Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 3 Julai 2010

PRO Niaga di Mudah.my

Actually ramai yang hantar email / PM Zaila bertanyakan tentang Mudah.my ni. Tak sangka tutorial Zaila yang ini banyak membantu mereka yang ingin mengiklankan barang di Mudah.
Ok, kali ni Zaila nak bercerita pasal Pro Niaga di laman Mudah juga. Bagi mereka yang ada sale's blog ni, amatlah bagus untuk membuka satu akaun sebagai Pro Niaga di laman Mudah ni.

So apa itu Pro Niaga??

- Pro Niaga ni boleh diibaratkan seperti kedai alam maya kita yang kita sewa spacenya di Mudah.com tapi yang paling bagusnya sewa adalah PERCUMA..Mana nak dapat sewa PERCUMA macam Mudah.my bagi, kat forum-forum pon kena bayar juga so baiklah kita bertukar ke Pro Niaga kan;D Pastu yang paling bestnya bila semua iklan-iklan yang kita hantar akan diletakkan di bawah "kedai" kita so senanglah kalau kita nak edit iklan tersebut;) Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, bolehlah baca kat sini.

Macamana nak create akaun Pro Niaga??

- First, kawan-kawan bolehlah layari Mudah.my kemudian kat atas sekali kawan-kawan cari Pro Niaga Beta & kliklah kat situ;D Pastu isi semua maklumat yang diperlukan. Apa yang best kat Pro Niaga ni kita boleh letakkan sekali link untuk blog kita. So at the same time boleh promote juga blog / website jualan kita tu;D

klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Yang bestnya, setiap kali kita dah log in, kita boleh tengok berapa total ad visits yang telah dilakukan oleh pengunjung Mudah.my. So bolehlah pantau iklan mana yang mendapat sambutan para pembeli;D (buat market survey sket) & semua iklan yang kita letak tu akan expired bila dah cukup 2 bulan disiarkan. Tapi kalau nak sambung jangka hayat iklan tu boleh je cuma kena edit & publish balik r..

Herm, actually ada banyak nak berkongsi tapi memandangkan internet kat rumah ni tahap siput sedut, dah hilang dah semua idea-idea yang best..So till we meet again next time. Bagi mereka yang ingin bertanya dengan lebih lanjut, bolehlah emailkan soalan (cewah, rasa macam cikgu pula) ke zailamohamad@yahoo.com, takpon PM ke facebook Zaila terus;)

3 ulasan:

pro niaga berkata...

bukanya semua free chek...free untuk brangan tertentu ja... kategori tertentu iklan kena bayar juga chek oi..paktam ni antara yg terawal join pro niaga tu dulu.. dari sumber2 kata web ni berpengkalan di singapura(cina punya)..
iklan paling senang diluluskan ialah yg guna email dan nama chinese.. tak caya boleh cuba..

Tanpa Nama berkata...

macam mne nk delete akaun pro niaga tuu? tq

aziz rahim berkata...

Mudah.my bnyak bantu sy dlm urusan jual beli..syok jd pengguna mudah...
Tp sekarang sy jadi kurang berminat lepas join pro niaga..sy dah x bole delete akaun tersebut sbb kene caj.huhu..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^