Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 18 Oktober 2009

~~Kunjungan Cik Kiah & Cik Bedah~~

Well ni cerita hari sabtu lepas..macam biasalah Zaila ada 3 undangan OH (surau, kawan hubby di Ampang & Abg Din di Klang). Tapi yang Zaila dapat menghadirkan diri hanya satu sahaja iaitu undangan dari Surau Berjaya Park..bukan apa, kalau tak pergi memang rugi r pasal surau ni terletak hanya sekangkang kera je dari rumah Zaila menyewa sekarang ni..huhuhuhu..nanti dah pindah mesti rindukan surau ni..kat area rumah Zaila beli tu macam takder je kelibat surau..hermm..nak kena survey2 ni kat mana surau yang terdekat;)

Menunya teramatlah sedap, ada nasi minyak, lontong, laksa penang, lemang, rendang ayam, kuih muih & buah2an..air bandung soda pon sedap juga..Burp..kenyang tak terkata;)

Bersama ngan jiran merangkap kawan satu opis Zaila

sebelum makan, ada ucapan sket..so sabar..

Haritu juga member seUniversiti Zaila yang tak berapa nak centre tu nak datang melawat..Cik Kiah ngan Cik Bedah~~hikhikhik..Nani ngan Najwalah tuuu~~Rasenya dah lebih setahun tak jumpa ngan Nani pasal sekarang ni dia dah bekerja di UPSI, so dia malas jarang turun Kl..tapi pas kawin nanti tak tahulah mane pula dia nak pergi ya;p
Ngan Najwa pon rasenya paling last bila jumpa kat rumah Nad haritu sebelum puasa..maklumlah makcik sorang ni PTD yang penuh dedikasi pada kerjanya..asyik kursus ajoooOOooo so kebetolan bila Nani suarakan nak datang bertandang ke rumah Zaila, si Najwa pon free..so bolehlah kami bertemutemuan & bergosipgosipan;p

Zaila masak nasi hujan panas untuk diorang semua..~~haaa, sebab tulah diorang suka datang rumah Zaila, pasal dapat makan sedap2 aje~~siler jangan muntah pangkah window ini ya;)

first time try buat nasi hujan panas ni, Alhamdulillah menjadi~~baru perasan colour merah tak menonjol sangat~~

ermm..dalca Zaila macam tak menjadik sangat..tapi hubby kata bolehlaaaa;p

ayam masak merah

sayur acar

Rombongan Cik Kiah & Cik Bedah tiba ngam2 kol 3.30 petang..terus jer Zaila suruh makan dulu..siap bertambah lagi tu, nampak sangat gelojoh lapar;p

Nani, tak payahlah buat peace tuuu..aku tahu ko laparnye;p nak cover linelah tu!!!

haaa..ni lagik sorang, muka nak koberlain;p

Pas makan, macam biaserlah acara menganyam ketupat masing2..serious haku rindu kat lawak bodoh korang weh!!! Tak sangka makcik2 ni dah nak kahwin dah..bila??? hahahahaha aku tahu mesti Yati, Ayu & Nad tertanya2 tuuuu..tang tarikh tu kowang tanyalah sendirik kat empunya badan..tak sangka ya..laku juga kahwin jugak korang ya;)

Pastu, dek kerana Nani sibuk nak tunjukkan bakat terendam terpendam, konon2 resepi tersohor alaf inilah tu..Zaila bagilah aje anak2 dara ni masuk menyepahkan masak kat dapur Zaila yang sememangnya dah bersepah kemas tersusun ittew;p Owh lupa, punyalah semangat sampai kitorang g Econsave pasal nak beli bahan2 untuk membuat resepi tersohor alaf 2009 tu..tapi syok jugak, dapatlah merasa naik kereta baru Cik Najwa kita~~laaalaaaalaaaaa~~

Nak masak pon posing lagik;)

Apa yang bagus tu Najwa?? Tuan rumah ke??

Kalo setakat goreng ayam tu, toksah nak berlagak terernye;p tupon puas Zaila paksa!

Pastu acara makan lagi, Nani siap masakkan kami roti gulung dalam tu ada sosej & keju pastu disaluti ngan serbuk roti~~haaa..panjang nama tu~~tapi sorrylah dek kerana resepi tersohor alaf 2009 ni ngetop sangat, Zaila tak sempat nak ambik gambar pon!! sungguh rakus diorang ni makan~~theee~~

Bila dah makan, masing2 kekenyangan macam ular sawa telan ayamler jawab dia;P tapi acara bergosip tetap berjalan..pot pet pot pet kami pada petang tu..Hubby pula sibuk repair motor kapcai dia, seb baik adik ipar Zaila datang menolong..rase macam meriah juga rumah Zaila masa ni..Memang seronok bila dapat berjumpa dengan kawan lama, nak2 dengan mereka yang satu kepala ngan kita~~masa ni mulalah singkap balik cerita2 lama masa kat U, kisah gelagat kami yang suka kenakan Najwa~~kak ti, ingat dop masa kita makeup kan dia & paksa dia posing ala2 model?? serious kelakar~~Najwa, ko patut simpan gambar tu & tunjuk pada anak2 ko nanti!! tell them "Haaaa..nilah keghijo orang yang maleh belajo!!"..Nani pon apa kurangnya, aksinya memang penuh ngan lawak bodoh spontan..Teringat masa dia & Ayu main kejar2 kat lab KPM, sungguh very the budak2 masa tu;p

For Nani & Najwa : seriously aku suka korang datang ngasuh anak aku rumah aku..kalau jumpa kat luar tak best pasal masa kita terhad..ni hambik koooo..korang lepak sampai malam..suh tido sini jual mahal..aku tahu Najwa mesti nak punya..al maklumlah nak menuntut ilmu batin ngan aku kan??

For Yati, Ayu & Nad : Aku tahu korang mesti marah sebab tak ajak korang kan?? bukan tanak ajak, tapi diorang ni (read: Najwa & Nani) tetibe je tukar plan nak datang bertandang so aku pon decide tak nak kepoci ngan korang pasal takut korang ada hal masing2 kan~~just wait for next gathering session sempena majlis naik rumah baru aku tu;D

Najwa & Nani tengah layan facebook..korang ni bila nak start blogging haaa????

Posing gediks manja dari anak dara hangitan pingitan

I lap both of you bebeh

Najwa konon2 nak tunjukkan sifat keibuan tapi hasilnye cam hampeh jo;p

Lastly, korang janganlah serik untuk lepak di rumah aku lagi ya;) Thanks for everything ya!!

12 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

meriahnya.. terliur lady tengok ayam masak merah tu.. hehehe..

Zaila Mohamad berkata...

Lady, cubalah buat..nanti Zaila bagi resepinya;)

Lady of Leisure berkata...

tq zaila.. lady pun dah lama kepingin giler nak buat ayam masak merah...
suka betul lauk ni, kalau pi makan kenduri, mesti lady tercari2 ayam masak merah..

Zaila Mohamad berkata...

Ok, sekarang juga Zaila draft;)

jane_doe3328 berkata...

wah rajinnya zaila sampai wat nasik hujan panas

mrs shaifull berkata...

bestkan zaila kalau kawan2 dtg lepak kat umah kita buat makan2, akak pun baru nak berkecimpung dlm bidang ni, mmg baru nak mula2, mcm puas hati kan :)

Zaila Mohamad berkata...

Jane, Zaila ni suka masak & suka bila orang makan masakan kita (walaupon tak sedap, hahahahaha)

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, sebagai permulaan..ajaklah saya sebagai tetamu akak;)

Norhayati berkata...

wah..dah ada tarikhnya? saper? mkcik wawa ker mkcik nani? ker dua2? Aisey, xleh jadi ni..kna keypochi ngn cik nani ngn cik wawa kita..

nani_peace berkata...

hehehehe....syoknyerrr makan free kat umah zaila...hehehe...boleh ler tempah untuk kawin nanti...hehehe...

Zaila Mohamad berkata...

Yati..jangan tak tahu..dua2 kawan kita ni nak kawin satu pelamin, tunang pon sekali juga;)

Zaila Mohamad berkata...

Nani, siler siler..aku lagi suka;) boleh cas mahal2 sket kat hang!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^