Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 31 Oktober 2011

Konsert Pertama Haziq

Perghh tajuk macam retiss..konsert aje!! Dah memang gitu pon kan..cuma bukanlah konsert retis gelemer, cuma konsert pertama anak bujang aku je..hehehe..As a mom, konpemlah aku bangga k..seb baik tak nitis airmata ni..tapi takderlah nk nanges bagai kan..cuma rasa terharu bila anak kita naik stage perform..hohohoho..tapi minta-minta janganlah Haziq jadi retis bila besar nanti ya..kalau nak jadi Imam Muda takpe, mama bagi:P
Actually this is part of Meet My Friends at Shah Alam Library anjuran Genius Aulad. Aku ingatkan cawangan Kota Kemuning je, rupa-rupanya banyak cawangan juga yang participate..huuhuhu..sudahlah haritu kami datang lambat sebab pagi-pagi lagi aku dah hantar adik aku ke LCCT (ingat tak entri ni yang aku cerita adik aku nak datang rumah aku), sepatutnya kena ada kat sana by 1.15pm tapi pukul 1.30pm tu kami baru je bertolak..Walaupun dah google segala peta nak g sana, tetaplah tersesat juga..Sampai tu, en suami drop aku & anak-anak depan library sementara dia cari parking..& aku zass terus cari tempat persembahan kat mana..

Photobucket

Rupanya kat Tingkat 2..sampai je terus teacher Haziq ambil Haziq & get ready untuk persembahan..Aku pula kena masuk dewan..Masuk tu semua dah penuh, dapat satu seat kat atas sekali..Penat manjat tangga dukung si Ashraf T___T"

Photobucket

En suami join duduk sebelah tepi tangga je..Ingatkan tak ramai kan..rupanya penuh uolss..sesi pagi buat kat lain, ni sesi petang buat kat sini..Besar dah Ashraf ni, tu fasal naik muscle aku dukung dia je *padahal nak cover lemak kat lengan tu*

Photobucket

Feeling vain kejap:P

Photobucket

Actually persembahan start dengan budak 4 years tapi aku tak letak gambar-gambar diorang, aku letak gambar anak aku jelah kan:P Masa ni Haziq & the geng baru nak masuk pentas..Kalau tak silap dalam kelas dia ada belas-belas orang juga tapi yang datang buat persembahan 10 jer..Mungkin student yang lain parents diorang ada hal masing-masing kot..Macam aku, seb baik en suami dah balik dari Uzbek Jumaat tu..kalo tak..kem salam juga:P

Photobucket

Masa kat pentas (before show start) ada yang lambai-lambai bila nampak mak bapak kat depan tu..Aku masa ni cuak dah, kot-kotlah Haziq nampak aku then dia nangis..Maklumlah anak aku tu kan manjaaaaa..Tapi seb baiklah dia tak nangis..Bila aku tanya dia "Haziq nampak mama tak??" dia cakap "Tak, Haziq nampak papa jek" *nanges sebab mama dia yang besar gabak dok sebelah papa jek masa tu*

Photobucket

Sorrylah gambar pon zoom dari kejauhan & masa ni Husna duduk atas riba aku, tu fasal bergetar-getar T____T
Photobucket

ni kalau tak zoom..boleh tahan tinggi juga tempat aku duduk tu
Photobucket

Haziq kalau balik sekolah selalu bercerita pasal member dia..Kalau balik sekolah masam mencuka tu, mesti ada sebabnya..Bila aku risik-risik, rupanya ada kawan "buat" dia..Takpun kena marah ngan teacher..hehehe Biaserlah tu, budak-budak..kejap baik..kejap bergaduh
Photobucket

Kelas diorang buat persembahan itsy bitsy spider..Masa sebelum persembahan tu, aku suruhlah Haziq buat depan aku kan, mati-mati tak nak.."Mama tengok je nantiiii"..Amboi...berahsia yaaaa
Photobucket

Bukannya nak pandang depan..asyik dok tengok member dia aje..hikhikhik
Photobucket

Aku suka tengok part dia melompat..amboi semangat anak jantan aku buat konsert:P
Photobucket

Tengok, bukan nak pandang depan..dia dok tengok step kawan dia..
Photobucket

Kan?? Kan?? dok pandang member je:P
Photobucket

Apa-apa pon, aku bangga dengan Haziq..bukan apa, sebab dia dah pecahkan tradisi pemalu yang diwarisi dari aku & en suami..hakhakhak..Kitorang ni baka nevessss, kalo kena buat presentation ke apa konpem seram sejuk..Aku kalau boleh tak naklah anak-anak mewarisi sifat gemuruh kami ni..Tak elok..Takleh jadik leader orang kata:P
Photobucket

Aku dulu masa kecil, graduation day *cewah* maksud aku masa majlis terima scroll Tabika KEMAS kat kampung aku pon aku tak pergi..Aku lupa kenapa tapi rasanya sebab aku tak ada kasut kot..So Haziq ni kira bertuahlah sebab kecik-kecik dah dapat semua, so Haziq "if you read this; nanti jadi anak yang soleh & dengar cakap mama & papa tau..Mama tahu Haziq selalu mengamuk sebab mama tak bagi makan gula-gula, tak nak belikan mainan sebab mama nak bagi yang lebih baik untuk Haziq iaitu pendidikan untuk Haziq..Mama tak expect Haziq jadi Perdana Menteri pon cuma cukuplah Haziq jadi seorang anak yang soleh" Amin..Bukan itu ke yang kita harapkan dari setiap anak-anak??
Photobucket

Ni gambar selepas persembahan..Good job Haziq..i'm so proud of you!!!
Photobucket

Inilah teacher Lili, cikgu kelas Haziq..thanks ya teacher sebab susah-payah mengajar Haziq..Haziq ni memang jenis pemalu sket..teacher bagitahu susah nak dengar suara Haziq bila ada dalam kelas..hehehe
Photobucket

Aku debab dengan teacher Lili, Tasnim (member kelas Haziq) & Husna..

Lepas je persembahan Haziq, kami terus balik..Tak sempat nak meninjau library tupon..Nampak macam menarik..Herm, lain kali jelah bawa anak-anak lagi..Petang tu bergegas balik sebab tak nak harungi jem di Stadium Shah Alam dek kerana perlawanan Terengganu vs Negeri Sembilan buat kat situ..

Oklah, itu aje..Thanks sebab sudi baca..Eh aku nak tanya satu soalanlah..Actually aku upload gambar pakai phobucket ni, korang rasa macamana?? Boleh view tak gambar ni?? Senang loading tak blog aku ni?? Kalau berat / gambar tak boleh view, bagitahulah ya..Thanks in advance;)

4 ulasan:

Joy berkata...

kita mak mak ni...feeling tgk concert anak sendiri ni..kalah tgk concert artis gamaknye kan....gambar blh view..ok..clear..senang loading.

littlehumblelynn berkata...

zaila

wah ...bagusnya
tgh tggu jugak sekolah tadika ain wat majlis penutup hujung tahun ni..diorang panggil apa ntah dlm bahasa arab..

baru2 ni tgk dia practice coral speaking..sgt comel..

kasihredha berkata...

wah abg haziq buat persembahan pertama yer

zailamohamad berkata...

Joy, a'a..kemain eksaited tgk anak buat konsert:P

Lynn, memang comel bila budak2 buat persembahan..seb baik takde yg nanges haritu

Kasihredha, a'a kak..mama dia yang over eksaited:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^