Friday, December 19, 2014

Kembara Bumi Sabah : Day 1 Kota Kinabalu & TH Hotel Kota Kinabalu

Assalamualaikum,

Hari pertama kami di Kota Kinabalu telah diuji dengan insiden kehilangan MyKid Haziq. Sepatutnya dalam perancangan aku sampai aje di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, dapatkan kereta dan kami mahu ke Muzium Sabah dulu sebelum check-in di hotel, tapi rancangan Allah lagi bagus..Huhuhu Selepas aje ambil kereta kami terus berpusing-pusing sekitar bandar Kota Kinabalu mencari Balai Polis yang terdekat. Mula-mula tu ke Balai Polis Kota Kinabalu tapi rupa-rupanya kat situ tak boleh buat laporan jadi pusing-pusing lagi sehinggalah berjumpa dengan Balai Polis Karamunsing.

Hampir 3 jam jugalah menunggu dengan muka mengantuk penat kecewa marah dan macam-macam perasaan lagi lah. Inilah saat Allah nak uji ketahanan emosi. Ikutkan tertekan juga sebab sudahlah baru sampai niat untuk bercuti tiba-tiba diuji macam ni tapi sekejap sahaja rasa nak marah tu lepas tu terus istighfar banyak-banyak. Ya Allah, sayangnya Allah pada kami (terus tukar dari aura negatif pada positif). Yang pasti anak-anak pun memahami dan selepas aje siap buat laporan polis kami terus cari makan. Bayangkan pukul 3 petang baru nak makan. Aduiii laparnya Allah aje yang tahu!


Ikan bakar tapi tak tahulah nama apa ikan ini. Sedap juga rasanya. Isi ikan ini kenyal-kenyal sedikit. Hermm harga RM18 seekor tapi berbaloilah kan sebab makan untuk 2 orang. Anak-anak makan nasi ayam madu aje. Nak kata sedap sangat tu tipulah tapi tak berapa nak kena dengan selera aku :P

Selepas makan kami terus pusing-pusing mencari hotel Tabung Haji. Masa duduk pusing-pusing cari Balai Polis dah nampak dah dari kejauhan tapi tak tahu nak masuk kat mana. Jenuh juga lah buat U-turn sebab terlepas simpang. He he he Dah ada GPS pun masih sesat lagi :P


Inilah TH Hotel sekali dengan bangunan Tabung Haji. Yang penting memang best duduk sini sebab hotel yang patuh syariah dan sudah pastinya makanan yang disediakan juga halal.


Kami ambil bilik yang ada 3 katil single tapi kami rapatkan katil jadi dapatlah 1 katil Queen dan 1 katil single. (gambar diambil dari laman Agoda.com). En suami tempah melalui Agoda.com dan tebus mata ganjaran dapatlah bayar pada harga RM100 untuk semalaman. Berbaloi-baloi sangat rasanya. Alhamdulillah, inilah yang orang kata di setiap kesulitan pasti akan ada kenikmatan. Sekejap je pun Allah nak uji. Kalau nak rasa serik untuk jalan-jalan dengan anak memang tak lah kan :)




Gambar di atas semua diambil di bahagian lobi hotel. Hotel ni takde lah besar mana tapi cukup selesa kerana masih baru. Servis mereka juga bagus cuma part yang tak best adalah dalam bilik ada banyak semut. Eh bukan setakat di sini lah tapi semua hotel yang kami menginap di Kota Kinabalu memang ada semut-semut halus (bukan semut api). Tak mengapalah kan, janji jangan masuk dalam telinga Aaliyah sudah!

Bila dah check in tu kami berehat sekejap, solat jamak dan kemudian petang tu ingat nak ke UTC (bersebelahan dengan hotel) tapi rasa macam malas pula. Kebetulan salah seorang ahli Akademi Bekerja Di Rumah yang merupakan pelajar kelas asas blog & fanpage aku juga iaitu Dr. Fyda ajak berjumpa di Perdana Park untuk tengok pertunjukan air pancut berirama. Boleh singgah baca blog Dr Fyda yang banyak menulis tentang maklumat kesihatan dan perkongsian tentang Shaklee di sini : http://www.fydanoh.com/


Kami tak sempat borak lama pun memandangkan aku datang lambat. HAHA Siapa suruh salah masukkan alamat di Wayze. Huhu Entah ke mana-mana pakcik Wayze hantar kami *tutup muka* Alhamdulillah, sempat juga jumpa dan bergambar. Tak apalah, sekurang-kurangnya boleh laga-laga pipi. Selalunya duduk berjumpa di alam maya sahaja kan.

Anak-anak teruja juga dapat tengok air pancut berirama tu. Bila habis je semua pakat balik dan kami pun gerak balik ke hotel. Malam tu kami semua tidur awal sebab masing-masing pun keletihan juga. Sedar-sedar dah pagi nak kena turun sarapan pula. Untuk sarapan, kami diberikan 3 kupon memandangkan bilik itu untuk 3 orang dan kanak-kanak hanya dikenakan bayaran untuk usia 7 tahun ke atas. Fuuuh selamat=P

Tapi kalau kena bayar pun takde lah mahal mana, hanya RM10 untuk kanak-kanak & RM20 untuk dewasa sahaja. Pilihan sarapan pelbagai juga cuma biasalah lambat sedikit diorang tambah makanan bila dah habis. Oklah, sambung untuk entri lain pula yaaaaa ;)

Hari ke 2 kembara di bumi Sabah diteruskan lagi. Nantikan entri selanjutnyaaaaaaaaa :)


1 comment:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

waaaaaaaaaaaaaaa... sabah best mkn seafoodddd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015