Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 27 Ogos 2014

Pengalaman Berpantang Anak Ke 5

Assalamualaikum,

Mesti ramai yang ternantikan entri pengalaman berpantang dari aku kan? Ahaksss, ahkak kan suka bercerita sebab itu lah blog ini masih "hidup" walaupun sudah "suam-suam kuku" sahaja :P

Alhamdulillah, pada usia belum mencecah 32 tahun aku masih diberikan peluang mengandung dan bersalin. Ehem ehem nak bagitahu juga usia tu kerana ramai yang ingat aku ni sudah melewati usia 35. Saje tau uols ni, ahkak tahulah ahkak ramai anak tapi ahkak baru je masuk 3 series beberapa tahun yang lepas. Nampak gaya aku kena kuruskan badan pakai lawa-lawa baru lah orang ingat aku ni anak dara lagi dan sedang memegang adik-adik je tu (HAHAHA kenyataan tak boleh blah!)

Berpantang kali ini memang pada aku sangat-sangat mencabar. Alhamdulillah, masa bersalin memang Allah mudahkan semuanya. Luka bersalin pun tak banyak dan masa bersalin anak-anak aku pun terjaga. Pantang kali ini dalam bulan puasa, memang semuanya sendirian berhad sahaja. Selalunya mak mertua aku akan datang juga tapi memandangkan aku bersalin dalam bulan puasa, macam tak sampai hati pula mahu biarkan MIL tinggalkan terawih semata-mata nak jaga cucu. Lagipun ini bukannya kali pertama aku bersalin jadi aku hanya perlukan perancangan awal dan Alhamdulillah Allah mudahkan. En suami juga banyak membantu dalam menjaga dan menguruskan anak-anak.

Tapi tak semestinya apa yang kita rancang itu akan terlaksana. Contohnya, berpantang kali ini aku beli produk Leesa Formula (pantang anak ke 2 dan ke 4 juga makan produk yang sama) tapi sampai sekarang masih belum habiskan kerana awal-awal pantang Aaliyah disahkan kuning (jaundice) jadi terpaksalah untuk tidak mengambil sebarang ubat mahupun jamu-jamu agar Aaliyah tidak "panas" kerana che mek molek itu menyusu badan sepenuhnya. Masa aku beli haritu pun sehari sebelum bersalin dan aku tidak beli set kerana sudah tahu produk mana yang sesuai dan memang elok untuk dimakan.

Sebelum bersalin sila pastikan yanng tukang urut sudah bersedia untuk datang berurut. Kalau boleh cari lah tukang urut yang menyediakan pakej memandikan baby sekali. Pantang kali ini aku setia mengambil khidmat tukang urut yang pernah datang mengurut aku waktu berpantangkan Azzam dulu. Memang best! Kali ini aku ambil siap-siap pakej untuk memandikan baby dan mandian untuk aku sekali. Yang bagusnya bukan setakat baby dimandikan, aku pon dimandikan juga. Haaaa jangan tak tahu, akak ini siapkan mandian dan ajar cara-cara untuk mandi air rebusan daun-daun yang telah dipilih. Tips dari aku : ketika memilih tukang urut, carilah yang memiliki kenderaan sendiri supaya kita tidak perlu mengambil dan menghantarnya. Selain itu jangan cari tukang urut yang berorientasikan duit dan perniagaan. Pengalaman aku masa berpantang anak ke 3, tukang urut datang urut tubuh dan sibuk promote barang MLM!! Sungguh aku tak suka!

Apabila selesai berurut dan bertungku memang terasa badan ringan dan bertenaga. Masa ini memang aku dah masuk dapur untuk sediakan juadah berbuka. Maklumlah, Haziq masih dalam proses untuk belajar berpuasa jadi memang kena masak ikut selera dia. Kami memang jarang sangat beli makanan di bazaar kerana pertamanya memang tak suka dengan masakan orang lain dan kedua sudah tentulah harga yang mengarut dan belum tentu terjamin kebersihannya. Sekali sekala bolehlah telan tapi kalau hari-hari, aku lebih rela makan nasi dengan kicap tau!

Bab makanan dalam pantang pula aku hanya boleh kongsikan tips iaitu makanlah makanan seimbang dan banyakkan makan sayur sawi. ALhamdulillah, pantang kali ini aku tidak mengalami sembelit kerana memang setiap kali makan aku sediakan sayur air sawi atau bayam hijau/merah. Kalau nak banyakkan susu badan tambahkan lobak putih ke dalam masakan. Halia dan lada hitam pun aku tak makan sangat kerana Aaliyah kuning. Selain itu, aku minum air longan dan kurma untuk banyakkan susu badan dan memang ternyata menjadi untuk diri aku (kalau orang lain tak pasti)

Untuk krim losyen pula adik ipar aku perkenalkan dengan losyen Anugerah. Memang best sangat pakai losyen ini sebab panas dan kalau dah kena air pun masih terasa kepanasannya. Bau juga harum je, kalau lepas mandi pakai losyen ni memang rasa lega sangat-sangat. Angin juga keluar tak putus-putus (HAHA sila fikir sendiri angin keluar ikut mana, takkan aku nak bagitahu semua). Sekarang dah masuk losyen kedua dah aku guna. Tapi takdelah berdisiplin sangat untuk sapu. Kadang-kadang waktu ingat tu sapu lah, kalau dah sibuk layan anak memang asyik lupa aje nak sapu. Cuma aku perasan, kalau aku ada pening-pening kepala, hanya ambil sedikit losyen ini dan sapu di kaki dan perut, insya Allah lepas tu angin keluar :))

Berita baik, losyen ini aku ada jual. Jadi sesiapa mak buyong yang mahukan kelainan dan mahu mencuba sendiri losyen Anugerah ini. Bolehlah email atau whats app ke 012-9706828 untuk urusan pembelian. Setakat ini hanya losyen sahaja yang aku jual. Tak semestinya ibu dalam pantang yang boleh guna, mereka yang mahu kecilkan pinggang atau pinggul atau peha pun boleh cuba juga tau :P


Akhir sekali, sentiasa berfikiran positif dan dapatkan bantuan sekiranya rasa diri ini tidak mampu atau tidak larat untuk menguruskan keluarga. Alhamdulillah, walaupun pelbagai musibah melanda semasa aku dalam pantang tapi masih lagi boleh tersenyum. Emosi ibu berpantang memang kena jaga kerana jika kita tidak menjaga seeloknya kemungkinan boleh menjurus kepada "meroyan" dalam bahasa kita, kalau bahasa mediknya lupa lah pula dipanggil apa. Yang penting sentiasa ingat Allah dan jangan fikirkan perkara yang tidak elok. Maksudnya sentiasa bertenang sahaja (iyalah tu!) HAHAHA

Apa-apa pun, aku ucapkan semoga ibu-ibu yang bakal bersalin akan bersalin dengan mudah dan berpantang dengan bahagianya! Aku dah habis pantang (lama dah) sebabnya dalam pantang lagi dah keluar rumah ulang alik ke klinik mengambil darah si Aaliyah untuk pemeriksaan kuning. Yang penting jaga makan, jaga langkah dan jangan "stress-stress". Anggap ini sebagai pengalaman berpantang yang setiap anak sudah pasti berbeza-beza. Yang penting ingat Allah. ALhamdulillah!

Oklah bye!

3 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah mokcik zaila.
Eh, kak Zaila.

-dari peminat setia.

Irfa berkata...

akak dah lama ada orang igt 35
beberapa tahun lalu, huhu

Unknown berkata...

baca blog ini saya rasa bagai dpt semngt

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^