Nama restoran ni Temerloh Catering, lokasi dekat Seksyen 15 Shah Alam *nanti aku bagi full address* Kat sini ada menyediakan pelbagai masakan kampung especially ikan patin masak tempoyak..Actually ada macam-macam jenis patin tapi aku lupa daaaa..Hak aku tahu, masakan patin tempoyak dia memang sedap, cukup masam manis, pekat & yang penting ikan patin tu tak berbau hanyir uolss..terbaek ah!! ~tetiba lapar
gambar restoran Temerloh Catering yang sempat aku snap dari kejauhan
Selain dari ikan patin, ada juga masakan ikan keli salai, pelbagai jenis ikan bakar, ulam-ulaman & lagi satu masakan kampung yang aku lupa lagi namanya *deng, pelempang sebijik sebab suka lupa tapi nak cerita juga* iaitu pucuk ubi yang dimasak dengan tempoyak..Selain tu, ada juga nasi ayam, mihun sup, nasi dagang & paling best tapai yang dibungkus dalam daun getah diletakkan atas meja..so kampung style gitu
Inilah kepala ikan patin yang menjadi mangsa aku haritu..Kalau tak silap RM8 seketul tapi aku rasa berbaloi sebab ikannya yang besar & sedap..kuah dia pekat gituuuu..Adusssss..tengok gambar pon dah kecur air liur ni..Harus ajak en suami pergi makan kat sana lagi nanti
Haritu aku pergi makan pada lunch hour hari Jumaat sebab jauh sket dari opis aku kan..Memang sentiasa ramai je orang kat kedai ni tapi takderlah sampai takde tempat duduk langsung..Aku suka tahap kebersihan restoran ni..Mungkin restoran ni masih baru & semuanya nampak bersih kan:P
Haritu aku makan habis dalam RM10+ (nasi kat atas tu + ikan patin semangkuk + budu + teh ais)..Overall harga masih lagi murah jika nak dibandingkan dengan restoran ikan bakar di Sri Muda (Seksyen 25 Shah Alam)..Pada sesapa yang berminat untuk mencuba masakan kampung oghang Temerloh..silalah berkunjung ke sini ya..Ni alamatnya;-
Temerloh Catering & Services
2-G, Jalan Pahat J 15/J
Kompleks Dataran Otomobil
Seksyen 15, 40000
Shah Alam
(dekat ngan showroom Toyota & Public Bank)
5 ulasan:
dekat dengan kedai dobi my best frens...kekadang tiap2 minggu lepak area tu,tapi tak penah masuk la plak...heee..situ memang ramai orang pahang...
Ingat kan kat Temerloh tadi.
mak ai..memang fvret yna betullah kak ikan patin tempoyak nih..pergi shah alam nt nk g sini lah..
mahal gile kedai ni. 1st & last pegi kedai ni. pegi ngan husband amik nasik separuh, ikan sangkar seketul je ngan pajeri nenas. icec lemon tea ngan milo ais..kene rm32. lauk ape je kami amik sampai charge rm32??
bukan takat mahal kat sini.ikan pun tipu.ambik ikan patin kat pekan pastu kate ambik kat temerloh.lg satu sape2 yang mkn ikan mahal2 tu toksah caye la.dia bg ikan sangkar biasa je tp cas ikan liar.mujur kwn ade bela ikan sangkar kat temerloh.dia yg bgtau.
Catat Ulasan