Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 19 Oktober 2012

Perkembangan Haziq Di Genius Aulad

Assalamu'alaikum,

Lama tak bercerita tentang perkembangan anak bujang aku ni di sekolahnya iaitu Genius Aulad. Rupanya keyword Genius Aulad merupakan carian yang tertinggi dalam blog aku ni. Alhamdulillah, mana yang boleh aku kongsikan, aku akan coretkan di sini seperti entri Yuran Genius Aulad 2013 & banyak lagi entri yang lain.

Hampir setahun sudah Haziq belajar di kelas pagi. Setakat ini, kami lihat ada banyak perkembangan positif bagi Haziq. Tapi bagi aku masih biasa-biasa sahaja jika mahu dibandingkan dengan anak orang lain yang bersekolah di sini. Kenapa aku berkata begitu? Sebabnya haritu masa bawa Haziq mengambil peperiksaan kelayakan untuk masuk ke sekolahnya tahun depan, aku berjumpa dengan ibu kawan Haziq (budak tu sekelas dengan Haziq di Genius Aulad sekarang) & mengatakan yang anaknya sudah habis baca kesemua buku siri pembacaan Adam & Dina (ada 11 buah semuanya) sedangkan Haziq masih tak sampai buku 10 pon..hehehe

Mana taknya, setiap malam kawan Haziq tu dihantar ke kelas tusyen..Terkejut juga bila mendengarnya..No wonderlah nampak kawan Haziq ni yakin je bila jawab ujian kelayakan tu:P Well, terpulang pada ibubapa untuk memberi pendidikan pada anak-anak mereka. Bagi kami, takderlah nak letak pressure sangat untuk lihat dia buat semuanya. Cukuplah kalau dia suka bersekolah & menerima apa yang diajar oleh cikgu-cikgu di sana.

Alhamdulillah, ada banyak juga perkembangan positif yang aku nampak. Sebagai ibu yang tak pernah berpisah lama dengan Haziq, aku boleh nampak perkembangan yang sedang dilaluinya hari demi hari..Owh cepatnya masa berlalu! Tahun depan dah masuk darjah 1 & dah nak sunat dah:P Tapi jangan risau Haziq, you will always be my baby..Macam pagi tadi nanges tak mau ke sekolah gara-gara tak cukup tidur..Ceit, mama baru je nak puji Haziq tau!

Ok, antara perkembangan positif yang kami nampak pada Haziq ialah :

- Sejak bersekolah ni, nampak dah kurang sedikit rasa penakutnya. Kalau dulu, nak turun tangga pon takut! Mengalahkan si Husna, nak buat aktiviti lasak-lasak sikit pon takut tapi sejak 2 tahun bersekolah di GA (hari-hari naik turun tangga untuk ke kelas) nampak dah macam confident sket. Pergaulan dengan kanak-kanak lain pon dah ok, takderlah malu-malu sangat. Lagipon aku memang suka bawa dia ke majlis-majlis harijadi anak kawan, bawa ke taman & biasakan diri dengan tempat yang ada ramai orang.

- Nampak tahap keyakinan diri tu dah tinggi sedikit. Kalau jumpa doktor pon tak nangis macam dulu-dulu dah. Sekarang ni dia pula sibuk nak masuk sama kalau time aku jumpa doktor..Nak minta vitamin free dari doktorlah teww..Anak saperlah ni kan T___T. Pastu kalau time lelah pon dah pandai ambil sendiri nebulizer tu, takde dah adegan nangis-nangis sampai kena tendang semua:P Haziq kan dah 2 tahun naik van dengan Uncle Amir so aku tengok dia pon dah biasa dengan situasi tunggu van, naik van, lompat dari van bila sampai rumah so aku mengharapkan tahun hadapan bila nak ke sekolah baru, walaupon naik van lain dia cepat sesuaikan diri. Dulu masa awal-awal (entri ini) pernah juga jatuh tersembam menyembah bumi sebab berebut-rebut nak naik van tapi aku cakap kat dia, biaserlah tu..so lain kali kena hati-hati:)

- Dari segi membaca pula, Alhamdulillah dah boleh baca..Nak kata lancar tu takderlah sangat tapi sekarang ni dialah pembaca setia blog mama & pembaca msg/penjawab whats app mama T____T Kalau dapat sms yang tulisan dia tak betul tu..Haaa kerjaan si Haziqlah..Kalau bunyi je henset mama ni, dialah yang sibuk tukang nak jawab/baca msg. Mama nak hantar msg cinta cintun dekat papa pon tak boleh:P


Hari tu dia minta aku belikan majalah kanak-kanak "AULAD". Bagus juga buku ni, sesuai sangatlah dengan dia yang sekolah Genius Aulad tu:P Ada banyak juga aktiviti yang sesuai untuk peringkat umur baya dia..Leka lah sedikit dok kelek buku tu hari-hari tapi lepas seminggu beli, kulit entah ke mana, isi entah ke mana

- Bab-bab buat latihan ni memang tak berapa nak rajin, kalau kerja sekolah tu selalu buat last minute..Hisy menurun perangai mama sungguh! Kalau latihan math aku nampak dia boleh dah buat tapi kadang-kadang banyak yang salah..Nak harapkan aku cakap macamana nak buat & teringat masa ujian kelayakan sekolah rendah haritu, bukan main sedap lagi dia mengelamun..Nasib baiklah ada ustaz yang tolong bacakan arahan..Haziq ni bukan tak tahu tapi kadang-kadang dia takut jawapan yang dia bagi tu salah..Aku rasa nak kena banyakkan buat latih tubi baru dia biasa dengan soalan-soalan tapi bukan tahun ni lah sebab dah nak habis pon persekolahan. Tengok prestasi dia tahun depan di sekolah baru macamana..


- Bulan depan dah nak konvo (sekolah dia panggil little Ihtifal) & ada konsert juga..Aku ni manalah ambik tahu sangat dengan apa yang berlaku di sekolahnya. Kalau dapat tahu pon melalui message book perantara antara kami (ibubapa) dengan teacher..So perasanlah ada teacher dia tampalkan pasal Little Ihtifal tu yang akan berlangsung 17hb November ni. GA cawangan lain aku tak pasti pula sama ke tak. Yang pastinya kena bayar tiket RM80 & diadakan di Putrajaya..Genius Aulad ni kalau buat aktiviti takde yang free tau, semua kena bayar:P Tapi memandangkan dia pon dah nak habis belajar & nak g terima ijazah, layankan aje..Penat-penat 2 tahun belajar di GA tapi mama & papa tak tengok Haziq terima scroll..Waah, rasa macam anak dah besarlah pulak:P Owh sekarang dok sibuk hafal lagu "I am a Muslim" nyanyian Yusof Islam untuk persembahan dia nanti...

- Dari segi bacaan Muqaddam, sekarang ni Haziq dah baca surah Al-Bayyinah. Masih dalam proses mendengar lagi. Aku rasa surah ni agak panjang bagi dia tapi takpe, masa mula-mula dia hanya dengar sahaja aku baca, dalam seminggu lebih dah nampak macam dia dah boleh baca sedikit-sedikit. Alhamdulillah, biar lambat janji dapat baca:P Selalunya lepas Maghrib aku akan ajar dia baca sebanyak 3 kali, itu kira sikit dah tu, kalau mengaji dengan bapak dia kena baca sampai 5 kali, tu yang Haziq tak nak tu..Even Husna menangis kalau mengaji dengan papa dia..HAHAHA


Kalau nak anak kecil mudah belajar al Quran, boleh baca blog Puan Lina Karim ni & ikuti tips-tips yang diberikan. Macam aku ni, kurang sabar sedikit dalam mengajar anak tu yang kena hantar diorang sekolah tapi Alhamdulillah, boleh nampak perbezaan Haziq dari tak kenal huruf sampai dah boleh baca muqaddam. Terima kasih buat cikgu-cikgu GA yang bertungkus lumus mengajar. Dalam pada itu, kita sebagai ibubapa pon kenalah ajar juga di rumah, kalau tak yakin dengan diri sendiri bolehlah hantar anak/upah ustaz datang ke rumah ajar..Eh cakap banyak pula aku ni ya:P

- Selain tu, tak habis-habis dengan perangai manja dia. Suka merajuk & kuat membebel..Hoi..ikut perangai saperlah ni nak?? *toleh tepi* Owh, sejak duduk di rumah ni, selera makan bertambah-tambah..Balik sekolah je minta nasi, kalau aku lambat masak sikit mulalah membebel..Makan bersuap sampai 3 kali tambah (Husna & ashraf pon aku suapkan) then petang kalau takde kudap-kudapan mesti mengadu "Mama, Amirul lapar" sambil buka peti tengok apa benda yang dia boleh suruh aku masak..T___T

- Sejak bersekolah ni, banyak amalan-amalan mulia yang diajar di sekolah & dia akan amalkan di rumah. Contohnya bacaan-bacaan doa seperti doa makan (selalu baca kuat-kuat tak kiralah tempat tu kat rumah ke kedai makan), doa tidur, doa nak masuk toilet..kadang-kadang nak terkencing pon dia dok tahan lagi sebab nak habiskan bacaan doa tu..Kalau kena marah, mesti dia akan cakap "Maaf mama, Amirul tak nak buat dah"..Kalau aku dulu, lepas kena marah dengan mak, mesti duduk diam dalam bilik konon-konon nak memberontak ke apa tapi lepas tu takde pon nak ucapkan perkataan Maaf tu, ego nya aku dulu..Tapi bukan salah kita juga, sebab dulu-dulu masa kecil di sekolah mungkin tak diajar (kalau cikgu ajar pon rasa macam malu nak luahkan dekat mak sendiri) Teruk kan? Tapi takperlah, at least aku bersyukur anak-anak sekarang dah makin bijak dalam berkata-kata & moga nilai-nilai murni ni akan terus lekat membesar bersama mereka sampai ke tua:)

- Sangat suka tengok kartun & Ultraman..Sekarang ni memang aku hadkan waktu menonton sebabnya kalau dah tengok kartun tu, panggillah seploh kali pon dia tak dengar..Pastu PC & henset aku memang tak bagi pegang sebab geram, mesti layan youtube & layan game! Hehehe Aku ni memang strict sikit bab tu sebab pernah sekali dia main henset aku then dia tukar setting sampai ke sudah mama dia tak reti nak godek suruh balik ke setting asal..Geram betul!!

- Herm, rasanya itu sahajalah kot perkembangan Haziq di sekolah..biasa-biasa sahaja anak aku ni..Aku harapkan semoga membesar menjadi anak yang soleh & mendengar kata. Semoga dapat menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik & semoga dapat kawan dengan orang yang baik-baik sahaja & semoga berjaya dunia akhirat..Insya Allah..Berapa banyak semoga daaaaaaa

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

3 ulasan:

mummY daniSha berkata...

yeaaa sy jumpe belog akak pun sebab carik pasal GA>..oklaa tu kak perkembangan haziq..kak,little ihtifal tu utk 5 dgn 6 years je ke?

Qaseehtolia berkata...

Alhamdulillah..ok ler tu perkembangan haziq..tak leh letak pressure sngt.. tp terpulang pada mak bapak msg-msg..betul x? Elena pun baru masuk Buku 10..slow-slow..

Zaila Mohamad berkata...

mummy Danisha,

little ihtifal tu rasanya macam pesta konv budak 6 years

Qaseeh Tolia,

malu juga dengan anak2 yang dah habis buku 11 tapi tak nak letak pressure sangat..janji dia enjy sekolah:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^