Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 13 Jun 2012

Haziq Oh! Haziq

Assalamu'alaikum,

Saja nak berkongsi kenangan perangai anak sulung aku yang sangat suka ambil handset aku / en suami & hantar sms pada aku / papa dia. Tapi aku taip baliklah sebab handset aku ni bukannya handset canggih hak boleh save / share terus kat facebook ke apa..sudahlah kuno, kamera tak berfungsi pastu bila bunyi sms tak bunyi..sedih..sedih..Bilalah en suami nak belikan Samsung S3 ni?? Eh!

Ok ni sms Haziq hantar kat papa dia;

1) "Papa ta di mama kan di iya buat amirul iya di iya buda ganas"

Maksudnya : Papa, tadi kan mama buat amirul, dia (mama) budak ganas ~ mengadulah tew sebab aku suka buli dia..Alah buli suruh ambik remote TV je pownnnn

2) "Papa ta di kan husna kan di iya kan buat amirul husna buat amirul iya di iyakan buda ganas"

Maksudnya : Papa, tadi kan husna kan buat amirul, dia kan budak ganas ~ bergaduh dengan Husna lah teww..suka-suka hati dia je cakap adik ganas..dah dia tu manja kededek:P

3) "Papa ta di mama kan di iya kan ta ba gi maso di dalam bile"

Maksudnya : Papa tadi mama kan dia tak bagi masuk bilik ~ yerlah, memang aku tak bagi masuk bilik sebab takut terkunci ke apa, pernahs ekali haritu bilik terkunci..kan susah!

4) "Papa ta di mama kan di iya kan ta ba gi maso di dalam bile ashraf ta di ashraf na uas iya"

Maksudnya : sama macam atas cuma tang Ashraf tu aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan pada papa dia..macam ayat tergantung sajork..HAHAHA

5) "Papa seven papa ni penipu amirul marah papa sangat bailk pukul seven dah iya"

Maksudnya : sebelum tu dia tanya papa dia nak balik pukul berapa then papa dia balas pukul seven tapi bila pukul seven tak balik lagi, dia hantarlah sms macam tu cakap papa dia tipu, kata nak balik pukul seven tapi tak balik..HAHAHA naseb ko lah nak dapat bapak yang workaholic!

6)"Papa mama tak nak masa goren pisa iya di iya sa kun tidor iya"

Maksudnya : Papa, mama tak nak masak goreng pisang, dia (mama) suka tidur..HAHAHA memanglah pon sebab masa tu dia suruh aku goreng pisang tapi aku nak tidur..pandai ya curi handset aku p sms papa dia ngadu..huhuhu

7) "Papa ni kata nak pergi klcc papa ni pe ni pu"

Maksudnya : Papa kata nak pergi klcc papa ni penipu..kisahnya macam ni; haritu aku cuti (sebab taska diorang tutup) & aku ingat nak bawa budak-budak ni g KLCC dengan adik aku. Kebetulan pula en suami nak ke KLCC so aku ingat nak tumpanglah en suami & balik dengan train..Tapi lepas je breakfast, masing-masing kemalasan so aku sms en suami cakap tak jadi pergi. Sedangkan Haziq tak tahu aku yang kansel so mati-mati dia ingat papa dia tipu dia sebab tak jadi g KLCC..hehehe

8) "Papa ta di husna huse ashraf seda iya le pas tak di le pas tu ashraf sudah"

Maksudnya : Aku rasa dia nak bagitahu papa dia husna usik ashraf. huse tu sebenarnya usik..tapi ayat ni macam tergantung je..hikhik takutkan aku marah lettewww

Bukan setakat papa dia, dekat adik aku pon dia sms juga;

9) "Apa kaw nak perigi rumah amirul dan ashraf jagan be ni pu"

Maksudnya : Apa kau (adik aku) nak pergi rumah amirul dan ashraf jangan tipu..HAHAHA sebabnya dia tunggu Pak Su Di dia tak sampai-sampai lagi..so dia hantarlah sms macam tu cakap jangan tipu..hak kelakarnya pergi tu dia eja perigi..ko tahu adik aku balas apa kat sms tu "Dalam perigi ada air" LOL memula dapat sms tu aku pelik juga tapi bila check dalam sent item..huh tahu dah sapa sabotaj handset aku..kukuikuikui

Banyak sangatlah sms yang dia hantar..pantang nampak handset konferm sibuk nak mengadu:P Tapi nasib baik juga dia tahu hantar sms dekat en suami, aku & adik aku je..Kalaulah dia p hantar merata kat member-member mama dia..tak ke haru namanya:P

Alhamdulillah..Haziq dah boleh baca & eja banyak perkataan dah..Kalau signboard tepi-tepi jalan tu dah boleh baca, msg dalam handset aku pon sibuk dia nak baca..hehehe

Lepas ni bila aku dah jadi SAHM, aku kena atur jadual belajar dia & aku juga..HAHAHA Haziq konpem-konpem ah akan melangok depan TV & main dengan HUsna & sepah rumah ikut suka..mama pula busy buat semua kerja rumah & kalau tak pandai manage masa boleh lagho layan internet je..NO NO NO..kena disiplin & yang penting aku ada masa lebih kurang sebulan untuk fikirkan jadual..HAHAHA over nyah!

Oklah..tata!

9 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

kuat ngadu rupo nyo haziq ni..kui3x

Eliss berkata...

pandai dia tulis sms. kuat mengadu mcm nuha :p

Ami berkata...

manje eii abg semua nak ckp kat papa iya,kang aunty pon dah ikut di ya type kekeke.apo pon anak yg bijak,dah pandai menulis,membaca dah di ya

DaZzlingLilLy berkata...

dah pandai mengeja eh..habis la ko dia ngadu segalanya kat papa dia..hehe

mummY daniSha berkata...

alahaaiii sweet je hehee..pandai ngadu hehe..yg x tahan tu tang mama suka tidor heheee...

Nurhayati berkata...

wah wah... mama mengadu hanpon tak canggih yer.. takpe2 nanti enSuami belikan baru yg canggih yer.

beb, welcome to the club ek.. jd sahm.. :)

mrs adam berkata...

zaila saya suka baca sms haziq(anak zaila) tu tau,sebab dia pandai eja dan taip sms,kalau haziq(anak saya) tahu tulis sms mesti saya eksited tau.haha

Fiza Rahman berkata...

Amboiii...siap mengadu pakai sms lagi. Pandainya haziq, dah bley mengeja.

Zaila Mohamad berkata...

yatie,

tulah..kuat ngadu sungguh..anak bapaklah katakhen

Eliss,

mula2 zaila ajar sekali pastu dia buat sendiri..tulah, perangai anak sulung kot..hehehe

Ami,

hak kelakar tu perkataan dia, haziq taip di iya..hehe

Lily,

tuler..mama tak nak goreng pisang pon nak ngadu..ceit

mummy danisha,

pasni dok rumah nak tido pon masa dia g sekolah ah..hahaha

Yati,

tuler..henset zaman kuno tp xde maknanya laki nak belikan hak baru sebab dia punya pon hak zaman batu juga..hahaha

mrs adam,

insya Allah, dah besar nanti ur haziq pandailah tu..hehehe

fiza,

mana tak pandai, sebab hari2 g sekolah maaaa:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^