Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 10 April 2014

Buat Kad Ahli Aeon Big & Nikmati 5% Diskaun Atas Semua Barang

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita tentang shopping barang-barang dapur pula. Biasalah kalau jadi surirumah ni memang tak sah kalau tak hafal senarai harga barang basah atau kering ya tak? Tapi aku selalunya en suami lah yang ingat sebab dia yang selalu menjadi mangsa membeli barang-barang dapur. Kalau hujung minggu kami ke Econsave depan rumah ni je untuk beli barang tapi kalau tak sempat, en suami lah yang jadi mangsa kena singgah membeli lepas balik kerja.

Ahad lepas aku yang cadangkan en suami ke Carrefour Bukit Rimau pula (sekarang sudah bertukar nama kepada Aeon Big). Bukan apa, bosanlah asyik pergi Econsave aje. Kat situ memanglah barang-barang murah tapi dalamnya tak "happening" macam pasaraya besar yang lain. Maksud aku tak ada kedai makan yang best-best. Kalau dalam Aeon Big Bukit Rimau ni ada KFC, The Chicken Rice Shop, Pak Hailam Kopitiam & beberapa kedai lagi. Sampai-sampai aje di sana, ada staff bagi tawaran untuk buat kad ahli bagi menikmati diskaun 5% pada setiap 28hb. Waaahhh bagus juga kan?

Tapi kena ingatlah, setiap 28hb je tau. Jangan pergi pada 29 atau 30hb, sudah pasti tak dapat potongan 5% tu. Diorang pon cerdik pandai juga nak meniaga, takkan setiap masa nak bagi diskaun jadinya pada setiap 28hb sahaja diskaun 5% akan diberikan pada semua produk. Kalau hari biasa pula, ada juga beberapa tawaran yang menarik (sebenarnya tawaran menarik tu sama harga dengan tawaran biasa di Econsave).


Inilah rupa kad tu. Bila daftar tu kena isi borang dan terus dapat untuk digunakan. Tak perlu bayar wang keahlian pun. Best kan?

Hari itu, walaupun takdelah banyak barang yang dibeli tapi habis juga dalam RM250.00. Itupun banyak menahan nafsu, kalau tak semua nak letak dalam troli. Aku suka juga beli baju anak-anak di sini. Baju pakai di rumah, harga murah lepas tu cantik pula tu.


Husna bergaya dengan baju yang dia pilih. Harga RM10.00 je sehelai, kebetulan ada seluar legging yang coraknya sepadan dengan warna baju tu yang berharga RM15.00. Baju Ashraf pakai pula harga RM7.00 sahaja. HAHAHA

Habislah kena kutuk sebab harga baju anak-anak pun nak cerita :P Iyalah, aku nak cakap yang tak semestinya kena beli baju mahal baru nampak bergaya. Macam Husna tu, bila pakai nampak macam jenama MIKI KIDS aje! Hamboi >____<!

Oklah, semoga surirumah sekalian bijak menguruskan kewangan keluarga. Mana yang tak penting atau tak perlu beli tu tak payahlah beli. Duit yang boleh dijimatkan masuk dalam tabung percutian keluarga. Hujung tahun boleh bawa anak-anak jalan-jalan dalam negara mahupun luar negara. Tak ke bagus?

Laluan iklan sat....

Kelas akaun offline

Yuran RM220

tarikh: 10.5.2014

Lokasi: Shah Alam

Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam

Masa-9pg -5ptg

Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul

1. Pengenalan Book keeping and accounting

2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer 

3. How to do record keeping

4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?

5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi???? 

6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Bonus 1:

Ebook asas blog 

Ebook 101 idea home based bisnes

Ebook Jejak Aliran Tunai

Bonus 2:

2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3: 

Temuramah untuk ruangan bisnes majalah

Bonus 4

Jaminan pulangan wang

Jika berminat sila hubungi aku untuk pendaftaran melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/ Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Terima kasih :)

3 ulasan:

kayyana berkata...

thanks for the info.. kat Putrajaya ni ada juga Aeon big ni.,.kene remind klu nak bli barang bli 28hb je hehe

Irfa berkata...

haha, betul tu, kalau orang lawa
pakai hbag petaling street pun nampak cam ori ;)

akak pun suka kumpul point kad nih

Zaila Mohamad berkata...

kayyana,

salam perkenalan..hihi silalah buat reminder di dalam henset ya :)

Kak Irfa,

hahaha yang penting keyakinan diri :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^