Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 8 April 2014

JJCM : Nasi Arab Saba Cyberjaya


Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas kami ke Cyberjaya untuk makan nasi arab di Restoran Saba' bagi meraikan pengantin baru ; Mokra & Uncle Tom. Sudah lama rasanya tak makan nasi arab di sana. Memang berbaloi sangat-sangat pergi jauh-jauh kerana semua anak-anak aku suka makan nasi yang dihidangkan tu.

Kami order lamb mandy saiz besar untuk 2 set. Kalau tak silap harganya RM30 sepinggan besar tu. Alhamdulillah memang licin dimakan oleh 6 dewasa & 4 kanak-kanak. Lepas tu, bungkus lagi lamb khabsah bawa balik rumah. Pun sekejap aje anak-anak aku yang habiskan nasi nya. Lauk mereka tak makan sangat tapi lebih suka makan nasi nya sahaja. Aduuuh tiba-tiba lapar pula bila bercerita tentang nasi arab ni :)

Bagi mereka yang tidak pernah mencuba nasi arab Saba' ni, aku nasihatkan supaya kalian mencubanya. Memang sedap! Kalau tak mahu keluar rumah pula boleh cuba masak sendiri nasi arab ni. Meh dapatkan pes nasi arab siap dengan beras basmathi lagi.


Boleh dapatkannya di sini (Gedung Barangan Sunnah Online Anda). Nak puasa ni bolehlah beli stok untuk dicuba untuk juadah berbuka puasa nanti :) Bagi mereka yang mahu menjualnya di pejabat mahupun menjadi ejen dropship, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu kembali.

3 ulasan:

Rizziela berkata...

dekat sangat dengan office..dulu rajin pergi gak lunch time tp menunggu ya ampun..ramai sangat

Irfa berkata...

mmg saba' pilihan kami se family klu teringin nak makan nasi arab.
sy punya feveret, lamb dalam foil tu

tifaanvar berkata...

huhuhu... Sedapnya....

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^