah..haruslahku sedar diri sebelum terlambat kan..Nanti kalo badan sakit, sape yang susah?? ahkaaaaaaakkkk jugekkkkk!!!

Semalam pula aku ada undangan birthday party member Haziq..Alah geng bas sekolah Haziq juga..kalau tak pergi konpemlah anak bujang aku menangis kan..so nak taknak keluarlah kami ke Giant Kemuning Utama carikan hadiah..HAziq ni kalau takde Ain memanglah tak nak ke sekolah so aku tanyalah kenapa nak kawan sangat dengan Ain kan..tahu dia jawab apa?? "Sebab Ain cantik" huuuuuuh..sabar jelah haku..budak kan, bukan dia reti lagi yang kecantikan bukan segalanya kan..tapi takpelah, as long as anak jantan aku bahagia..mak hokee jek:P

Oklah, lepas je kami melantak *buruk benor bunyinya* kat rumah Ain, sempat lagi ke Jusco Bukit Tinggi petang tu carikan barang untuk Ashraf..kat Giant tadi takde so nak tak nak kenalah g Jusco..Hisy..kalau aku tahu takde kat Giant, awal-awal lagi aku ke Jusco..takderlah buang masa nak ke hulu ke hilir kan..Ponat kaki ahkak ni..Tapi anak-anak aku suka aje;-) Tapi kan, bila difikir-fikir, beli kat Jusco lagi jimat sebab sekarang ni ada sale..ada banyak barang keperluan kami tengah offer..macam Diapers, Dynamo cuma makanan kucing je aku tak beli sebab kat Econsave lagi murah:P

Bercerita pasal barang ni..memang tebiat kami laki bini suka compare-comparekan harga..maklumlah konon-konon nak jadi pengguna yang bijak..bijak sangatlah tu kalau dalam sehari g 2 pasaraya..bijak!! bijak!! Tapi kan, sejak keluar je berita kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji..waaaahhhhh..harus harga barang-barang pun naik melonjak sama..Aku tak tahulah korang perasan ke tak tapi bagi aku ni yang ehem ehem kononnya pengguna bijak kan..agak terkejut jugalah dengan harga pasaran ayam sekarang ni..haritu masa aku beli masa nak buat majlis ruma terbuka tu jatuh dalam RM8.20 sekilo..sekarang ni tak tahulah berapa tapi konpemlah dalam lingkungan harga ni je kan..mana ada makin menurun kan..Haisy..seingat aku, dulu harga ayam ni dalam RM5++ je sekilo..cepatnya masa berlalu kan..Tak lama lagi, jangan melonjak sampai RM10++ sekilo sudahlah!! Lepasni moh kita pakat bela ayam ramai-ramai:P

Bukan setakat ayam jek, susu anak-anak pun naik harga..kalau harga tak naik pon kuantiti makin berkurang..kalau korang tengok saja iklan di TV yang cakap sekarang dengan pek baru yang lebih ekonomi..Haaaaa ekonomilah sangat!!!..sebenarnya diorang dah buang sedikit kuantiti tu tanpa korang sedari *eh kalau pengguna bijak macam aku konpem korang sedar eh* Lagi apa ye yang naik harga?? Kicap?? kalau tak silap aku kicap cap kipas udang tu harganya dah RM5++ sebotol kecil, kalau botol besar ah RM8+ rasanya..Kalau nak murah adaaaa..belilah cap Jalen ke apa tapi konpem rasanya tak sama macam Cap Kipas Udang kan..so pada yang mementingkan rasa, terpaksalah pejam mata je bila membayarnya kan?? Huhuhu seb baik anak-anak aku bukan hantu kicap..mama diorang je hantu budu tapi takleh makan budu sebab takde geng!! apekehe??

Herm, apa lagi aku nak membebel eh?? Owh ya..kalau tak silap hujung bulan ni aku kena jadi supermak lagi sebab en suami nak ke luar negara..Lama dah tak jadi supermak..Paling last kena tinggal pon sebelum puasa dulu..Masa tu en suami kerap ke Labuan..Ayayayayaaa...Silap haribulan raya haji kali ni sambut ngan anak-anak macam tahun lepas je gayanya..Kalau dulu ada arwah boleh jadi peneman aku anak beranak tapi tahun ni, nak tak nak aku kena cekalkan hati duduk diam-diam dengan anak-anak..Insha Allah..takde apalah tu cuma en suami, pandai-pandailah belikan hadiah untuk si isteri ya *tetiba* kalau tak nanti bini mu ni meroyan sensorang:P

Bila sebut pasal arwah..pada yang tak tahu..hampir 10 bulan dah arwah kak Siti Nurul Khatijah meninggalkan kami..al fatihah buat arwah..arwah ni teman 1 opis ngan aku, kalau dulu setiapkali en suami outstation aku memang akan ajak dia tidur kat rumah aku buat peneman..maklumlah aku kan penakot so at least kalau ada dia, boleh borak-borak sket kan..Tapi tulah, aku rasa kalau arwah ada pon, mungkin dia dah takleh temankan aku dah sebab masa ni arwah dah jadi isteri orang..nak kena lempang dengan husben dia kalau aku ajak arwah temankan aku juga..hehehe..Rindunyaa pada arwah..pada yang pernah kehilangan orang yang tersayang, konfem akan faham perasaaan aku..susah nak gambarkan dengan kata-kata..dalam hati ni rasa sebak, masa taip entri ni airmata berjujuran dah..malu eh:P

Oklah, tak nak membebel lagi dah..bai!!

4 ulasan:

Tie HT berkata...

akk penah kena line line maxis jd hijau..mmg problem line sbb g tpt lain jd biru...kalau dh hijau tu mmg tk leh pape dah.geram jer..

Eliss berkata...

memang spoil kalo internet problem :)

eliss jarang hubby o/station. kalo dia o/station memang duk sorang ajer ngan nuha.

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

mmg harga ayam makin mahal skrg..terkejut jugak baru ni..

kenaikan gaji kerajaan x sebanyak mana pun..paling rendah rm80 plg tggi rm320--x pernah pun merasa bonus berbulan2 tp kenaikan harga yg mendadak mmg x munasabah..

kenaikan gaji pun bermula tahun depan tp harga dah start naik..mmg kdg2 rasa fed up beli barang dapor.bawak rm50 apa je yg dpt..

bab hubby o/s- mmg wajib paksa beli hadiah sbb tgglkan wife jaga anak2 sorang2..huhuhuhu

sila wat wishlist awal2..'
heheheh

Sofya berkata...

oklah tu dalam blues pun pjg celotehnya.. mcm nak hilang dendam jerk... he3 nt oklah bb tu.. line tak berapa nak clear.. streamyx pun ada prob gak..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^