Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 5 November 2010

Macamana Nak Tukar Blog's Template

Inilah hasilnya bila hari cuti tak ada kerja yang lebih bermanfaat untuk dilakukan, setelah puas menggodek blog maka terhasillah blog makeover yang entah ke berapa kali dah ni. So hari ni Zaila berbesar hati untuk mengajar macamana cara-cara untuk menukar blog's template agar blog kita sentiasa cantik menarik kedebom gituuuuu..

Selalunya Zaila akan ambil kod di mana-mana website yang memberikan khidmat "free blogger template" sebab of courselah FREE kan!! Then pilihlah yang cantik-cantik, sama ada nak yang 3 column ke, 2 column ke, mahupon bercolumn-column *FYI, column tu adalah page elements yang akan dipampangkan di blog anda nanti* Macam Zaila suka pilih yang 3 column sebab banyak link & aplikasi yang boleh ditambah di blog kita. Kalau pilih yang lebih dari 3 pon bagus juga tapi nak kena pandai susun atur r agar blog tak berserabut nanti.

ni contoh gambar yang dipaparkan di Dashboard Zaila (3 column templates)

Kali ni Zaila donlod templates dari website ini. Kat sini boleh tahan juga templates yang ditawarkan, semuanya cantik-cantik & menarik sampaikan naik rambang bijik mata neh nak memilihnya *tapi last-last pilih yang sama macam dulu jugak kan, black & pink~my own reflection*

boleh pilih antara 2 column & 3 column


ini template yang Zaila pilih *Madeline swirls*

Selebihnya, baca kat sini untuk arahan selanjutnya. Senang kan?? Lepas tu bolehlah susun page elements ni ikot suka suki hati kita;-)

So kawan-kawan, selamat mengmake-hoverkan blog masing-masing ya!!

4 ulasan:

maya amir berkata...

hehhe..thanks for the tips..nanti nak tuko template jek, carik blog zaila:)

~masalifah~ berkata...

lmbt nyo nok buleh bukok blog nih..huhu

pinqy taraturuu berkata...

terimas kerane tips yang berguna..follow saye okeh<3

Cahaya Mama berkata...

thanks for the tips,.hehe,.tp cmne ek nk buat blog kite jd besar cm akk punyer blog ni?,.xreti al nk tukar,.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^