Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 10 April 2012

Oh! Suamiku

Assalamu'alaikum,

Bercerita tentang en suami..Si dia kalau outstation memang suka belikan aku + anak2 something sebagai buah tangan..Nak-nak kalau ke luar negara, konpem dia akan belikan FM..hehehe like i said before, hadiah paling murah tapi sangat bermakna untuk kenangan:)

Kalau aku nak request hadiah lain, kena bagi penerangan betul-betul sebab most of the time memang dia akan salah faham..hehehe Dulu, masa en suami ke Uzbekistan, aku bagi hint supaya belikan hiasan tembikar dari sana. Boleh refer entri ini TAPI lain pula yang dibelinya (boleh refer entri ini)

Alhamdulillah..jauh lebih baik dari apa yang aku minta..dapat set pinggan mangkuk dari sana..susah-susah en suami bawa pulang melepasi imigresen sana:)

Kali kedua en suami ke sana..Aku bilang awal-awal tak nak dah set pinggan mangkuk:P tapi nak hiasan tembikar yang ada stand tu *macamlah dia faham* Aku rasa memang en suami tak faham pon sebabnya haritu dia bawa balik ini;-

Hiasan pinggan tembikar untuk digantung di dinding:)


Agaknya kena tunggu pergi lagi sekali baru dia reti nak beli yang betulbetul menepati citarasa bini dia kot T______T"


Apapun, syukur Alhamdulillah..at least rajin juga en suami melayan karenah bini dia yang hover suka meminta tu:P

Kat bawah ni aku nak kongsikan beberapa keping gambar koleksi en suami yang sempat merasa bermain salji di negara orang..Herm..putih mata jelah aku menengoknya:P Insya Allah, mana tahu ada rezeki nanti boleh g juga merasa sendiri:P




rezeki en suami dapat melihat & merasa salji..sedangkan sebelum en suami tiba salji tak pernah turun pon (seperti yang diberitahu oleh kawan en suami yang menetap di sana)


tak banyak pon gambarnya sebab en suami ni memang jenis tak suka ambil gambar T____T

gambar kat atas nipon ihsan dari kamera membernya..huhuhu

Oklah, lepas ni ke mana pula destinasi en suami?? nak kirim handbag pula:P *berangan*

9 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

suruh hubby gi US la pulok ziala, handbag coach muroh sano hahaha

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

phuhhh!!bestnya hubby ko kan..jalan sana-sinun..aku dah x merasa nak berjalan jauh2 ..dulu masa keja company MNC merasa jugak..

kasihredha berkata...

mula2 akak ingat fm tadi..
ok lah tu...at least dia ingat kat isteri dia :)

maya amir berkata...

heheh..salah pun salah lah..at least ade gak die bwk balik buah tangan:)

AziE berkata...

Best bila tersayang ingat kita kan

Nurhayati berkata...

pasni tak kisah la kalau enSuami gi outstation selalu.. leh dapat macam2.. tak gitu :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

ok jugak tu pilihan husbnd zaila..klu husbnd kite, kompem die beli benda2 yg senang masuk dlm luggage aje..huhuhu..btw, jeles tgk gmbar kat snow tuh..=p

Zaila Mohamad berkata...

yatie,

lakiku kuli sahaja..ikut bos suruh g..rata2 kompeni dia keje banyak deal dengan negara bekas jajahan soviet so bye bye coach..hahaha

Lynn,

tuler..tak sangka juga..sampai 2 kali tukar passport dah dia tu..banyak tempat juga dia pernah g; Jepun, Vietnam, Bali, Phuket, Turkmenistan, Uzbekistan..Alhamdulillah kita sebagai isteri berdoa jelah moga selamat di negara orang..nak ikot tak boeh..huhuhu

kak kasihredha,

Alhamdulillah..sentiasa ada buah tangan dari sang suami:))

Maya,

hahaha tuler..kena bersyukur:)

AziE,

Alhamdulillah best:)

Nurhayati,

haaaa..redhokan haje:)

Lily,

a'a..daku pon jeles sebab everytime dia outstation daku tak pernah boleh hikut:P

Ermayum berkata...

yang penting beli salah pun xpa :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^