Bahagianya saya sampai pipi pun makin menimbun :)
Assalamualaikum,
Hari ini (Jumaat) tajuk Tanyalah Ustazah sangat-sangat menarik iaitu SURI PROFESIONAL. Untuk pengetahuan semua, jawatan surirumah ini adalah buat semua wanita yang dah berkahwin tak kisah lah yang sedang bekerja atau yang tidak bekerja. Jawatan ini adalah yang paling mulia di sisi Allah jadi tak payah nak bergaduh kau hebat aku tak hebat atau kau boleh aku tak boleh ya :)
Ok hari ini aku nak berkongsi sedikit tips-tips yang diberikan oleh ustazah untuk menjadi surirumah yang profesional. Dalam erti kata lain surirumah yang berbangga dengan profesion ini. Ramai wanita yang sudah berkahwin dan menjadi surirumah sepenuh masa selalunya akan berasa malu atau rendah diri jika bertemu kawan-kawan yang bekerja atau masih belum berkahwin lagi. Mentaliti masyarakat kita ramai yang memandang jawatan berdasarkan DUIT iaitu jika bekerja makan gaji sebagai guru, pensyarah, doktor atau apa sahaja jawatan bermaksud akan ada GAJI. Sedangkan sekarang ramai surirumah sudah mempunyai pendapatan sendiri baik dengan berniaga atau dari pekerjaan yang tidak memerlukan mereka untuk keluar dari rumah. Jadi, pertama sekali kita harus menukar pandangan masyarakat terutamanya buat golongan mak-mak kita yang rasakan pekerjaan surirumah ini adalah satu profesion yang tidak menghasilkan duit.
Panjang pula pengenalan aku ya. Ini antara tips untuk menjadi suri profesional seterusnya surirumah yang bahagia :)
1) Percaya Kepada Allah
Sebagai seorang muslim sudah tentu kita akan percaya kepada ketentuan takdir yang telah Allah tetapkan buat diri kita kan. Jadi, sekiranya terdetik perasaan untuk menjadi surirumah, apa kata BERTANYA ALLAH DAHULU (BAD) kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Dalam rumahtangga, sudah tentu segala keputusan isteri akan dibincang bersama suami kan? Cuma sebelum memutuskan sebarang keputusan cuba tanya Allah dahulu adakah profesion ini terbaik buat kita. Alhamdulillah, kalau bagi aku sudah tentulah aku akan katakan yang aku tidak pernah menyesal melepaskan kerjaya aku sebelum ini untuk berada di rumah. Kita juga harus percaya kepada rezeki yang Allah akan beri. Rezeki ini sangat luas konsepnya bukan sahaja ditafsirkan dengan wang ringgit tetapi rezeki masa untuk terus bersama dengan anak-anak melihat mereka membesar juga merupakan satu rezeki yang tidak boleh dijual beli.
Pada yang telah mengambil keputusan untuk berhenti dan merasa terfikir untuk bekerja balik, mungkin boleh renungkan ayat di mana Allah tidak akan membebankan hambanya melainkan dengan kemampuan hamba tersebut. Begitu juga Allah jadikan manusia adalah dengan sebaik-baik kejadian jadi jangan sesekali rasa Allah menganiaya kita jika terpaksa mengandung, melahirkan dan menjaga anak-anak.
2) Sentiasa Jadi Orang Yang Positif
Bagaimana untuk menjadi orang yang positif? Orang yang positif ini tidak akan mudah merasa rendah diri dan tidak suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain. Untuk mengelakkan dari rasa rendah diri, surirumah juga digalakkan berkawan atau bersosial asalkan tidak melampau batas pergaulan yang dibenarkan di dalam Islam. Contohnya sesekali boleh keluar bersama teman-teman perempuan atau ajak suami bercuti tanpa anak-anak. Selain itu, sematkan dalam hati yang semua isteri kepada Rasulullah SAW adalah surirumah tetapi mereka juga menjadi wanita yang hebat dalam bidang masing-masing. Jadi, walaupun anda seorang surirumah jangan rasa rendah diri sangat kerana jika diikutkan inilah kerjaya pilihan yang sepatutnya semua wanita yang berkahwin akan pilih demi tuntutan agama. Surirumah bukan sahaja melahirkan anak-anak tetapi sebenarnya melahirkan generasi. Surirumah juga menjaga keperluan suami zahir dan batin suami agar suami tidak terjebak dengan maksiat di luar rumah,
Buat suami pula perlu juga tahu perubahan isteri ya. Ada isteri yang sangat tertekan dengan kerjaya surirumah ini mungkin kerana tidak mendapat sokongan dari orang yang tersayang sampaikan kadang-kadang menjadikan mereka murung dan tidak mahu bergaul. Jadi buat suami, jika mampu dan boleh berikan pembantu buat isteri sangat digalakkan tapi jika tidak mampu kena sama-sama memahami yang isteri penat menguruskan rumah seorang diri jadi jangan banyak komplen atau menyalahkan isteri ya. Sebaiknya layan isteri sebagaimana Rasulullah SAW melayan isteri-isteri baginda :)
3) Sentiasa Mencari Ilmu
Untuk menjadi surirumah profesional maka haruslah menjadi seorang yang profesional juga ya. Surirumah sekarang sudah tak sama seperti surirumah dulu, sekarang dipanggil zaman segala benda di hujung jari jadi surirumah amat digalakkan sentiasa mencari ilmu dengan mendengar kuliah di televisyen, radio, membaca buku mahupun internet. Namun, cara terbaik untuk menuntut ilmu adalah dengan keluar berguru sebagai contoh meminta kebenaran dari suami untuk keluar ke surau mendengar kuliah agama atau seminar. Antara ilmu-ilmu yang surirumah wajib tahu adalah :
- Ilmu agama
Ini sangat penting bagi menjadi seorang surirumah yang diredhai Allah dan suami. Surirumah perlu meletakkan keutamaan pada suami berbanding orang lain. Selain itu, jika didikan agama ada di dalam diri setiap surirumah sudah tentu isteri akan mengizinkan suami keluar ke surau. Ada setengah surirumah yang bising jika suami keluar ke masjid sebab tak tahan untuk jaga anak keseorangan (eh aku dulu lah tew :P) HAHA Selain itu banyak lagi ilmu agama yang harus dipelajari agar surirumah dapat membezakan mana yang hak mana yang batil dan tahu tanggungjawab sebenar seorang isteri dan ibu.
- Ilmu kepimpinan
Ilmu ini juga penting untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Cabaran mendidik anak-anak sudah tentu tidak sama dengan waktu mak-mak kita dahulu jadi surirumah harus sentiasa mencari ilmu seiring dengan peredaran zaman. Bagaimana untuk menangani anak-anak kecil sehingga mereka dewasa. Bukan senang ya untuk membesarkan anak-anak jadi jangan ambil ringan tugas ini.
- Ilmu pengurusan / pentadbiran
Ilmu ini melibatkan pengurusan kewangan keluarga. Bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan keluarga dan mengelakkan daripada membebankan suami dengan bebanan hutang. Selain itu, pengurusan masa juga penting kerana surirumah sekarang memang tak dinafikan sentoasa sibuk dalam menguruskan anak-anak. Pengurusan rumah pula melibatkan susun atur rumah dan kalau boleh biarlah jangan berselerak sangat sampai mengganggu perjalanan masuk atau keluar dari rumah :)
- Ilmu Rumahtangga
Yang ini melibatkan psikologi dan bagaimana untuk menguruskan emosi anak-anak. Selain itu boleh tambah ilmu atau skil memasak untuk tambat hati suami. Selalunya boleh bertanya kepada mereka yang sudah berpengalaman atau bergaul dengan surirumah yang lain dan bertukar-tukar pendapat atau pandangan.
Semua ilmu ini penting agar kita dapat melakukan kerja secara efektif. Apabila kerja berjalan dengan teratur kita pun senang hati dan tidak tertekan. Apabila surirumah tidak tertekan sekaligus dapat menjadi surirumah yang bahagia :)
Lagi satu aku nak tambah iaitu kena lah sentiasa bersyukur. Kadang-kadang kita lupa yang Allah telah tentukan apa yang terbaik buat diri kita. Jadi setiap hari jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain tapi cuba bandingkan hidup kita dengan orang yang kurang bernasib baik dari kita.
Oklah, itu sahaja perkongsian dari aku. Semoga bermanfaat buat semua :)
Boleh dapatkan ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes hasil perkongsian apa yang aku lakukan selama hampir 3 tahun menjadi surirumah. Yang penting surirumah sekarang bukan TIADA GAJI ya :P
Untuk tempahan hubungi melalui :
Email : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad
Sedikit petikan dari bab Pengenalan :
"Seharusnya setiap surirumah berbangga dengan jawatan yang dipegang kerana ianya merupakan amanah Allah buat mereka untuk terus menguruskan keluarga tanpa perlu keluar dari rumah. Contohi Khadijah, isteri kepada Rasulullah SAW yang masih tetap menjalankan bisnes walaupun setelah berkahwin dengan Rasulullah. Malah, beliau juga menjadi penyumbang wang yang utama pada saat-saat sukar dalam perjalanan dakwah Rasulullah.
Justeru itu, jangan malu untuk menjadikan status surirumah sebagai satu kerjaya. Insya Allah, selain dapat menguruskan keluarga, kita juga masih mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat juga."
1 ulasan:
nice sharing.. saya pun wahm. memang jadi wahm mesti sentiasa positif dan apa2 urusan serah pada sang Pengatur.. :))
Tips ibu hamil kekal bertenaga
Catat Ulasan