Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 3 April 2015

Projek DIY SOHO Sempena GST, Jimat & Praktikal

Assalamualaikum,

Malam tadi ketika sibuk buat kerja di meja SOHO, si kenit Aaliyah suka benar "merayap" masuk bawah meja. Faham-faham jelah bawah meja kerja aku ni wayar berselirat semua ada, wayar komputer, mesin pencetak, pengecas telefon dan lampu meja. Jadi sangat bahaya jika Aaliyah bermain di kawasan ini.

Tiba-tiba "ting" otak teringat akan projek DIY yang aku terlihat dalam laman Pinterest. Huwaaaa laman itu memang berhantu, kalau dah masuk mesti akan merayau entah ke mana-mana lah nanti. Jadi, pastikan masuk sekejap sahaja bagi mencari inspirasi untuk bekerja dan bukannya curi tulang waktu kerja :P

Terus minta Aini bawa naik kotak kasut dan projek pun bermula. Kita gunting-gunting sket mana-mana yang berkenaan dan hasilnya seperti di bawah :


Apabila ditutup dengan penutup kotak tu nampak lebih kemas sedikit dan yang pasti semua plag tersorok.


Wah, sempena GST ni kena banyak berjimatlah kan. Guna pakai sahaja kotak-kotak di rumah dan transformkan jadi macam ni. Kalau rajin lagi, gunting majalah yang lama dan balut kasi senonoh sket :P Tapi aku nak tunggu ada budget nak beli kertas balut hadiahlah. Nak pilih corak jalur-jalur baru nampak lawa sket.

Masih lagi sembang GST, semalam Haziq bawa balik kertas ujian formatif subjek Akhlak. Alhamdulillah dapat 100 markah lagi dan aku pun bagitahu en suami yang Haziq dapat markah seratus lagi. En suami cakap "Wah, nanti papa nak bagi hadiah dan hadiahnya biar mama masak cokodok pisang untuk Haziq". Sengih-sengih HAziq sebab tak faham akan lawak papa dia ni. Maksudnya sempena GST ni kan nak kena berjimat-cermat, jadinya tak payahlah bawa anak-anak makan di luar, mama kena masaklah semua T____T"

Ok itu sahaja perkongsian DIY Projek dari aku, sesi ulang tayang dari facebook sebab dah takde modal sangat nak menulis. Tapi sekarang ini aku sukalah menulis santai macam ni. Takde lah fokus pada bisnes sahaja, nak coretkan pengalaman anak-anak membesar dan kehidupan aku juga. Bosanlah kan kalau asyik cerita pasal produk, produk:P Eh, tapi kalau sesiapa yang mahu letakkan iklan di blog aku boleh jewwwwww, casnya tak mahal pon hanya RM25 sahaja siap BONUS dapat ebook SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES lagi. Nak tak? Kalau nak, sila emel ke zailamohamad@gmail.com

Ok terima kasih kerana sudi membacanya.

1 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

wah...terus kemas....n cun...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^