Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 5 September 2013

Diari WAHM SAHM SOHO : Bagaimana Mahu Memulakan Bisnes Online

Assalamualaikum,

Sejak dari isu kenaikan harga minyak yang melanda negara kita yang aman ini, aku selalu dihujani *cewah ayat penulisan bahasa sastera dah ni* pertanyaan demi pertanyaan melalui email dan facebook. Bagaimana mahu memulakan perniagaan, bagaimana nak berniaga secara talian dan macam-macam soalan lagi lah! Hihihi

Kalau nak diceritakan pengalaman aku ni memang panjanglah kan sebab aku bermula pada tahun 2009 lagi. Masa tu baru bermula dengan blog ini dan aku wujudkan satu lagi blog iaitu Mari Kelih yang pada masa tu memang tak ada niat pun nak komersialkan namanya. Biaserlah, sekadar suka-suka mahu mencuba pasaran sahaja. Masa tu ambil gambar guna handset Nokia sahaja (mana ada lagi handset canggih manggih ni) tapi alhamdulillah berjaya juga pasarkan barang-barang hingga seluruh Malaysia terutamanya ramai pembeli dari Sabah & Sarawak.

Sekarang ini pun, walaupun sudah tidak aktif lagi menjual barangan secara online, aku masih lagi aktif menjual secara menjadi ejen dropship kerana ianya memudahkan aku. Maklumlah, kalau dahulu masih bekerja tapi sekarang sudah menjadi surirumah, kekangan untuk keluar sesuka hati memang menghalang aku untuk bergiat aktif. Tambahan pula anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian yang lebih. Jadinya aku memilih untuk menjadi ejen dropship sahaja. Cukup senang kerana tidak perlu keluar dari rumah tetapi dalam masa yang sama masih boleh berniaga:)

Sekarang ini Alhamdulillah sejak menjadi guru online, bertambah pula rezeki yang masuk. Sekadar berkongsi kepakaran dalam bidang perniagaan online bersama-sama kaum suri yang lain. Tetapi di dalam kelas aku ni bukan setakat kaum suri sahaja, kaum Adam pun ada juga tau! Jangan main-main. Semua berbekalkan niat yang sama iaitu ingin menimba ilmu:) Ada orang cakap tak perlu nak keluarkan duit untuk belajar buat blog dan fanpage kerana zaman sekarang semua boleh buat sendiri. Iya, memang tak dinafikan, sebab aku dulu pon sama tapi pada yang nak cepat belajar dan menguasai kemahiran, sekadar mengeluarkan sedikit wang untul ilmu itu adalah tidak menjadi masalah.

Ok, pada yang bertanya bagaimana mahu memulakan bisnes online, ini jawapannya :

1) Talian internet

Ini yang paling penting. Dunia sekarang sudah semakin maju, celik mata sudah buka facebook, boleh diakses melalui telefon, PC mahupun ipad. Tak kisahlah anda pengguna Maxis, Celcom, Digi, Unifi mahupon Streamyx, asalkan ada talian internet boleh berniaga dah!

2) Platform untuk berniaga

Pada yang mahu bermula dari bawah, gunakan kemudahan yang percuma seperti blog. Tidak perlu bersusah-susah nak beli domain sendiri kerana ianya menggunakan sejumlah modal yang besar. Antara domain yang mendapat tempat di kalangan pengguna internet adalah blogspot kerana ianya mesra pengguna dan juga mesra carian di enjin carian.

3) Facebook & networking

Kalau sudah ada blog tapi masih belum ada jualan. Agak-agak kenapa ya? sudah pastilah kerana pasaran kita masih belum meluas. Kalau setakat update blog sekadar syok sendiri, sendiri tulis sendiri baca sudah pastilah tiada siapa yang tahu akan barang yang kita nak jual. Jadi sebaiknya kita ada sebuah akaun fanpage di dalam facebook kerana iainya sudah menjadi trend terkini iaitu berniaga melalui facebook. Networking atau rangkaian kawan-kawan juga penting dalam menaikkan produk kita.

Selepas ada ketiga-tiga perkara ini, anda dah boleh berniaga dah. Cuma nak kena tambah satu benda lagi iaitu kerajinan & usaha tanpa henti. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, baik lupakan sahaja niat untuk memulakan perniagaan online tu :P

Sekadar berkongsi :


Puan Noriati sudah pun selamat menjadi pelajar kelas asas blog & fanpage aku dan merupakan pelajar pertama yang berada di luar negara nun jauh di bumi sakura. Alhamdulillah zaman sekarang dunia serba canggih, perbezaan jarak bukan penghalang untuk belajar. Jom baca blog kak Noriati di sini (Travelog Bumi Jepun) dan berkenalan dengan kak Noriati. Insya Allah nanti kak Nor akan menjual pelbagai jenis fabrik dari sana.


ini pula pelanggan yang mendapatkan kapsul habbatussauda dari blog Gedung Barangan Sunnah Online aku. Orangnya berada di Jordan tetapi membuat tempahan untuk dihantarkan kepada ibunya di Kuala Lumpur. Senang kan berniaga online, di mana sahaja boleh membuat tempahan:)


Ini pula pelanggan dari blog MKSPartySolution. Perniagaan "part-time" aku di hujung minggu. Kenapa hujung minggu? kerana aku hanya membuat penghantaran pada hujung minggu sahaja. Kalau nak beli kena tempah sebulan awal. Pun indah bekerja sendiri di mana kita yang menentukan masa bekerja kita. Kalau clash dengan plan lain, boleh tolak tempahan. Rezeki Allah maha luas, kalau sudah tercatit itu rezeki kita walau susah macamana pun tetap akan dapat :)


yang ini pula rentetan dari entri Ilham SOHO Dari Ikea, tak sangka ramai yang baru tahu apa itu SOHO, betapa pentingnya mempunyai SOHO di dalam rumah untuk keselesaan kita bekerja. Sekarang pula sudah ada SOFO (Small Office Family Office) Nanti aku cerita lagi :)


perniagaan kerepek juga masih berjalan seperti biasa :)

yang ini pula kejadian pagi tadi, pelajar pertama aku meluahkan status di facebook bangun pagi sudah dapat order dari Sabah. Kan seronok macam tu!

Pada yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog & fanpage, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
sms / whats app : 012-3228651
facebook : zaila mohamad

Salam kasih sayang buat semua.

Ruangan iklan juga sudah dibuka, baca di sini http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html untuk keterangan lanjut.


1 ulasan:

mummY daniSha berkata...

tahniah kak...suri rumah yg sukses hehhee....salute kat akak

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^