Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 18 Oktober 2011

Korang Dah Buka Akaun SSPN Untuk Anak-Anak Korang?

Haritu aku ada tengok iklan kat TV yang mengatakan mulai tahun 2012, bagi anak-anak yang mahu meminjam duit dengan PTPTN diwajibkan ada akaun SSPN dengan minimum duit dalam tu adalah sebanyak RM20. Huh!! Kalau sorang RM20, 10 orang dah RM200, kalau sejuta?? sendiri mahu kiralah weh!! Lepas tu dinasihatkan pula buka akaun ni di Maybank..Entah apalah yang specialnya Maybank ni kan?? Hehehehe
Sumber kat sini

So beberapa minggu yang lepas *wah skemanya ayat* aku sempatlah ke Maybank buka akaun ni..Huhuhu..Memanglah ikutkan hati macam tak rela je kan tapi fikir-fikir balik..kot-kotlah zaman anak aku nanti memang WAJIB ada akaun SSPN untuk masuk U ke hape kan..Kita tak tahu kan..so buka ajelah..Lagipon kebetulan masa tu aku nak buka akaun Yippie Saving untuk Ashraf & simpan duit raya abang & kakak dia sekali..

Dokumen yang diperlukan untuk buka akaun ni sudah tentulah surat beranak / MyKid anak-anak..Aku haritu terlupa nak bawa surat beranak Haziq & Husna tapi yang si Ashraf punya tu bawalah kan sebab nak buka akaun saving..Seb baik diorang terima Mykid sebab semua Mykid anak-anak, aku yang pegang *no wonderlah tebal je wallet aku, bukan tebal ngan $ tapi tebal ngan kad* so sempatlah buka juga *tarik napas lega* TAPI..bukan semua cawangan Maybank buat macam ni tau, haritu ada member aku sms aku cakap Maybank cawangan kat rumah dia nak guna surat beranak juga so terpaksalah dia balik sebab tak bawa surat beranak anak dia..Appadaaaaaa..Dah kalau member aku dah bawa MyKid, terima jelah kan..Lagipon seingat aku masa isi borang tu bukan dia minta pon no surat beranak, yang dia minta Mykid anak-anak..

Proses nak mohon senang je cuma kena tunggu giliran tuu..Ya ammpuuuuun..giler babas lama..Aku rasa adalah dalam sejam lebih aku kat Maybank tu..En suami pon ikut sama tapi dia ditugaskan masukkan duit anak-anak & tukar syiling..Dia pon siap lagi awal dari aku T___T"
Bila dah buat tu, nanti dalam masa seminggu akan dapat kad dari SSPN cuma aku sendiri pon kurang pasti akan kebaikan yang anak aku akan dapat dari SSPN ni..TAPI bagi ibubapa yang buka akaun SSPN ni boleh minta pengecualian cukai dari LHDN *hoyyeh*

jaminan kecemerlangan pendidikan?? herm..will wait & see

Herm, actually aku tak menaruh harapan yang tinggi sangat dekat SSPN ni..Kalau dah anak beranak PTPTN..perangai pun haruslah sama je kan?? Well, for those yang tahu, you know what i mean..Hehehe Apa-apa pon, aku tak naklah jadi "seperti kacang lupakan kulit" kan..so no comment on that:P

Tapi aku sangat-sangat percayakan this brand untuk simpanan pendidikan & medikal anak-anak aku;-)
Pru-BSN Takaful

Alhamdulillah semua anak-anak aku ambil simpanan pendidikan dengan Prudential. Kalau tak silap kad anak-anak aku sama macam kad dalam gambar (tengah)..Yang bagusnya pendidikan cover, medical pon cover..Seeloknya ambil dari anak kecil lagi..Untuk Haziq & Husna aku ambil yang RM100 seorang..Masa tu budget terhad kan..so kalau tak silap aku, by the time diorang cecah 18 tahun, jumlah yang diorang boleh keluarkan adalah lebih kurang RM18k, Haziq haritu masuk hospital swasta habis RM5k pon semua Prudential fully cover!!

Ashraf aku ambil tambahan sedikit sebab dia masih kecil, so kenalah dalam RM150 sebulan..Bila umur Ashraf cecah 18, dia boleh keluarkan dalam RM31k *of course ada T&C*
Apa-apa pun it is important to choose the right person untuk jadi ejen insuran anda..Pada penduduk sekitar Shah Alam, aku nak kenalkan korang dengan ejen aku yang bagi aku betul-betul bagus & komited dalam melindungi kami..You can contact him & nanti dia bagilah proposal berdasarkan budget korang..Tak semestinya mahal & lagipun benda ni kan bagus untuk masa depan mereka..so think about that;-)

This is my agent no. En Abdul Ghani (0192137660)
Oklah Haziq, ini pon dah menjawab kepada kenapa mama tak boleh belikan iPad kepada Haziq..

6 ulasan:

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

me memang amik utk nuha dari baby , dan buat potong gaji siap2.

Iela Fazielah berkata...

bagusla zaila... ila satu plan insurans pun xde untuk anak.. tp duit simpanan mmg ada... ila masukkan semua dlm Tabung Haji n every month potong gaji masuk dlm akaun diaorg... ada suruh hubby register utk insurans tp dia buat bodo.. ila pulak...kewangan agak kurang mengizinkan..hehe...

maya amir berkata...

yup..parents skang dh ade kesedaran nak belikan insurance utk anak2..it's good kan.. zaman kite dulu2, mak ayah tak mampu & agak kurang berpengetahuan psl insurance.. :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

kite pon lom bukak lagi sspn nih..dua kanak2 riang ria tuh baru ada akaun yippie jek..huhu..prudential plak, baru ada utk zara..zareef nye tak smpat buat lagi..tu yg time zareef warded dulu punye kelam kabut sbb takde insurans..huhuhu

mak farhah berkata...

i memang x nk buka akaun with sspn. X nak anak2 di tipu tertipu.

gov galakan buka sspn supaya mrk dpt laburkan duit simpanan sspn utk peminjam lain.


tgh pk juga nak beli insurans, tp my famili semua x izin ckap x berbaloi.

btw salam kenal

Tanpa Nama berkata...

kalau tak ada rm3000 dalam sspn untuk keluarga berpendapatan lebih rm2000 sebulan, mereka tak layak untuk dapatkan pinjaman ptptn. harap maklum ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^