Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 3 Julai 2012

Tips Untuk Shopping Di Vietnam (Lagi)


Assalamu'alaikum,

Sikit lagi nak cecah seribu semalam..Penangan 2 entri Vietnam..hehehe
Ok..Ok aku tahu ada setengah orang dah bosan dengan cerita Vietnam tapi tak kisahlah..Kali ni aku nak menulis tips untuk shopping di Vietnam lagi memandangkan raaamai kawan aku yang akan bercuti ke Vietnam tahun ni..Alah, nak pergi shoppinglah tewwww

Ada juga yang email bertanyakan tips so aku rasa baiklah aku share di sini supaya senang mereka-mereka yang tertentu buat rujukan *macam aku buat sebelum ke sini juga* Alhamdulillah, 14/7 aku akan ke sana lagi..hehehe So di sini aku coretkan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan buat korang semua:-

Tiket kapal terbang : harga bergantung..kalau nak save budget bookinglah setahun awal takpon during promo..Ada orang suka travel dengan MAS, ada orang suka travel dengan Air Asia..yang penting sampai:) Aku ni haritu pergi naik AA tiket harga RM300+ tapi trip kedua ni dah naik RM600+ sebab booking lambat sangat. Lagipon luggage tambah 35kg (RM100) masa balik..tu fasal mahal sket tapi takpe tiket ada orang yang sponsor:) Alhamdulillah!

Hotel : First time pergi haritu orang lain yang bookingkan..Stay di Thanh Thu Hotel, walking distance je dengan pasar Ben Thanh & kedai makan halal. Sangat-sangat senang! So kali ni aku decide untuk stay di tempat yang sama tapi hotel lain lah pula..Lagipon hotel Thanh Thu tu memang hangtu betui..Bukan ada hantu tapi tak suka dengan keadaan lobi, cukup tak selesa..Kali ni aku booking hotel Saigon Pink 2 (sebelah Thanh Thu jekpon) melalui Agoda.com. Nampak macam moden & selesa dari hotel Thanh Thu..Selain tu, hotel An Tham pon ok juga, en suami cadangkan menginap di Asian Ruby tapi lokasi jauh sedikitlah so takpelah..aku rasa 3 hotel ni pon dah cukup strategik sebab dekat dengan semua benda:) Owh kadar hotel serendah USD20+ untuk sebilik, kena pandai-pandai cari & booking. Jangan risau hotel kat sini walaupon 2 bintang tapi sangat bersih & selesa

Makan Halal : Kalau pergi short trip macam ni, tak payah nak risau sebab kedai makan halal Basiroh ni buka awal-awal pagi lagi. Kalau nak makan nasi goreng, nasi lemak..Insya Allah ada! Kalau nak jimat bawalah bekalan siap-siap. Kalau nak makan sedap sket dalam USD10 seorang bolehlah ke Vietnam Delights naik teksi, jalan kaki pon boleh tapi kena make sure kaki betul-betul fit untuk berjalan jauh:) Kat sini sebelum datang sila print siap-siap alamat so kalau masuk teksi tu terus tunjuk dekat driver teksi, kalau nak bercakap jangan harap diorang faham BI, tahu angguk-angguk geleng-geleng sahaja:P Lagi satu Halal Saigon tu boleh bagitahu dekat driver teksi nak ke Sheraton, berhenti depan Hotel Sheraton jalan kaki sedikit boleh jumpa Halal Saigon (depan masjid juga). Kalau malas berjalan, boleh call tempah & diorang akan hantar siap-siap ke bilik hotel:) Lagi senang!

Duit : Sebolehnya tukar dalam USD, tapi tukar juga dalam Vietnam Dong sebab nanti dah sampai airport nak pakai VD untuk bayar tambang teksi. Seingat aku, kalau guna VD boleh dapatkan harga yang murah lagi berbanding USD tapi tulah pening dengan duit diorang yang juta-juta & puluh ribu tu so senang buat currency converter siap-siap, senang ko nak budget nak tawar sampai berapa. Tapi sesetengah tempat terima pakai USD macam butik baju Hong Anh, Minh Collection, Hajah Basiroh semuanya harga dalam USD. Kalau harga dalam USD otometik kepala akan darab dengan 3 so dapatlah harga dalam RM..kan senang! Make sure juga spare duit RM, mana tahu kot-kot dah habis USD boleh juga bayar pakai RM cuma mahal sedikitlah..

Jual-Beli : Harga dalam Pasar Ben Thanh memang mengarut tapi selalu survey sebelum beli. Pernah aku tanyakan harga baju polo untuk anak lelaki aku dikatan RM95. Giler! aku cakap dekat Malaysia ni tak sampai RM25 pon..terus terhegeh-hegeh nak bagi harga USD7 satu. Kalau boleh tawar habis-habis, jangan risau sebab kalau betul dia nak kita..nanti korang buat-buat mahu blah diorang akan panggil sambil bisik-bisik harga yang diorang bagi. Harga dalam pasar kadang-kadang jauh lebih mahal berbanding pasar malam & kedai-kedai biasa so biasakan survey dulu sebelum beli:)

Mana murah : Hak ni mesti semua nak tahu kan..Kalau korang follow entri Vietnam aku yang lepas-lepas, ada aku letakkan gambar mana tempat aku beli barang tapi aku tak boleh jamin harga kat situ termurah. Semuanya bergantung kepada skill tawar menawar korang yaaa..Tapi aku boleh bagitahu kalau nak borong telekung solat baik ke kedai Hajah Basiroh terus daripada beli dalam pasar kerana risau kualiti kain adalah tidak sama dengan yang Hajah jual, kalau baju-baju blouse yang berkualiti dalam butik pon ada cuma harga tak bolehlah tawar harga tu, kain cotton baik beli dalam pasar Ben Thanh tapi kena betul-betul cari yang boleh bagi harga murah, baju smocking dress anak pompuan pon dalam pasar berlambak-lambak, kalau nak cantik sedikit silalah beli di dalam butik (beli yang ada diskaun sahaja), beg dalam kedai, cenderamata boleh beli di pasar malam & kedai-kedai. Pendek kata kalau bawa RM700 untuk shopping tu dah senget bahu dahlah!

Prepaid : boleh beli di kedai sebelah hotel Than Thu, aku lupa harganya tapi sangat penting untuk call buat tempahan nasi:P Kalau di hotel jangan risau wifi adalah percuma setiap masa:)

Oklah, itu sahaja! bye!!

7 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

insyaallah..nnt ila nak ke vietnam..ila refer n3 zaila semua...mmg bagus

Nieda berkata...

Wow bestnya dekat 1000. saya punya nak dpt 50 pun sakit.
Rm 700 dah sengget. Ini sudah bagusssss

..di lesung pecah.. berkata...

salam..wahh..bestnya dpt kesana..shopping time..nak gi jugak aa nti..

Zaila Mohamad berkata...

Iela,

sila-silakan:)

Nieda,

alahai..baru je naik ni..zaila dulu pon bermula dengan takde orang baca juga..lama-lama kalau istiqomah insya Allah reader pon bertambah:)

wanie,

memang best shopping kat sana..pergilah kalau ada tiket murah, jangan lepaskan peluang:)

yannie bunny berkata...

hi,

sy plan nak stay kat saigon pink tu nanti. kat hotel tu wifi dalam bilik or kat lobi je?

thanks ;)

Atira berkata...

Menarik bab rm700 dh senget bahu.hihihi...tapi rasanya klu skang dh tinggi skit la kot yer bajetnya.

Unknown berkata...

Sy pun nak gi juga.Info yg sgt membantu. Tq

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^