Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 16 Ogos 2013

Gambar Hari Raya 2013

Assalamualaikum,

Selamat hari raya buat semua pembaca blog ini. Seronok baca cerita raya korang ya, memang meriah! Alhamdulillah, kami sekeluarga pun seronok sangat balik beraya di kampung & rasanya hari raya tahun ini adalah hari raya yang penuh bermakna buat kami sekeluarga. Alhamdulillah di atas rezeki dari NYA..berpeluang juga pulang ke kampung awal beberapa hari sebelum hari raya. Kami pulang hari Sabtu lagi, itupon setelah membuat penghantaran kerepek yang terakhir iaitu di Taman Andalas Klang. Berpeluang juga merasai kenikmatan dan keseronokan berpuasa di kampung, memang sangat-sangat berbeza dengan cara kami di bandar ini. Kalau bab makan usah cakaplah, yang mana berat sudah berkurang pon confirm akan naik balik bila berada di kampung..hihi

Oklah, jom lihat koleksi gambar hari raya kami sekeluarga. Tahun ini tema kain sepapan, terima kasih buat en suami yang berusaha beli kain ni di Dubai tempoh hari. Setelah 8 tahun berkahwin, merasa juga pakai kain sedondon bersama-sama:)


Gambar keluarga di pagi hari raya di rumah en suami. Alamak, Ashraf tiada di dalam gambar kerana sudah ketiduran. Masa ni kalau tak silap dalam pukul 11 pagi tapi agaknya penat melompat-lompat terus tetidur di tengah-tengah ruang tamu..


Satu-satunya gambar bersama en suami. Memang takdenya nak ambik gambar loving-loving pegang-pegang peluk-peluk. Ini pon gambar ihsan dari adik ipar..ai love you bie, ampunkan dosa mama dunia akhirat ya!

Pagi raya mak mertua aku sediakan nasi kerabu berlaukkan serati goreng. Ya Allah sedap sangat-sangat, tambah pula kalau orang yang masakkan kan? hihihi Dasar menantu hantu, tahu nak makan sahaja:P


Gambar raya bersama keluarga belah en suami. Dalam gambar ini hanya ada Abang Sir sekeluarga, Kak Ani sekeluarga, Abang Yi sekeluarga dan kami sekeluarga campur dua adik bujang. Yang lain masih belum pulang & beraya di kampung mertua masing-masing. Yang kelakarnya aku masukkan gambar ni dalam facebook kemudian salahs eorang dari pelajar kelas asas blog aku kenal Abang Yi, rupa-rupanya Abang Yu merupakan bekas pelajar kepada pelajar aku..HAHAHA Mesti korang tak faham kan? Yang penting, kecilnya dunia ini. Alhamdulillah ditemukan kembali di dalam dunia online


Gambar anak menantu perempuan mak mertua aku. Kalau agak-agak muka lain tu menantulah, kalau agak-agak muka sama dengan mak mertua kompomlah anaknya:)


En suami tiada dalam gambar kerana dia sibuk nak jadi tukang pukul gambar (sungguh kelate bunyinya) kemudian baru tahu gunakan timer dari henset tapi aku tak ambil gambar tu dari handset kakak iparku so redhakan aje gambar suami tiada di sisi..huhu


Dalam tengahari kami balik beraya di rumah aku pula, kat rumah sini sunyi sepi sahaja, maklumlah tak ramai adik beradik, tapi petang tu sempat juga paksa mak & Tok Ayah bergambar bersama-sama kami sekeluarga. Khas buat tatapan Kak Na di Labuan, tengoklah muka-muka yang dirindui selalu ni:)

Dalam gambar di atas adalah adik bongsu aku; Poksu Di..sekarang dalam tahun akhir pelajar perubatan di HUSM Kubang Kerian, siapa nak meminang, sila-silakan tapi pastikan anda seorang yang penyabar & rajin mengemas..muahahaahaha


Alhamdulillah, kesihatan ayah sudah beransur baik. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kedua orang tuaku..Amin..

Petang tu kami ke rumah kakak sulung aku. Lama juga tidak bertemu, masing-masing sudah ada anak & cucu. Tok Ayah sendiri sudah ada 11 orang cicit. Ya Allah, makin berkembang keluarga Mat Pok Nik Soh ni:)

Hari raya kedua pula ke rumah bapa saudara & mak saudara belah aku. Famili belah mak memang tak ramai so takderlah banyak rumah nak kena singgah..Tapi kalau famili belah en suami, ya ampun, seminggu pon belum tentu habis singgah menziarahi semuanya!

Hari raya ketiga rumah mak mertua buat makan-makan sempena hari raya. Terim kasih buat abang Zul yang sponsor duit untuk majlis ini, walaupun mereka sekeluarga tidak pulang beraya di kampung. Abang Zul menyambut lebaran di bumi Vietnam tahun ini, dari gambar-gambar yang dihantar melalui whats app nampak macam meriah juga sambutan di sana:)


Bersama-sama kakak ipar rewang untuk siapkan lauk-pauk, beruntung mak mertua sebab ada ramai anak dan menantu yang rajin-rajin (tolak aku) HAHAHA. Masa dalam gambar ni tengah siapkan menu acar, kaum lelaki pula ke pasar pagi tabur duit beli nasi bungkus..Fuuuh kaya siapa yang meniaga nasi berlauk pada haritu, sampai beratur orang membeli ramai sangat kata en suami! Huh, ni ambo nak nego jual nasi jugok ni!


Bahagianya mak mertua aku sampaikan aku gelarkan orang paling kaya dalam kampung ini, bukan kaya harta tapi kaya anak cucu..hihi Penuh depan rumah dengan kereta anak menantu yang pulang beraya. Ini pun masih ada yang tak cukup kerana beraya di perantauan. Untung beranak ramai hanya boleh dilihat bila semua anak-anak sudah besar, kalau di kala kecil ni, memang penatlah sikit:)


Anak-anak aku terutamanya si Haziq & Husna adalah yang paling happy sebab dapat bermain dengan sepupu-sepupu. Memang riuh rumah papan dengan suara kanak-kanak berlari & melompat atas lantai. Si Ashraf tu sengaja aje jalan sambil melompat sebab di rumahnya mana ada bunyi-bunyi papan..Mandi pun nak bersama-sama dengan sepupu-sepupu, yang perempuan dengan geng perempuan yang lelaki dengan geng lelaki:)


Menu hari itu adalah gulai kambing, kerutuk serati, acar timun dan juga ikan masin..Alhamdulillah memang licin sampai ke malam. Tak putus-putus tetamu datang yang rata-ratanya adalah kaum keluarga juga.

Esoknya sesi menuntut ilmu belajar untuk buat mee rojak pula. Sifunya pula adalah bapa saudara en suami yang dahulunya seorang peniaga mee rojak! Alhamdulillah, rajin anak-anak buah & adik ipar menyalin resepi...Aku?? Tukang makan sahaja..hihihi Nanti balik Shah Alam lah prektis kembali ilmu yang diserap di dapur itu


Zaman serba canggih, salin nota dalam Note..ko hader?? Jangan tahu salin nota sahaja, pastikan selalu juga diprektikkan..cewah, peringatan buat diri sendiri juga ni..hihi


Inilah gurunya, siap tertidur tunggu anak murid balik beli bahan mentah...huhu Zaman dah terbalik, tok guru yang tunggu anak murid..huhu


Acara menggoreng cucur, Alhamdulillah memang sedap rasanya mee rojak yang adik beradik ipar duai sediakan haritu. Tapi kalau nak jual rasanya macam harga nak kena UP sikit memandangkan semua bahan-bahan memang yang asli & terbaik digunakan


Inilah rupa mee rojak tersohor tu, ada yang terliur tak?? tapi kalau nak buat masa open house kena ada ramai pembantu sebab banyak bahan nak kena sediakan..huhu Nanti aku kongsikan resepinya di blog ini nanti..Insya Allah


Bila di kampung, suasana malam memang banyak nyamuk tapi ada sorang budak nama Ashraf tu koboi aje tido pakai pampers sahaja..isy isy isy anak sapelah tu ya?


Pagi hari raya kelima sempat bawa ayah ke Pejabat Tanah Bachok, ada urusan yang harus diselesaikan. Ya Allah ramainya orang, biaserlah time cuti beginilah untuk berkumpul anak-anak selesaikan segala harta pusaka


Balik pula rumah Tumpat jumpa anak-anak buah. Famili Jamal selamat sampai dari Neger Sembilan pada petang hari raya ketiga lagi. Beginilah kami sekeluarga, tiap-tiap malam bergilir tidur Tumpat & Bachok..kan senang..hihi

Hari Selasa sudah bertolak balik ke Shah Alam, kali ni macam biasalah perjalanan memakan masa hampir 12 jam. Banyak kali juga berhenti tidur di sepanjang jalan. Alhamdulillah sampai juga di rumah sarang kami sekeluarga.

Buat semua kawan-kawan, selamat hari raya diucapkan sekali lagi. Kalau buat open house jangan lupa jemput kami yaaaaa

Bye!


6 ulasan:

Unknown berkata...

besarnya keluarga zaila...berkumpul ramai2 cenggini memang best la...

Tanpa Nama berkata...

sangat unik kan kelantan ni..bila raya menunya xdela lemang rendang bagai...tapi tetap nasik gulai serati kerutuk sambal lado...hahaaa

Tie HT berkata...

selamat hari raya :)

NrlAidaHml berkata...

Meriahnya kak raya kat kampung!!Semua ada plus ramai pulak tu..memang lebih bermakna la kan dapat jumpa semua orang time raya..budak2 lagilah happy!!hihihi

ziana berkata...

Wah seronoknya.. Siap masak sesama sekali.. Sekali sekala jadi Menantu Hantu ok ape...

Nurhayati berkata...

seronok tgk family besar, meriah giler..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^