Hari kedua, kami ambil tour untuk ke Sungai Mekong. Setelah mendapat persetujuan kesemua ahli kumpulan, kami ambil tour dengan Hajah Basiroh yang kami jumpa di Halal Saigon sehari sebelum tu:) Memanglah agak mahal iaitu USD30 seorang (lebih kurang dalam RM90+) tapi memandangkan kami nak pergi dalam kumpulan kami juga (6 orang) so berbaloilah bayar sebanyak itu.
Aku suka kalau ambil pakej dengan Ustazah Basiroh ni, makanan semua dia akan sediakan awal-awal. Ustazah pesan, hati-hati juga dalam memilih Muslim Tour sebab ada di antaranya yang menipu & semasa makan tengahari diorang lepas tangan dengan menyuruh orang tempatan sediakan. Macam kalau sesiapa yang ambil tour kemudian singgah di perkampungan tempatan diorang & makan kat situ; selalunya bukan orang Muslim yang sediakan makanan..tapi orang tempatan..faham-faham jelah dia goreng pakai minyak apa, isy..geli tekak aku!
So kami janji dengan anak saudara Hajah Basiroh iaitu Asaari (hensem orangnya & fasih berbahasa Melayu) pukul 7 pagi depan hotel. Awal-awal tu diorang bagi makan sarapan dulu..Makan popia je..tapi sedap tau! Dalam tu ada isi daging & bihun..Pelik betul popia Vietnam, semua nak letak bihun, murtabak pon letak bihun! Seb baik sedap:)
sos dia sedap! tak pedas tapi masin-masin gitu..macam rasa sos ikan
Tengoklah anak-anak orang Vietnam ni, awal-awal pagi dah keluar meniaga..Pada sesiapa yang hati lembut, mesti akan beli..Macam aku..NO NO NO..tapi bila teringat kat Husna di rumah terus rasa sedih & bersyukur sebab anak-anak aku masih dikira beruntung sebab makan pakai semua cukup..Alhamdulillah..terima kasih Allah..
Lepas je sarapan, kami terus naik van & menuju ke Sungai Mekong..Perjalanan mengambil masa dalam sejam juga..Lenguh bontot duduk je dalam van. Sudahler driver van tu menggile bawa van macam mat rempit, kaki aku ni lenguh sebab asyik tekan brek je..Kusss semangat naik van di Vietnam ni..highway dia macam naik kuda, berbonggol-bonggol! Seb baik tak muntah tau!
Sampai satu perhentian, driver berhenti bagi memberi ruang untuk kami ke toilet;
kat sini ada toilet, restoren & pemandangan sekeliling pon cantik!
ada orang tengah
tak sempat pula nak tanya dia nak buat apa dengan pokok-pokok tu, nak ambil biji teratai buat kering ke atau nak buat kerabu batang teratai:P
Owh, kalau nak tahu, biji teratai pon ada dijual di pasar Ben Thanh, aku ada beli juga untuk kawan seopis aku yang kirim..mahal juga benda alah ni..rasanya lemak-lemak gituuuuuu
selamba je abang tu buat keje..tak terbalik pon sampan hak dia naik tu..kalau aku..mahu terbalik lama dah:P *pasal terlebih muatan*
toiletnya bersih tapi takde pili air..standard toilet luar negara ah yaaaa so every time nak ke mana-mana, pastikan bawa botol air mineral yaaa, senang nak buat cedok air kat sinki..HAHAHA
cantik kan bunga ni???
Dalam pukul 10 pagi, kami sampai di jeti Sungai Mekong. Tak tahulah nama apa tempat ni tapi ramainya orang/pelancong!
Masa ni Asaari tu tengah deal dengan pemandu pelancong..Alamak gambar Asaari dari belakang je..kalau depan lagi hensem tau:) tapi sudah berpunya..hikhik Asaari ni dulunya kerja dengan tokei D'Anjung Malaysia yang ada dalam Parkson di Saigon tu tapi rasanya kedai tu dah tutup so dia kembali bekerja dengan makciknya Hajah Basiroh dengan membawa pelancong menyusuri Sungai Mekong ni. Jangan terkejut kalau dia ni pandai masak nasi lemak! Sesekali dia akan menyediakan sendiri masakan di kedai Basiroh depan hotel kami tinggal tu..Silalah percaya!
dah biasa dah naik tongkang perahu ni
tengok! kami tamak bolot satu perahu untuk geng-geng kami je:)
gambar pemandangan jeti Sungai Mekong
ni pemandu pelancong kami, lupa dah namanya..tapi BI dia ok sebab kami faham apa yang dia cakapkan..HAHAHA
ini adalah kilang sos ikan yaaaa..atas air terus kilang diorang..senang; tangkap ikan terus masak kat situ..hehehe
ini pula perkampungan nelayan. Tujuan bot tu dibuat mata macam tu adalah bertujuan untuk menakutkan buaya yang ada dalam Sungai Mekong tu..Boleh pemandu pelancong tu buat lawak dalam sungai tu ada banyak buaya..tak kelakar okay!
ini pula bot untuk tangkap ikan..
batang kelapa tu digunakan untuk ikat tali kapal..
ini pula pasar basah diorang..hasil tangkapan akan terus dihantar ke sini
anjing-anjing yang dipelihara untuk jaga ikan..ramai betul!
ni kapal perang ke haaaa?? lupa kapal apa..hehehe
ni kapal korek pasir ya kengkawan...
eh eh macam jambatan Pulau Pinang dah kan?
ni mesti diorang tiru kita kan?? yerlah..design sama je..hehehe
Oklah..lepas je jambatan tu kami dibawa ke perkampungan penduduk tempatan..Lupa pula namanya..tapi tunggulah next entry cerita lagi!
Bye!
9 ulasan:
sedak namo popia tu..terliur2x
mekong rest stop tu bersih..selesa sgt kat situ
seronoknya berjalan jauh2 dgn kawan2..sejak kawen,x pernah jalan jauh2 ngan kawan2 huuu
Bertuah Zaila dpt jejalan situ. Menarik sgt dgn byk gmbr2. Thanks.
salam... camne nak dptkan kontek hajah basiroh ni? pakej USD 30/pax ni consider private ek (private transportation) or follow tour lain yg naik bas tu? thanks in advance :)
Salam boleh mintak ctc no hjh basirah tak
AS-salam. Bole bagi sy no hjh basiroh?
salam,
mcm mana nak contach org arrange SG Mekong tour ni?
salam,
mcm mana nak contact tour sg mekong ni? boleh email saya? izyani@yahoo.com
Catat Ulasan