Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 2 Julai 2012

Vietnam Day 2 ~ Shopping Lagi Sampai Bateri Kamera Kong!

Assalamu'alaikum,

Balik je dari menyusuri Sungai Mekong, van terus hantar kami ke kedai Hajah Basiroh. Semalam masa jumpa dengan Hajah, dah janji elok-elok dengan Hajah, nak pergi borong telekung selepas je balik dari Sungai Mekong.

Sampai-sampai je terus naik bilik atas yang menempatkan telekung solat yang Hajah jual..ada macam-macam harga, jenis & corak..Sampai nak termuntah pilih..Bukan setakat telekung, jubah, baju kurung & baju jenis lycra tupon ada dijual. Harga kebanyakan dalam USD.


Setiap masa ada je rombongan dari Malaysia, Brunei & mana-mana datang. Penuhlah kedai Hajah yang kecil cinonet tu..nak pilih pon tak senang..Memang kaya sungguhlah Hajah Basiroh ni..sekali orang bayar ratusan USD..


Kalau nak tahu, Hajah ni orang Melayu Champa..boleh cakap Melayu je dengan ustazah..tapi kadang-kadang dia speaking..hehehe Dulunya Hajah ni seorang qariah..


Hah, bacalah kalau nampak:P


Imam Muda pernah datang, Farah pon rasanya pernah datang juga ke sini


Ni bahagian bawah kedai merangkap rumah ni macam nilah rupanya..dengan longgokan kain telekung, baju, jubah..ni semua stok raya lah ni..Masyuk..masyuk..

Terjumpa orang Malaysia yang sangat kerek di sini..Ada duduk sebelah Ustazah..masa tu kami nak membayar..sempatlah kakak ipar aku bertegur sapa..Boleh dia buat tak layan soalan kakak ipar aku..Senyum tak ikhlas je..Risau sangat kalau kami dapat tahu harga borong dia..podaa ceit! Macamlah ko sorang datang nak memborong..tak rugi pon kalau membalas pertanyaan orang..Bukannya kita ni meniaga tempat sama pown

Esoknya terserempak lagi di Pasar Ben Thanh..tetap dengan muka kelatnya..

Owh abaikan orang macam tu..lepas borong telekung, terus balik hotel solat segala..Pastu turun lagi untuk ke butik Hong Anh..Jalan kaki ke dari hotel..ni butik kedua Hong Anh..Kat sini baju kurung lebih berkualiti dari beli yang kat pasar (kata oranglah) & pemerhatian aku pon sama..manik tu macam lagi kemas jahitannya..TAPI kan..

pekerja kat sini..kereknyaaaaaaalah..mentang-mentang ramai orang Malaysia bertumpu di sini, diorang memang layan tak layan je kami ni..tapi bukan semuanya..adalah yang buat muka sket..mungkin penat melayan karenah pelanggan kot..Aku ada juga beli jubah di sini..cantik! tapi harga adalah tetap & dalam USD


Ni butik besar sket..hak hari pertama aku pergi butik satu lagi..agak kecil & tak banyak baju kurung dalam tu..

Lepas tu kami menapak lagi ke butik Minh Collection..En suami pernah belikan baju kurung untuk aku dulu..Manik kat baju tu memang tahanlah walau aku basuh pakai mesin basuh pon, memang tak tertanggal langsung!

Lepas tu balik makan malam & sambung shopping lagi di pasar malam..Pergi lagi memborong baju kurung..hehehe

Esoknya dah nak balik so memang malam ni borong habis-habisan..Esoknya tu bateri kamera dah memang kong giler dah so inilah entry last aku..hikhikhik

TAk dan nak buat review Vietnam Delights..tapi takpe, nanti aku akan cerita lagi tentang hotel & restoren halal di sana..esok-esok jelah..Bye!

5 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

kat hong anh tu cantik2 baju kurung manik dia..sayang size aku tak bnyk..mencik!

Nieda berkata...

Best la baca entry ni, macam nak kena gi juga Vietnam nampak gaya nya hehehe

..di lesung pecah.. berkata...

best sungguh ler..aduyaiii..

Ermayum berkata...

bykla shopping baju raya ni eh ?
my friend amek stiock baju kurung semua kat veitnam jual kat malaysia markup double still murah huhu

AsNaWi berkata...

My shop have jubah lelaki
Addresses 157/48 Duong Ba Trac street, district 8, Ho chi minh city.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^