Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 4 Mac 2015

Mahu Berhenti Kerja? Tapi Bila??


Copy paste dari sini : www.zailamohamad.com
Teks : Zaila Mohamad
Assalamualaikum,
Bila agaknya waktu yang sesuai untuk berhenti kerja ya? Jika diajukan soalan ini kepada saya, sudah tentulah saya akan jawab SEKARANG! Percaya atau tidak, soalan ini juga sentiasa bermain di minda saya sewaktu saya masih bekerja dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini ianya sudah tidak ada lagi di dalam minda saya dan kini sudah tiba masanya saya berkongsikan pengalaman sendiri pula kenapa saya melepaskan kerjaya saya demi untuk berada di rumah bersama anak-anak dan keluarga.
Di dalam ebook sulung saya “Surirumah Juga Boleh Berbisnes” saya ada ceritakan 5 SEBAB kenapa saya berhenti kerja. Saya kongsikan di sini 2 sebab kenapa saya berhenti kerja :
1.2.1 Langkah Penjimatan
Secara jujurnya, apabila anak semakin bertambah belanja rumah juga semakin meningkat. Semasa bekerja, saya menghantar anak-anak ke taska berhampiran dengan rumah. Untuk 3 orang anak, saya dan suami telah membelanjakan hampir RM800 untuk yuran bulanan. Jumlah ini belum dikira dengan kos pembelian susu dan lampin untuk diletakkan di taska tersebut. Ini juga belum termasuk dengan kos “lebih masa” yang dikenakan pihak taska sekiranya saya dan suami lewat mengambil anak-anak. Untuk hujung minggu juga kadang-kadang kesibukan tugas menyebabkan kami terpaksa bekerja dan menghantar anak-anak ke taska. Bayangkan, kadang-kadang hampir separuh malah lebih duit gaji saya dihabiskan untuk membayar upah jagaan anak-anak kami di taska. Tak dapat bayangkan jika saya masih lagi bekerja dan terpaksa menghantar 5 orang anak di situ, sudah tentulah kosnya akan meningkat berganda dari dulu.
1.2.2 Anak-Anak Lebih Terjaga
Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja, saya sudah banyak bersabar dengan ragam pengasuh dan anak-anak yang selalu jatuh sakit. Apabila kita menghantar anak-anak ke taska, memang menjadi satu kewajipan untuk mengunjungi klinik dalam masa sebulan. Bayangkan, selepas yang sulung demam disusuli pula yang kedua dan ketiga. Begitulah seterusnya kerana keadaan anak-anak yang bercampur gaul di taska menyebabkan mereka mudah berjangkit terutamanya jika ada yang demam selesema dan batuk-batuk. Episod berkampung di hospital juga sudah biasa dalam diari hidup saya kerana anak yang sulung mengidap asma. Seingat saya, sepanjang bekerja, 3 kali saya berkampung di hospital kerana anak, pertama di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, kali kedua di Hospital Salam Specialist Centre dan ketiga di Darul Ehsan Medical Centre kerana anak ketiga demam dan sakit mata yang berpunca dari berjangkit di taska.
Alhamdulillah, setelah berpeluang menjaga sendiri anak-anak, saya dapat lihat perubahan dan kesan positif terhadap kesihatan anak-anak saya. Jumlah kunjungan ke hospital juga sudah semakin berkurangan dan yang pasti anak-anak lebih terjaga dari segi pemakanan dan keselamatan. Semasa bekerja dahulu, pernah juga anak-anak kami dicederakan kanak-kanak lain yang berada di taska tersebut tapi demi untuk menjaga hubungan baik antara kami dan pihak taska, saya melupakan perkara tersebut. Adat budak-budak bermain, sudah tentu sesekali akan ada pergaduhan kecil. Langkah terbaik adalah dengan memberitahu penjaga supaya memberikan perhatian kepada anak-anak kita dan mengelakkan dari terjebak dengan pergaduhan.
Boleh baca selanjutnya dengan mendapatkan ebook “SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES”di sini : BORANG TEMPAHAN.
Di dalam ebook ini saya juga ada kongsikan beberapa kisah pengalaman surirumah yang telah berjaya melepaskan kerjaya demi keluarga. Ada di antara mereka terdiri dari golongan profesional iaitu jurutera di sebuah kilang. Ada juga yang pernah menjadi surirumah namun terpaksa bekerja kembali atas beberapa faktor yang mendesak. Namun kini, kembali selesa untuk terus berada di rumah menjaga anak-anak. Mereka ini bukannya semuanya mempunyai pendapatan yang sendiri dan sudah cukup selesa berada di rumah menguruskan keluarga. Jika anda mahu menjadi seperti mereka, mungkin boleh dapatkan ebook saya sekarang juga :)
Akhir kata, sebelum membuat sesuatu keputusan, jangan lupa “submit” doa terus kepada YANG MAHA ESA dahulu kerana DIA yang lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Seandainya tempat kita memang di rumah bersama keluarga dan anak-anak, maka mohon dipermudahkan segala urusan dalam menuju ke arah itu.
Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum :)

1 ulasan:

CikSaw berkata...

insya Allah..dalam proses ke arah ini...moga dipermudahkan...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^