Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 14 Februari 2012

Menu Sihat (Lagi)

Assalamu'alaikum,

Bila aku selalu post gambar makanan healthy cara aku di facebook, ramai yang ingat aku dah tak makan nasi..Actually aku makan je cuma kuantiti dikurangkan & like i said before, memang aku perbanyakkan makan sayur-sayuran..samaada yang dah dimasak atau ratah macam kambing tu aje;)

Selain tu, aku masih makan lagi makanan yang bergoreng (sekali-sekala) & pastu aku balance balik dengan buat another side dishes yang mengandungi banyak sayur..Macam menu kat bawah ni aku buat masa adik-adik ipar aku datang bertandang ke rumah..Tak fefasal diorang kena makan makanan berkhasiat juga:P


Inspired by menu Manhattan Fish Market, aku masih teringat lagi nasi yang dimakan haritu, ada rasa garlic sket-sket..ape dah namanya so aku masak nasi versi aku; tumis garlic with butter then masukkan beras & susu segar..garam sedikit & rasanya memang sama yang macam aku makan di Manhattan Fish Market haritu;-)


Lepas tu aku goreng chicken chop (beli yang siap) & sepatutnya buat mushroom gravy tapi dek kerana haritu ada brokoli yang kekuningan, aku terfikir untuk buat broccoli soup..lagilah healthy kan!!


cara-cara : rebus brokoli & then blend with susu segar..pastu tumiskan bawang putih, then masukkan brokoli yang dah diblender, garam, gula & sedikit bancuhan tepung gamdum (untuk kasi kuah pekat sedikit) & tambahkan susu segar lagi..Aku belasah je..tapi haritu termasin sedikit..hehehehe Ni kalau makan cicah ngan roti pon best ni;)


untuk lunch, aku masakkan sayur kailan dengan oyster sauce..yang ni senang tak payah nak ajar dah!!


pastu ikan bawal kukus dengan cendawan & sayur-sayuran..At first just nak kukus ikan bawal dengan halia & bawang putih je & nak buat sayur cendawan tapi dek kerana aku malas nak masak banyak-banyak so aku decide untuk humban semua je dalam pinggan kukusan..ngeh ngeh ngeh..Hasilnya macam sampah sarap dah nampaknya:P


sayur tu ratah je..sedap!!


pastu sediakan salad & tempoyak....memang terangkat..seb baik aku tak hidang budu..kalau budu ada..gerenti terbabas makan bertambah-tambah..hehehe

Oklah, jangan marah ya asyik tayang gambar makanan je *perut lapar ni*

3 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

mmg menu sihat nieh. tergoda haku tgk. resepi nasi tue. heh.heh

Iela Fazielah berkata...

ya allah...sedap nyer semua menu tu.. tp ila skrg sgt2 malas nak masak

Zaila Mohamad berkata...

Di,

cubalah buat!!

Ilah,

takpe, you kan preggy sekarang so baik rehat je;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^