Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 8 Mei 2012

Sabah Travelogue Day 3 ~ Kundasang War Memorial Park

Assalamu'alaikum,

Sambungan dari entry Travelogue Sabah Day 3 ~ Kinabalu Park, kami gerak ke Pekan Kundasang semula memandangkan Kundasang War Memorial buka pada pukul 10 pagi (ke 9 pagi eh?? Lupa pula sebabnya masa kami siap breakfast di Restoran Hidayah tu tak buka lagi tu pasal kitorang ke Kinabalu Park dulu..hehehe)


Sebelum naik, bergambar dulu..Aku memang haritu jadi badang Kinabalu je sebab dok dukung Ashraf yang beratnya dalam 8kg lebih juga tu..Dalam gambar menyengih je yaaa..TAPI...dalam hati...ada ghimau:P


Kami berhabis RM15 juga rasanya untuk tiket masuk di sini..Abnag teksi pon naik juga..Al-maklumler, dia pon first time datang Kundasang so haruslah dia tengok sekali apa yang ada di sini


Mula-mula tu adik ipar aku macam tak nak masuk di sini memandangkan ada perkataan Memorial (read : kubur) tapi akhirnya aku berjaya meyakinkan bahawa Kundasang Memorial Park ni adalah tersangat cantik (yaaa..terima kasih kepada pakcik google yang banyak menolong aku membuat research apa tempat menarik di Kundasang & tak lupa juga terima kasih kepada blogger-blogger yang membuat catitan perjalanan mereka, senang bila nak buat rujukan)


Masuk je ke taman ni, harum semerbak bau ros-ros yang sedang mekar di taman:)


Kat depan ni ada rumput, pastu ada signboard "Jangan Pijak Saya Nanti Saya Mati"..Lupa nak ambil gambar T_____T"


Masa ni cuaca dah panas & tak sejuk mana dah so tak payah nak pakai sweater pon takpe

Adibah ni suka manjakan Husna..Manalah HUsna tak rindu dekat kakak-kakaknya:)



2 orang dayang-dayang:P LOL


waaaaaahhhh bibik tak nak kalah dalam berposing:P

Tutup mata tengok lengan bibik tu..Aaarrrrghhhh *lagi makan banyak*


Baju bibik ni dibeli dari sini. Ingat tak entri ini


Haziq yang jual mahal setiapkali orang nak ambil gambar dia & Husna sibuk dengan peacenya!

Amboi..mentang-mentang Kak Na pegang Ashraf, terus bibik menggedik nak posing lelebih ya


Bibik aku ni..feeling bergambar di Barcelona ya *eh tetibe*

ada berani buat kuak lentang dalam kolam ni..heeeheeeheee *suara perempuan mengilai*


Ini bukan gadis tiang yang didenda RM25 haritu ya:P LOL


Kitorang datang sini sibuk bergambar, bukan nak baca sejarah T_____T"



Pemandangan di bawah..Subhanallah cantik!


Masa ni matahari dah naik atas kepala dah..Maisng-masing sedang menahan kepanasan tu pasal muka sorang-sorang mata sepet:P


Memang kelas ah tembok batu yang diorang bina ni

Amboi bibik...posing sakan ya..nak hantar gambar masuk majalah Media Hiburan ke?? LOL


Turun bawah jumpa dengan budak-budak UMS, borak-borak jap..tanya asal mana..Asal Klate, Klate mano?? Bukit Marak..Owk alloh..mano-mano g mesti sepak oghe kapung kito:P

Lepas ni sambung ke Poring Hot Spring, Ranau pula:)

Thanks to Ernie yang mencadangkan supaya aku ke Kundasang War Memorial Park ni, ternyata memang berbaloi:) Boleh baca entri ini

4 ulasan:

Eliss berkata...

bila laa nak jejak kaki ke sabah jugak ni padahal makcik ada disabah ;p

Zaila Mohamad berkata...

Eliss,

loni AA ada promo..g lah sana:)

mummY daniSha berkata...

kak zaila,nanti buatla kira2 total wit semuanya hehe..senang nak budget kalau nak gi heee..tah biler la tu =p

Lynn Abd Latib berkata...

Bestnyaaaaa!!!!

Aku tgh google nk g kuching ,tg dok rangka ittinerary gak nih.kalo nk g sabah thn dpn,aku telek ko punya sdh.hehehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^