Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 7 April 2014

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Mokra

Assalamualaikum,a

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga laptop baru. Sabtu lepas berjaya juga pergi cari laptop dan printer baru:)

Jadi, bolehlah update gambar perkahwinan adik ipar aku yang berkahwin 27hb Mac yang lepas. Hoorrayyy! Tapi minta maaflah ya, gambar memang tak banyak sebab ahkak memang jenis stok malas nak bergambar:)
Inipun harapkan ihsan dari telefon adik-beradik yang dikongsi dalam "group Telegram" adik beradik belah en suami. Jom layan gambar dulu.


Ini gambar diambil dari akaun facebook adik ipar aku sendiri. Selamat pengantin baru buat Mokra & Uncle Tom. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Haziq pernah bertanya pada aku "Mama, Mokra masih jadi keluarga kita lagi ke?" Rasa janggal bila melihat Mokra sudah berpunya, lepas ini takde dah peneman kami di kala en suami keluar negara atas urusan kerja. Mokra mesti nak balik ke pangkuan Abang Tom yang dikasihi tu :P

Aku jawab pada Haziq "Mokra masih lagi keluarga kita cumanya sekarang dah bertambah seorang lagi iaitu Uncle Tom". Haziq tersengih bila berhadapan dengan Uncle Tom. Masih lagi malu-malu kucing gayanya!


Gambar ini di Masjid selepas akad nikah dijalankan. Sebenarnya kami sampai lambat, maka tak sempat nak melihat proses akad nikah. Taaaapiiii sampai-sampai aje orang ajak bergambar:)


Gambar kami sekeluarga di rumah pengantin lelaki di Bukit Yong Pasir Puteh. Muka masing-masing dalam kepanasan. Ya Allah, memang panas sangat cuaca di Kelantan. Sambil makan peluh menitik-nitik, nasib baik tak masuk dalam nasi aje..Hihihi


Orang perempuan kalau bab bergambar memang laju kan? Ini semua kakak ipar dan biras-biras aku. Semua awet-awet muda belake!


Husna bersama-sama dengan sepupunya. Boleh diberi gelaran "3 Dara Pingitan"


Yang ni pula geng "Bujang Lapok" Hahaha Memang cute lah diorang semua ni


Hari tu tak tahulah tema warna apa tapi semua adik-beradik perempuan memakai baju kurung hijau yang kakak ipar (sebenarnya biras) aku belikan di Vietnam. Semua sedondon aje :) Anak-anak perempuan pun sama juga, nasib baiklah tudung tak sama, kalau tak boleh buat marhaban dah :)


Ini pelamin yang disediakan oleh kawan adik ipar aku. Nanti aku akan letakkan nombor telefon sekiranya ada yang berminat. Pakej yang ditawarkan murah-murah aje dan cantik juga mata memandang :)


Gambar yang ini paling kelakar, en suami dengan seluar sengetnya, anak-anak tak tengok kamera tapi mama masih maintain vogue! Biasalah hari tu isteri-isteri bukan main lagi bergaya tapi sang suami? Masing-masing sibuk dengan tugasan menyediakan air dan melayan tetamu.


Aku ke mana-mana memang kena sentiasa bawa handbag jenama Azzam Haneef. Kalau tak nanti mamat tu akan meraung sekuatnya. Aduiiiii, henbeg ni mahal wooooooo, takde dijual di mana-mana butik di sini.

Oklah, itu sahaja gambar yang boleh dikongsikan. Insya Allah kalau ada lagi gambar yang menarik dari kamera jurufoto profesional, aku akan masukkan lagi. Maklumlah, ini semua kenangan. Nanti anak-anak bolehlah telek balik gambar-gambar ni.

Sambung nanti ya. Salam kasih sayang buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

1 ulasan:

tifaanvar berkata...

selamat pengantin baru.
Cntik kedua mempelai

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^