Hari ni Zaila ingin berkongsi sedikit maklumat dengan kawan2 semua. Harap2 berguna bagi mereka yang ingin memulakan langkah untuk berjinak2 di dalam bidang perniagaan alam maya ni;)
1. Produk
Perkara pertama yang anda perlu ada adalah produk. Tak kisahlah ianya dalam bentuk barangan (pakaian, bag, aksesori & banyak lagi), makanan (cup cakes, catering services, jeruk & etc), servis (dobi, wall paper, cat, baiki rumah), andaman pengantin (make-up, bunga telur, pelamin & segala perkara yang berkaitan dengannya) dan macam2 lagilah!! Pendek kata, mesti ada sesuatu yang ingin ditawarkan untuk pelanggan di luar sana. Tapi kita kenalah pastikan yang barangan itu adalah asli (samaada hasil tangan kita atau memang sahih dari kilang / tempat asal barang tersebut). Pastikan juga kita dapat beli dari pengilang pada harga yang murah (selalunya borong) supaya kita dapat tawarkan harga yang terbaik buat pelanggan kita nanti.
2. Ada Rangkaian Internet 24 Jam
Yang ni paling penting juga, haruslah online sepanjang masa supaya senang untuk berinteraksi dengan pelanggan. Anda bolehlah memilih pelbagai rangkaian internet dari jenama Streamyx, Celcom, Maxis, P1 dan Digi. Anda boleh memilih dari rangkaian tetap (fixed line) mahupon jalur lebar (broadband), bergantung kepada kesenangan anda dan juga kos yang mampu anda tanggung setiap bulan.
3. Kamera
Untuk memaparkan gambar barangan kita, kita perlulah ada kamera. Tak kisahlah kamera handset, digital ataupun DLSR, yang penting anda boleh menangkap gambar menggunakannya. Tapi sudah tentu kalau mahu nampak cantik & sama seperti yang kat luar, kenalah "invest' sedikit dengan membeli kamera yang canggih;)
4. Blog atau laman web
Sebagai medium untuk menyiarkan gambar barangan kita, anda haruslah mempunyai blog ataupun anda boleh menggunakan khidmat2 dari laman web seperti Mudah.com, laman sembang seperti facebook, forum2 seperti Forum Cari dan pelbagai cara lagi. Namun, sekiranya anda mempunyai blog atau laman web sendiri, adalah lebih senang untuk anda berinteraksi dengan pelanggan & menyusun atur blog atau laman web tersebut. Pastikan blog / laman web anda mempunyai kandungan yang boleh menarik ramai orang untuk berkunjung dan membeli barangan di sini.
5. Promosi
Ini penting bagi memaklumkan kepada semua orang yang kita menjual barangan secara online / alam maya. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti meletakkan iklan di shoutbox blog kawan2, menjadi ahli dengan portal komuniti blog (contohnya Mom's Blogger Planet), menjadikan blog kita sebagai signature di forum2 dan bermacam lagi. Jangan lupa untuk menawarkan harga yang berpatutan dan promosi seperti beli 1 percuma 1 atau apa2 promosi yang boleh menarik pelanggan untuk berkunjung ke blog anda;)
6. Interaksi
Sentiasaberinteraksi dengan pelanggan anda. Jangan lupa untuk meletakkan segala maklumat seperti email, no. telefon serta yahoo ID anda supaya anda senang untuk dicapai. Selain itu, selalu juga berkunjung ke sale's blog orang lain untuk bertukar2 link dan dalam masa yang sama mempromosikan blog anda di situ. Jangan lupa untuk memberikan response yang pantas setiapkali ada pertanyaan dari pelanggan atau mereka yang berminat dengan produk anda.
7. Minat & Jangan Putus Asa
Sudah tentulah ini penting dalam melakukan apa juga perniagaan (tak kisahlah alam maya atau dunia realiti). Sekiranya perniagaan anda tidak mendapat permulaan pada awal pembabitan anda, jangan mudah putus asa & lebihkan promosi serta banyakkan bersabar. Insya Allah, sekiranya terdapat pelanggan yang ingin mendapatkan barangan / servis anda, lakukan yang terbaik supaya pelanggan anda berpuas hati dengan layanan anda;)
8. Sokongan
Sokongan dari keluarga, rakan handai, teman sekerja, jiran sekampung adalah amat penting jadi, jemputlah mereka untuk menggunakan barangan anda dan memberi review kepada produk tersebut. Sekiranya terdapat komen yang negatif, anda bolehlah memperbaikinya demi kebaikan kedai anda;)
Zaila rasa cukuplah banyak tu sebab otak ni dah tak boleh nak berfikir dah..Harap info ini dapat membantu anda semua yang bercadang untuk menjalankan perniagaan di alam maya ini;)
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
16 ulasan:
wah..wah..tips berguna.tq~
zaila ni kan ada potential nak naik tau x, baik gilap lg bakat tu, errr akak nak bg pandangan sket, rasanya better tukar layout & kaler biar ceria, zaila mesti mari! :)
thanks for sharing zaila..
info yg menarik ni..
thank youuuu
Farah, harap berguna ya;)
CT, zaila xrasa macam tu pon sebab duit Nuffnang xpernah boleh cash out..haahaahaa..layout blog mana ni kak?? blog ni ke blog Mari Kelih??
Lady, sharing is caring kan
Yati, jangan lupa praktikkan;)
u go girl!!! if u hv passion in it, u surely do great! :)
zaila, layout blog ni lah, tukar ke kaler yg lebih ceria, lg 1, nnt akak tolong buat n3 pasal zaila punya contest tu ye :)
Verde, thanks babe..lama tak nampak!!
CT, nak tukar layout nanti2lah...tak dan ah akak, lagipon benda tu leceh sket..heheheee
comel lar blog ni
best lar blog ni
Salam. TQ zaila...mmg skrg ni ct cri cra mcmana nk bsns onlne.TQ
Salam. TQ coz share idea..n knwledge..sngt berguna
Catat Ulasan